Wednesday, April 17, 2013

I'am The Bos!

Sekarang ni kat rumah, apa yang Aleesya buat iya kan aje..
ingatkan kami as a parent je praktik mcm tu
sampai ke Amirul pun sama.. kalau adik buat apa pun, patient je dia
tak de nak marah marah... ( marah mulut je)
terasa sangat tau, sebab my abang abang pun tak pernah pun jentik aku
marah pun, tegur dengan mulut ..

kalau orang tegur sikit mula la nak pukul. apa je ada kat tangan mesti sampai la
ke sasarannya tu. Si abang la yang selalu jadi mangsa.
di baling dengan cawan la, botol la.. sian tau
marah mulut je, tangan tak de nya pukul adik tu.
Mak aku pantang kalau menulis kaki angkat mcm Aleesya ni...
tengoklah gaya menulis tu.
Ni satu hal pulak, kalau tak tegur, kidal la menulis tu
asal ada pencil dia akan menyonteng... 
tak kira kat mana, kalau dapat chance kat lantai tu pun dia bedal..
dinding rumah tu mcm coming soon je dia nak conteng.. hehehehe

tenyeh sampai berlubang paper tu.
kalau abang tengah wat homework mesti nak jugak conteng sikit kat buku abang
bila abang jerit sikit, mula la nak lari satu rumah..
best tau tengok gelagat dorang berdua ni.
semua alat tulis ni dia punya. 
wal hal dia bedal pensil abang, sembunyi bawah almari
Papa la yang tolong simpankan kat dalam kotak pensil lama abang.

sejak dah pandai cakap ni, mulut tu asyik nak mengata abang je
paling tidak pun, uwek... uwekk... kat abang tu
jelir jelir lidah lagi... 
 ni scene dok cakap "babang budak bushuk..."
muncung muncung mulut ngatakan si abang
kalau abang kata balik, mesti terus gi tampar abang..
memang tak mau kalah.. Bila abang tak layan
mula la nak pi sayang sayang...

bila semua orang tak layan dia..
beg duit aku pulak yang jadi mangsa..
nasib baik abang nampak, kalau idak habis di koyaknya wang kertas tu..
adei.. letih tau, memalam kena tunggu dorang tidur, baru boleh nak kemas umah..

hush... sib baik sempat kan.. kan..
kalau idak RM100.00 tu hanya lah sekeping kertas biasa bagi Aleesya..
Ni pun puas aku dok pujuk
kang berebut rebut ngan dia mau putih mata..


Note: Abang tak pernah buat adik, sekali buat makan tak habih kot.. ngeee
***makan tak habih**( pepatah org kedah)

Sentimen Politik Di kalangan Kanak kanak

Selepas di pujuk, last aku bersetuju nak hantar Amirul ke rumah kawannya
katanya, kawannya tu buat jamuan.
Masa aku hantar dia tu, tak de pulak aku nampak tanda tanda yang rumah tu ada buat jamuan
Tapi, kehadiran Amirul di rumah tu disambut oleh peluk peluk kengkawan dia.
" Aku tunggu hang lama tau, Amirul.. Awat hang mai lambat sangattttt"
ha.. gitu lah kengkawan dia kemain gembira lagi jumpa Amirul.
gaya nakal Amirul

Then jam 9.30 malam, aku pergi la nak ambik Amirul
tetiba aku tengok, punya la banyak kereta dok parking
pas tu ramainya orang, Semuanya kaum Adam
sampai Jalan nak masuk rumah kawan Amirul tu pun di block 


sekali aku pandang, Hah.. hambik, Wayang Pacak besar gabak
aku dah mula naik segan silu dah
nak tak nak kena la aku harungi jugak, dah rumah kawan Amirul tu di belakang sana kan..
tebal muka, jalan slow slow sambil dukung Aleesya
tetiba, ada seorang lelaki tu datang kat Aku, tanya Ada apa?
ya la kan, semuanya orang lelaki tetiba aku sorang je ngan bawak anak kecik kat situ
aku cakap nak ambik anak, so dia pun suruh org bagi laluan kat aku.

from hulukelang.com

sekali aku melangkah masuk sampai kat betul betul Wayang Pacak tu
Amirul dengan kusyuk sedang menikmati video tentang sejarah Malaysia rupanya
Aku dah cuak dah... cepat cepat aku tarik Amirul keluar
Amirul siap cakap, kejap la Ibu
Jamuan tak start lagi, Majlis sampai pukul 12.00.
Pap! ketuk dahi sendiri...
Anak aku pulak termasuk dalam kancah politik
dah mula menular la sentimen politik dalam kepala hotak anak teruna ku ini.
Masam je muka Amirul tu, pas tu aku bawa je dia makan , sebab tahu dia lapar hehehehe
sedang makan tu, tetiba Amirul ternampak kereta peronda polis
Aku pun terus cakap. Ha.. tu la.. dok kumpul ramai ramai tengok video
ntah ada lesen ke tak de lesen dorang semua tu
sat polis pi tangkap habih semua lari berselerak tarak..

Amirul pun dah mula  caya apa yang aku cakap.
Lepas makan tu, aku saja la nak Gempaq dia
" Jom kita pi tengok, depa tu kena tangkap ke tidak?"
Tak yah la Ibu... sat Najib tau Mirul pi sana
habih la Mirul lepas ni
Macam mana nak pi Sekolah..
Sekolah tu hat Najib.. Mintak mintak la Najib tak tau..
hahahahah ( aku ketawa dalam hati)


Moral of the story 
**** Aku sebagai ibu, rasa usia Amirul terlalu muda untuk di asah dengan suasana 
politik hari ini, tak kiralah suara dari pembangkang atau pemimpin,
Sejak aku kecil keluarga aku pun tak sesakkan fikiranku dengan fahaman politik mereka
maka aku rasakan, adalah tidak sesuai jika majlis politik di sertai oleh kanak kanak***

Note: Biar anak menuntut ilmu sebanyak yang mungkin, bila besar nanti
dorang yang akan mana parti politik yang sesuai utk dorang..

upss.... ada lagi sambungan citer ni.. next entry ya..