Saturday, August 17, 2013

Pesan Suamiku

Pesan Suami
Biar orang nampak kita bodoh asalkan kita tak bodoh
Biar nampak miskin agar diri tak sombong bongkak 
Biar buruk baju di pakai asal cantik perangai
mulut tu diam sikit boleh? ( yang ni susah nau nak handle)


al kisahnya di suatu hari yang sangat sangat tak membahagiakan jiwa
Aku pergilah kat satu kedai sebab nak beli satu barang yang aku sendiri pun
tak berapa nak pasti 
So, aku cari kat dalam kedai tak de la pulak
lalu aku bertanya la kat tuan kedai tu..
mmm....xxxxx ada tak?

pas tu tuan kedai tu jawab begini:-
xxxxx.. 500gram harganya RM31.00 mau beli ke?
( sila baca dengan nada under estimate)

 
tetiba aku pandang diriku yang kerdil ini..
Adakah aku seperti seorang begger atau robber?
yang tak punya wang sebanyak RM31.00 ?
 kalau aku tak bawa duit tak kan aku nak pergi beli
lagi pun RM31 je pun bukannya RM3100.00 kan..kan..kan..

muka aku ni kot nampak mcm muka orang sengkek.ngeee
Aku beli la jugak akhirnya sebab aku nak sangat benda tu



tetiba, aku teringat pesan suamiku, biar orang nampak kita miskin supaya kita
tak sombong dan bongkak. Supaya kita sentiasa rasa rendah diri
Bagus jugak tu..sebab kalau bawak kereta besar, bergaya tak hengat
menjadi sasaran peragut/perompak la pulak
wal hal dalam kocek tak de duit pun..

Aku dok cit cat ngan bos tercerita la kat dia apa yang berlaku
terus Bos aku ckp, lenkali tak yah masuk kedai dia dah
I paling benci/pantang kalau orang buat berniaga cakap mcm tu
You pergi kedai lain, Orang mcm tu tak tau nak berniaga la..apa la..itu ini
bla..bla..bla..
hmm... neway..aku masih berpegang dengan pesan suami
tak payah nak marahkan tuan kedai tu
ini adalah satu teguran untuk diriku juga
supaya aku sentiasa rendah diri, tak berbangga dengan harta dunia
sedarlah.. kau tu tak sehebat mana pun ( pesan kat diri sendiri)


Note: Kekadang  kita tak sedar perbuatan atau percakapan kita secara tak langsung 
menggambarkan yang kita sedang berbangga diri.