Monday, April 22, 2013

Nak tahu cara cara stop breast Feeding

 
sejak akhir akhir ni aku notice yang Aleesya suka benar sebut satu perkataan
yang bunyinya sangat cute..


bila dia ketawa berbahak bahak..pas tu kat akhir ketawa
sure dia akan sebut. adei..
kekonon girang  sangat sampai tak tahan nak ketawa le tu..

then bila dia cuba nak duduk kat atas sofa
ala.. duduk gaya mcm orang dewasa duduk tu
dengan susuah payah. ish ..ushkk bagai
dan bila dapat je duduk.. terus sebut adei...
mcm teruk sangat la nak lepak mcm org dewasa tu kan..

tak tahan tengok gelagat dia
asyik adei.. ja bila ending dia tu
alahai.. mcm nenek umur 100.asyik ber ' adoi" je kan..


then, sekarang ni Aleesya dah pandai satu benda lagi
lately, dia akan bagitau yang dia pow pow..( berak)

Caranya sangat senang, kalau dia pow pow, dia akan  tunjuk perut
sambil cuit cuit aku, tunjuk perut then tunjuk bilik air
hah.. faham le tu, dia nak suruh basuh funggung
sebab dah selesai hajat.. hahahaha


memandangkan sekarang ni aku tengah train dia untuk stop BF
Ya allah punya la susah dia nak minum kalau aku ada..

sekarang pulak dia dah pandai claim.. " Nenen  Sya"
Nenen Sya tu BF le..
kalau aku bancuh susu botol, dia geleng geleng kepala

siap cakap na.. nak.. nenen sya!! sampai jerit jerit  mintak tau
" Aku cakap Nenen Sya dah habis"!!
tak dak... Dia still cakap.. Adaaaaa... Addaaaaa....
 adoi.. letih tau.. 


another four month more for me to make sure she stop feeding.
fuh.. kat umah Baby sitter dah ok. minum dalam botol tu
cuma kat rumah je yang masalah ni..


Note: Boleh  rekomen tak mcm mana cara nak stop BF?





Mulut Manis Dalam hati "Meletup"

Dah jadi my tabiat tau, kalau nak mengur tu guna bahasa yang semanis yang boleh..
tak suka la nak jerit terpekik terlolong bila nak menegur
tapi kekadang terbabas terlolong lolong jugak. ngeee...
Aku sebenarnya tak suka nak tegur org
biar dorang terhantuk, sendiri tegadah baru tau
biar dorang faham melalui pengalaman dorang..
mcm aku pun, kalau selalu org tegur, boleh berangin jugak..
sekali sekala ok la..kalau dah berkali kali..
mau je mulut ni nak menjawab...
aku suka guna pendekatan yang org tu akan faham yang aku sebenarnya sedang marah
tapi still maintain ayu.. muahahaha
contoh ayat yang aku guna
*** tak pe lah, dia tipu duit saya, mungkin duit tu bukan hak saya, jadi Allah ambillah***
( bila beli barang yg murah dengan harga yang mahal. then baru dapat tau)
***Biarlah saya terluka, kalau tak sembuh sekarang , biar masa yang sembuhkan***
( bila orang tuduh kita bukan bukan, hati pedih sangat)
***Inilah harga yang saya perlu bayar kerana menjadi seorang wanita/ isteri/  anak/kakak/adik/ibu**
( Bila kesalahan ahli keluarga di paksanya aku tanggung sekali)

*** tak perlulah saya explain panjang panjang, lagi banyak saya explain , kesalahan lain pulak akan di lihat***
( bila explain org saja buat tak mau faham. tak de gunakanya nak explain lebih lebih)



kekadang dengan linangan air mata saya lafazkan, dalam hati Allah saja yang tahu
geram dan marah . tapi bila lafazkan kata kata ni. Rasa mcm satu kekuatan pulak.

Bila keadaan reda, my hubby suka la usik .
Awak ni kalau marah. cool je kan
Mulut manis bak gula, tapi dalam tu " MELETUP"


kalau org lain ckp " dalam hati ada taman"
my hubby pulak cakap dalam hatiku da " BOM" kebabom..


pepatah my mum yang akupegang sehingga ke hari ini

" Alah tak salah, Menang tak Senang"
Kalau kit amengalah tak bermakna kita ni bersalah.
Kalau kita menang dengan cara tak baik pun, hati kita tak kan tenang/senang/bahagia
Jadi aku mengambil pendekatan "beralah" 



Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun.

kalau hal hal yang berkaitan dengan kisah para Nabi, Amirul memang "willing to Know"
segala soalan dia akan tanya..
sejak kecil aku cuma di momokkkan dengan cerita Nabi Yunus A.s di telan dengan Ikan nun.
ingat tak ingat aku pun cerita tu.
Tapi .. Amirul tanya,..
Macam Mana Nabi Yunus Boleh kena telan dengan Ikan Nun?

serious cakap aku memang lupa terus kisah bermulanya peristiwa itu.


Nasyid ni dah ada dalam otak Amirul. 
mana taknya hari hari dok ulang tengok...

Bila hubby, ada kat rumah aku pun cakap le 
Hah.. awak tolong la cerita kat Amirul tu
Macam Mana nabi Yunus a.s tu kena telan dengan Ikan Nun.
Saya lupa dah le cerita tu...

Jawapan si suami yang ringkas. Tapi membuatkan aku sendiri ingin tahu jugak

" Masa tu Nabi Yunus ni merajuk dengan kaumnya yang tak mau ikut ajaran tauhid.
Lepas tu Nabi Yunus a.s telah menbawa diri. kemudian Allah telah turunkan bala kepada
kaum Nabi yunus sebab ingkar ajaran Allah.

Masa belaiu membawa diri tu, Belaiu naik la satu kapal
Bila sampai di lautan, kapal tu hampir karam
Pas tu bila dorang undi, dapat kat Nabi yunus. undi lagi Nabi yunus lagi.
sampai 4 kali undi. Maka Nabi Yunus pun akur untuk di baling/buang ke laut
bagi meringankan muatan kapal.

 Ha.. masa tu la Nabi yunus di telan dengan  ikan Nun"

***Wah ringkas benar jawapan my hubby untuk Amirul. Ye la semoga dia faham dan
lepas ni dia sendiri akan cuba mencari bahan ilmiah itu dan baca
keseluruhan cerita dengan terperinci****


Aku masih lagi tak berpuas hati. mcm mana aku boleh tak ingat langsung akan kisah ini
wal hal banyak juga yang aku belajar masa sekolah dulu.
ini tak boleh jadi.. Rasanya aku kenalah membelek buku semula.



Note: Kad Library Negeri tu kat mana pulak aku letak?
nanti update full version of the story K. full version la sangattttttttttt