Semalam aku pulak yang demam. MC & parking kat atas bed jer
Aleesya & Amirul ku hantar ke rumah baby sitter
So, hari ni dah sihat sikit aku datang kerja
Macam biasala, aku selalunya datang awal dari officemate aku
Bila fon berbunyi, aku la org pertama yang akan jawab.Panggilan pertama datangnya dari seorang perempuan. Aku pun jawabla didahului dengan memperkenalkan nama Company.
Callers : Hello
Aku : Morning ( nama company)
Callers : Boleh cakap ngan Cik Siti
Aku : Ya saya bercakap
Callers : Tadi husband saya call, cik Siti tak ada, So, dia suruh saya call cik Siti
Sebenarnya kami nak tangguhkan bayaran untuk kereta XXXXX. Sebab suami saya
outstation, tak sempat bla.. bla... bla...
Aku : terpinga pinga, payment mana pulak, nape nak tangguh.( last aku tanya, actually nak
call ke mana tadi?)
Callers : Ini bukan Maybank ke?
Aku : Ini bukan Maybank
Callers : opss.. sori salah number.
hahaha.. dah nama nak cari siti, ngaku jer la aku. Tapi aku dah introduce nama company tadi ni, tak dengar kot. atau aku cakap pelan sangat?
ok la kan sebab dia pun cakap dengan nada yang lemah lembut. Kemudian aku received pulak panggilan kedua. Memang aku pun naik bengang jugak.
Tapi, cool jer.
Aku : Morning ( di susuli dengan nama company)
callers : PBXXXX petang ni nak hantar pi service
Aku : U nak service kereta ke? Maaf, kami tak sediakan perkhidmatan service kereta, kalau u
nak I bagi number telefon org yang service kereta
Callers : U orang yang hantar SMS suruh I mai service, last cakap tak service pulak!!!!
U nak I buat appointment dulu ka? !!! ( nada semakin tinggi)
Aku : Maaf Encik, mungkin Encik silap number, syarikat kami tidak pernah hantar SMS untuk
service kereta. Kami buat claims insurance kereta.
Callers : Habis? u nak cakap I dapat SMS palsu?
Aku : Encik, sebenarnya u nak call syarikat apa?
Callers : Betullah u punya company, Eon Service
Aku : Maaf Encik, Sini bukan Eon Service
Callers : terus letak telefon
Bengang gak kan, kalau dah salah nombor tu ngaku jalah.Dah la demam aku tak berapa baik, pepagi kena marah pulak. ish.. ish.. kesian kat aku. waaaa
Pengajaran untuk aku jugak. lenkali kalau nak telefon check dulu betul betul.