Tuesday, April 30, 2013

Goggle

Goggle adalah kacamata khusus untuk berolahraga, Ianya mempunyai  tali untuk menahan goggle agar  tidak terlepas dari kepala.

Terikut ikut dek iklan kat TV bagai. Amirul pun gedik gedik nak jugak 
kami belikannya goggle. Nak eksyen la kekonon dia tu pro sangat 
nampak macho le dengan goggle tu. ngeh ngeh ngeh..

 Udah nyer tak pandai nak pasang si goggles tu, refer manual le dua beranak ni
Dah si  papa pun tak pernah pakai goggles masa mandi sungai kat kampung dodulu
ko pulak yang sibuk Amirul oii....

Ni tengah dok pening, ada 2 benda platik, tak tau nakpasang kat mana
belek punya belek rupernya, alat sumbat telinga, kui kui kui..


 Actually, sabtu lepas kami ke Bukit Merah sekali lagi
sebab nak deliver 20 ticket yang dah di booking tu
memang simpan lagi 3 tiket tuk kitorang ber sukaria...

Hek eleh... kalau udah pakai goggles nak main air gini jer
apa kelllllassss kamu...


Punya la semngat dok merengek rengek mintak kami belikan goggle
last main air sambil duduk je
tak memberi manfaat langsung goggle tu..


hmmm... akhirnya, googles tu di tanggal dan simpan dalam beg aje
biar beg je yang pakai..

habis tu lepas ni nak pakai goggle pergi mana?
tak kan nak mandi kat bathroom dalam rumah tu pun nak ber goggle?
kang dah membazir.. tul tak?


*** updated sket***
Bola Aleesya tu di main mcm mana ntah le dek Amirul ngan kengkawannya
sampai terbelah dua bola tu.
sabar je la kan.... tak pasal pasal kena beli lain pulak
sian Aleesya... sayu je tengok bola dia terbelah dua..


Note: beli lingkup.. beli lagi lingkup lagi.. beli lagi bazir lagi..

Ku Maafkan kamu wahai kakak Pos Malaysia

Pagi tadi pergi ke Pos Office collection 
sekali terpandang kat sampul surat yang aku sendiri hantar tu
dah di kembalikan.


"dikembalikan sebab salah Barkod(guna Barkod Biru)

mula la angin dalam badan ni bertiup kencang . 
sure la nak marah kan..kan..kan...

Citernya bergini ,
25/04/2013 aku ada la wat penghantaran barang ke Brunei.
ini bukan pertama kali dah berkali kali aku A.R registered ke Brunei.

 
sebelum nak buat A.R Register kena le gi kaunter dulu, timbang berat barang
pas tu dorang kena bagi setem. dan A.R kad.
kemudian bagi sekali dengan BARKOD bagai. 
tugas aku cuma "BAYAR" je kan..

Masa dorang timbang barang aku tuk tentukan jumlah setem tu dorang tak baca ke
barang tu nak ke mana?

then tak de mulut ke nak tanya aku  yang aku nakhantar ke mana?
aku assume tu semua kerja dorang sure la dorang lebih arif. tul tak.

Aku memang ada terpandang BARKOD kuning yang dorang tempek kat envelope tu
aku still tanya sekali lagi kat  kaunter tu
"Betul ke ni? Saya hantar Pi Brunei ni..
dah dia angguk kepala pas tu ckp ok.. akupun blah le..

 
Ni hah.. barang return semula.
memang la aku bayar tuk postu tak de la mahal mana
tapi.. masa aku dah rugi, masa customer aku menunggu produk pun terbuang 3-4 hari.
memang aku geram la. sebab besok ni cuti pulak.
lusa baru boleh nak hantar semula..

dari khamis minggu lepas, sampai khamis minggu ni baru nak hantar
sepatutnya dah sampai pun barang tu kat customer.
 
Ni la.. kalau time dok wat kerja pas tu nak bergebang je lebih
orang cakap politik ko pun nak join sama
org ckp tentang ayam kat kaunter sebelah pun ko nak nyampuk sekali
last.. aku yang bermasalah..

ayat yang digunakan bila Dalam Hati  Meletup!

*** Mana ada manusia yang perfect. kalau dia buat salah aku pun pernah juga buat salah.
memaafkannya kali ini, moga moga orang lain pun memaafkan kesilapanku tanpa kusedari**
Tak ada manusia yang ingin melalukan kesalahan dan meberi masalah pada orang lain
begitu juga diriku***

Tak payah la marah marah... hidup pun tak lama.. 
Bak kata lgu Aisyah " Kemaafan dendam yang terindah"