Wednesday, May 8, 2013

Beruntungnya Jadi Wantie

Hari ni sejak pagi ada appointment ngan Pegawai Socso
Pas tu, dating ngan beberapa orang customer yang sangat sporting
sekali je aku explain tentang company prosuder terus faham.
senang kerja aku.

Dalam pukul 2.45 cam tu aku kena gerak pergi Bank, TM, Pos office
sebab ada hal dan sekalilalu aku nak bayar bil bil mana yang patut.

sampai je kat TM, tension bebenor aku bila Machine is
"Temporary Out of Service"
terpaksalah aku ambil number dan tercongok kat kerusi tu
name je ada wifi. aku nak tengok e-mail pun tak boleh
adei...
 
then, ada la 2 orang lelaki dia nampak kawannya yang duduk sebelah aku.
so, dorang dok borak borak sambil duk tunggu number
then lelaki yang sebelah aku tu pun tanya le number berapa? nak bayar cash ke nak bayar by cek
bayar tuk sendiri ke tuk company?

Aku ni kalau kena cara org tanya aku jawab le leklok
kita kan rakyat Malaysia
aku nampak dia pakai baju Uniform IJM
sure la dia kerja kat IJM kan..kan..

"No saya lepas ni jer, maih saya tolong bayaq
tak yah la nak tunggu lama lama kan.."
alahai.. ni kira sempoi la ni. tak yah la aku tercongok kan..
pucuk di cipta ulam mendatang ko.
Masa aku tengah dok tunggu dia bayar kat kaunter tu
tetiba kawan dia cakap,(slanga Penang)  nampak pompuan muda kalau, semua nak tolong la..
Ni.. berapa banyak Apek la, Nyonya la, Achi achi dok nganga kat sini
hang tak mau nak tolong bayar.
( sila baca guna slanga Penang K) 

BTW, aku rasa beruntung hari ni sebab ada jugak insan yang nak tolong
jgn le pandang sebab aku ni pompuan dia nak tolong
mungkin sebab aku duduk kat sebelah dia, so senang la dia nak tolong
takkan le dia nak pusing satu TM tu nak tanya those nak bayar bill pass je kat dia kan..kan,,
( ini sebagai jawapan kepada kawannya yang dok usik usik tu)
**** lepas setel bill TM aku ke Library nak sambung  pinjam buku , tapi tutup la pulak
dorang ganti cuti Umum pilihanraya. Apalagi just guna drop box je la .***



Note :Allah yang gerakkan hati lelaki tadi tuk tolong aku benornyer. betul tak?

PRU13- Berpelukan di hadapan Suami

PRU13  kan kah panas panas belaka
So, tajuk entry aku pun mesti mau panas jugak.

Ni satu hal pulak. Ade ke patut berpelukan dengan lelaki lain 
di hadapan suami pulak tu.
Yang si suami pulak rilek je
tak de nak marah marah..

hehehe...jgn marah ar..
Aku berpelukan ngan My Abang Chaq ok.
Nape lak my hubby nak marah marah kan...kan..kan..

Setiap kali sebelum balik aku mesti singgah umah abang chaq
salam salam dan peluk cium bagai.
Aleesya ni kalau jumpa buku kat mana pun dia nak menyonteng
kalau aku panggil abang aku "Abang Chaq"
Anak anak aku panggil my abang chaq as "Abah"

abang kedua as "Ayah"
Abang ketiga as "Abi"

harap harap besar nanti dapat la dorang bezakan yang mana pak long, pakngah dan Pak Lang.
usha jap ayam itik my abang. tetiba rasa nak makan itik la pulak.
kalau aku bersuara nak makan itik. confirm my abang akan korbankan untuk aku
tapi tak pe la lenkali la wat manja manja ngorat itik dia ni.

abang dok  bising sebab aku tak pergi ngundi lagi
sabar le kan, nak pergi time akhir akhir
masa tu baru la orang sambut ngan kompang  kapet merah bagai
(hahaha,, perasan kejap)
 
mana tak nya kan, satu undi pun berharga kalau ada saki bagi pengundi yang tak mengundi.
nak le jadi perhatian di saat akhir. kwang..kwang..kwang...
kat umah abang chaq ada telaga a.k.a perigi.
saja la abang korek perigi ni. tuk waktu awasan.
mana la tau tetiba air tak de ka, bill kena potong .(kedah kan selalu tak de air)

sejuk tau air perigi ni.
Amirul pulak gedik gedik nak mandi air perigi
dah cakap seluar tinggal yang tu je, yg lain tak basuh lagi.
dah le bawa balik seluar sikit je.
 
huh.. ada dia kesah. sekali dia basahkan jugak seluar tu
dah le abang chaq tu ramai anak perempuan
mana nak ciluk seluar lepas ni.

Dah teruja sangat Amirul nak mandi air perigi
baldi yang berat tu dia ceduk sampai dapat jugak
dalam hati " kuat jugak amirul ni noh.."
 
sampai nampak semua tulang rangka.
punya la semangat nak mandi air perigi.

Dia mandi ni sebab dah belemuih " kotor" habis satu badan
sebelum tu dia ikut kazen dia pergi sauk anak ikan kat belakang umah  abang aku tu.
tak de la aku snap photo dia sauk ikan tu.
ala..sauk ikan guna penapis santan kakak ipar aku. hahahaha..
belasah je asal dapat ikan udah le..


cari seluar semua tak de.last aku recyle balik seluar kotor tu
hambek.. hahahaha....


aku je ralat sangat bila baju anak kotor. 
anak sedara aku kat kampung tu rilek je, baju kotor ke 
pijak taik ayam taik itik. dorang tak de la geli geleman bagai.
saja la aku ni kan.. 
 
ala.. aku dulu pun sama. mana tali air yang aku tak jelajah
mana hutan belukar yang aku tak redah...
time anak anak...nak bising. pe hal le kan aku ni.. hehehehe..


Note: sekali sekala pecah anak tekak bila jumpa abang abang.