Asyik dok citer tentang aku & anak anak je kan. sat korang jemu lak. ok lah kit aout of the familly topik kejap.
Aku ngaku okey, aku ni tak lawa. apply le pabenda pun kat muka ni, semuanya tak sesuai.
Tapi tadi ada godek godek kat tenet tetiba jumpa satu resipi.
ish.. satu ka? hehehehe...
Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab
untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri
ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis
kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak.
Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara
makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah.
Ia tidak akan
merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah,
dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit.
Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan'
anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang
ke atas produk kecantikan. Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang
dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti
tinggi.
Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda
berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk
mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan
organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di
bawah ini, selamat mencuba!
Ala.. lecehla, nak buat itu ini just for masker je kan. ( aku la tu)ngeee. last beli je
ok.. ok... meh kita tengok resipi pulak.
MASKER STRAWBERI YOGURT
Bahan-bahan:
Enam biji strawberi segar (dilecekkan)
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)
Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk.

kalau tak nak guna starwberi sebagai masker, leh guna cara kat bawah ni. Maklumlah kan, strawberi bukan senang nak dapat. kalau kat supermarket di Penang ni senang la. kalau korang tinggal kat kampung mcm mana ek? jadi kita guna kaedah lain pulak.
MASKER TELUR DAN AVOKADO
Bahan-bahan:
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!)
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau
Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk.

hmmm.... telur memang senang nak dapat. tapi Avokado?
kalau susah sangat kita cuba yang ini pulak ok.
MASKER EMPINGAN OAT
Bahan-bahan:
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat
Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini.

kalau tak suka jugak, boleh guna kaedah di bawah ini jugak
MASKER EPAL MADU
Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu
Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus!

ha.. yang last ni korang jgnn dok wat main main. jap mak korang leh naik angin tau
sekarang kan musim org buat kuih raya
jgn korang pi bedal mak or kakak korang punya soda penaik sudah la ye.
Sila beli sendiri. murah je pun.
MASKER SODA PENAIK
Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air seju

selamat mencuba. Aku pun nak cuba jugak le. tapi kena la kasi si kecik tu tido dulu