Tuesday, October 1, 2013

Pernah Solat Dhuha?

Aku cakap sejujurnya okey.
Aku tak pernah pun buat solat dhuha walaupun aku tau yg solat dhuha tu banyak fadhilatnya.
Ntah lah sejak akhir akhir ni aku rasa mcm nak je aku buat solat sunat Dhuha tu
Macam ada satu suara memanggil aku utk mengerjakannya.


terlanjur aku sembang sembang ngan my step mom which I call Mama pagi tadi
ada la menyentuh tentang solat dhuha ni
aku tanya serba sedikit.
Then Mama pun ada suruh aku buat.
cam biasalah kan.. alasan kerja kerja kerja ..
habis hari cuti sabtu ahad ko menganga je nape tak buat? ( kata kat diri sendiri)

So, mama ada la bagi sikit tips
tentang doa solat dhuha yang panjang lebar tu
Mama cakap, kalau tak boleh hafal, tulis doa tu, pegang dan baca ketika berdoa
tak de la susuah mana
kalau selalu amalkan, lelama terus melekat dalam ingatan.
ngeeee....ya sangat betul kata kata mama tu.


dalam banyak banayk doa solat dhuha ni. aku rasa yang tulisan ni je yang aku jelas dan terang
untuk baca..
Yang lain tu macam tak bape clear
contohnya yang ni.  memang boleh baca tapi mcm tak bape nak clear la.
korang mcm mana?
yang prefer yg first ke second?

Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Selananjutnya : SINI


Note: Bila kita berusaha ke arah itu, Allah pasti bersama kita.

Menu Diet- Lunch (4)

Asyik makan ikan je time diet mesti korangakan jemu jugak kan
so, hari ni aku nak syer ngan korang cara nak masak ayam bagi orang berdiet
korang nak tau tak dah bape kilo yg berjaya aku hilangkan?
sabo...sabo... cukup sebulan aku diet, aku bagi tau K.
assobaruimadduddin....

mcm biasa.. segenggam browm rice
kenapa sengenggam?
menurut pakar pemakanan, manusia normal memerlukan hanya memerlukan
karbohidrat seharian bersaiz segenggam tangan.
besar penumbuk lah senang kata kan..

Kali ni aku masak petola campur dengan udang kering
cara masa mcm biasa la kan, cuma guna sesudu oilve oil
hmm.. tak payah le minum olive oil sesudu pagi sesudu malam
sebab dah masukkan dalam masakan kan..
pelbagaikan jenis sayur agar anda tak jemu makan sayur yg sama je
petola pun kaya dengan serat.

ok.. lauk aku kali ni ialah ayam. isi ayam..

cara masak isi ayam.
sekeping isi ayam di ketuk ketuk. aku guna hammer tuk mengetuk. sebab tak de alat pengetuk ayam
lapik la ayam tu dengan plastik sebelum mengetuk ye.
kemudian korang kukus isi ayam tadi. pastikan kulit di buang ye
setelah minyak minyak pada isi ayam tu mencair dan di nyahkan
korang letakkan garam dan kunyit dan grill kan dengan pemanggang ajaib.

aku letak garam kunnyit je, boleh aja kalau  korang nak letak lada hitam bagai
aku nak grill daging nanti baru nak letak lada hitam.

bila dah masak. sila potong kecil kecil isi ayam ni
bukannya apa, kalau sektul gitu
korang akan makan dengan banyak sekaligus
teknik pun kena ada jugak kan..


pssttt... stock daging tak beli lagi..nanti aku kongsi lagi ok.


Note: nak lebih effectif senaman kardio di buat di waktu pagi dan bukannya di waktu malam
ini kerana, kalori akan terus membakar tatkala korang meneruskan perjalan kerja seharian
kalau waktu malam, lepas bepeluh..terus zzzz.. tak bape nak effective la sangat.
BTW terpulang kepada individu.

Gotong Royong Buat Tahlil untuk Ayah

Ok.. aku sebagai anak perempuan di tugaskan untuk masak Gulai satu kawah
pergh... tak pernah seumur hidup eden masak gulai sekawah bak gitu
Masa ni le nak tunjuk skill memasak kan.. hihihihihi..

Aku masak Gulai Ayam campoq buah kundur ngan buah betik.
tak sangka berjaya tau.

Aksi aku tengah masak yang ni je boleh tunjuk
sebab my adik ( diri sebelah) cakap aku posing maut. hahahaha
hmm.. bila berkumpul, gelak tawa sesama kami
lupa seketika kesedihan di hati..


tengah masak Gulai tu, tetiba my uncle call cakap yg kita tak yah masak nasi 
sebab dia nak bagi tiga pelas nasi briyani.
Alhamdulillah... murahnya rezeki ayah kan..

hok aloh.. orang dok sibuk wat gulai deme ni dok sebok tengok Iphone
ni nakkena ni.. patutla.. malam tu kaki aku kejang sebab dok jalan tak berhenti henti
sib baik abang chaq urut, leh la aku  cat walk sana sini. 

**yg pompuan tu anak sedara aku, dahbesar panjang, baru darjah 6 tau. tinggikan dia
tinggi macam makciknya la kan..

sambil dok memasak tu, tetiba jiran  ayah aku bagi jelly kelapa ni
banyak jugak, aku makan tak hengat donia sedap woo..
jelly dia tak keras.. boleh order kat dia lenkali ni

orang orang masjid dah datang
so, kami kaum hawa ni dah siap siap dok isi makanan..
time ni la kaki aku dok kejang kejang, asal jalan je mesti jengkek jengkek
manja tul urat saraf ku ni, 
maklumlah jarang nau wat kerja berat.
eleh.. masak gulai je pun berat hape?

see.. ada 3 pelas nasi briyani. 
memang banyak, tak habis pun..pakat pakat la bungkus bawak balik.

 tak lupa jugak, my uncle ada bawa sekali dengan gift bag ni
katanya jiran dia buat kenduri, ate ada lebih  dalam 50 beg gitu
so, kami bagilah kat orang orang yg baca doa tu.


suka nau deme tu bila dapat gif bag ni.


Lepas semua orang dah balik, aku terus tak leh jalan, apalagi si abang chaq la pulak
yang kena urutkan kaki aku. Abang chaq aku ni pandai urut reflexology tu.
memang best bila dia urut. 



Note: Mak dan abang abang aku memang pakar mengurut, cuma aku je tangan kayu
tak pandai nak cari urat.