Saturday, September 21, 2013

Laksa Ikan Sekoq & Laksa Udang

Pernah le dok dengar tentang laksa Ikan sekoq ni
Tapi kami tak pernah pun terasa nak pergi makan
biasa la..dah kami pun orang kedah.. nak gedik pi makan wat pe.. buat je laksa
pas tu letak ikan rebus sekor habis citer kan...

Tapi...hari tu, kami tersesat benornya..
hahahaha... org kedah pun leh sesat dalam pekan Aloq Staq. Sila gelak terbahak bahak K


Aku nak pergi cari kedai"Sayang Kek" tapi tersilap maklumat
katanya kedai tu kat Stadium..
Meronda la kami sampai sesat ntah ke mana
kedai sayang kek tak jumpa pun.

 dah tak jumpa kedai sayang kek jumpa kedai laksa ikan sekoq pun jadi la
tapi tak sempat nak makan laksa udang tu

service kat sini sangat sangat cepat.
korang duduk je terus laksa datang..
Sebab majority yang singgah sini mesti nak makan laksa punya..

 kalau korang tak mo laksa, deme gi la bagi kat meja lain
apa the hal kan..kan..
super cepat dan pantas layanan deme ni.

Konsep jualan yang sangat sangat best
makanan dikira pada pinggan pertama je
kalau korang nak tambah, kira Free je..

Aku ngan hubby je tambah utk 2nd round, ngeee
Sedap..kena lak dengan selera tekak kami.


nampak tak? ada ikan kembung sekor lepak kat tepi pinggan
dahle kuah pekat..melekat.. ko memang kebabom!!!!!

kami order 7 pinggan laksa, 5 ais kacang , segelas teh ais dan segelas sirap
semua sekali RM35.00 jer..
terkejut tul aku. Mcm tak caya...Murah kan.kan..


Lepas makan laksa tu, terus ronda lagi cari kedai Sayang Kek
ghuper ghupernya kedai sayang kek tu dah tukar nama
"Sugar and Flour" kui kui kui
jenuh la dok mencari...

Tapi sayang..kedai tu tutup la pulak.


Note: Pas ni nak rasa Laksa Udang lah pulak.