Friday, June 7, 2013

Cara Manjakan Suami

My Bil yg sulung tu tokey ikan, so utk kenduri dia support ikan le 

tu dia..dok gotong rotong siang ikan.
Ni semua anak beranak MIL . anak, cucu, menantu, adik ipaq anak menakan. semua ada.
semua jenis ringan tulang okey!

Lebihan ikan tu, kitorang rebus, perisi dan blend . Dapat satu besen besau.
Hah.. nak wat pe la kan, bebanyak gini.
okey.. kita kumpul orang kampung datang makan Laksam pulak.

Tukang buat Kuah Laksam .
of kos la my BIL (Mizi) dia kan chef ..

Laksam, my 2nd BIL tempah kat mana ntah.

Bila tengok laksam dah lepak kat dalam rumah,
Mulalah my hubby tu. Nak Manja ngan Kita le tew..
Dia tak makan Laksam.. So apa lagi
suh le aku wat laksa..
 

gambar laksa tak de, ku tunjuk ulam ulamannya je lah..
 Aku cakap, lenkali la.. kan dah org makan laksam.. awak nakmakan laksa jugak ke
balik umah saya buatkan untuk awak ye..

Tak de maknanya pujukan aku tu.
nak juga aku wat laksa..
Aduhai my suami.. kekadang awak buat saya longlai..
Manja benor awak ngan air tangan saya ye..


Majority nakmakan Laksam.
So kuah laksa lepak je kat dapur Umah..

See.. My BIL ni, dah siapkan kuah Laksam.
Seperiuk besar.. Jenjiran dah nunggu nak makan.
 

kalau korang nak tau, my BIL (baju kuning) tak henti henti dok masak
pas tu hidang.. tu je lah kerja dia.
Sampai ku tanya, kat mana dia simpan energy?

Sekali my SIL cakap...
Lorr... Kak T tak tau ke, masa ngandungkan Mizi dulu ni
Mak makan Battery. kahhhhhhh...
selamba rock je kan..

 

 Amirul.. baru je bedal laksa.
tengok kazen makan laksam.. dia pun sama naik
dah makin membulat my anak teruna..

Pengantin pun makan jugak.

abaikan penari separuh bogel kat belakang tu
kui kui kui... jgn marah ye abang Lee..

Hairan kan, kenapa la kebanyakkan kaum adam ni tak suka pakai baju
bila kat umah...


Note: Ku bahagia bila hubungan kembali Mekar .

Alahai Tudung..

Masa hari kami punggah balai kenduri di umah MIL,
tetiba nampak la pulak orang junjung datang berjual
Aku panggil "Orang Chenak"
ntah le..sejak kecik akupanggil orang junjung tu sebagai "Orang Chenak"

tau tak apa tu orang  junjung? 
ala orang patanni yang datang berniaga bawak periuk belanga, kain baju 
berniaga dari rumah ke rumah tu..

Tapi..kali ni bukan orang patanni yang datang, Orang kemboja la pulak.
Tak dapat la aku nak beli Bepang.

 
Bepang yang aku maksudkan.

pilih punya pilih aku beli tudung 3 helai.
Aku beli je la.. Hubby yang bayarkan. ngeee...

Dah lepas aku bayarkan duit tu, aku pun letak le kat atas meja kat luar
tetiba datang my SIL yang bongsu tu mintak nak tengopk tudung kuning 
masa dia dok belek tu, aku tak de la cakap yg aku dah pun bayar duit tudung tu
Ada hal kat sikit, aku blah le dari situ.
Lepas dah si Kemboja tu blah..
aku pun datang semula kat situ nak simpan tudung yg dah aku beli.

Sekali cari tudung kuning tak de..
pekik pekik cari My SIL tanya , kekalau dia ada ambik simpan kat dalam rumah.

Sekali dia cakap, lepas dia belek belek tudung kuning tu
dia kasi balik kat kakak kemboja tu.
muahahaha... dah bayor, wat pe kasi balik ke dia.


Apo laie.. sepantas kilat aku sambar je motor Pak cik my hubby
merempit aku satu kampung pergi cari kakak kemboja.

Sampai satu umah tu aku nampak la barang barang kemboja tu ada kat luar Umah
Ndak Yah.. terus aku pergi tanya.

Aku nampak kakak kemboja tu tengah sembahyang kat umah Ndak Yah.
tunggu la kejap.
Pas semua siap. aku mintak balik tudung kuning aku tu.
Kakak kemboja tu cakap, dia pun tak perasan a.k.a tak sedar yang dia ada ambik balik tudung tu.


Ye la.. kekadang bila orangtu ambik org ni ambik. dalam ramai ramai
peniaga pun boleh tak perasan yang dia terambil balik barang yang dah pun dia jual.
Aku tak de la marah pun kat kakak kemboja tu
Aku juga peniaga..kekadang kesilapan tetap berlaku.


Note: Hahahaha.. kali ni org kampung nampak menantu Che Nah merempit!! Vrooom.. Vrooom..

Susur Keluar Jambatan Kedua Penang Runtuh

06/06/2013 susur keluar jambatan kedua yang sedang di bina telah runtuh
Kalu kat Kosmo cakap pukul 7.15 waktu kejadiannya
tapi kat my news cakap pukul 6.50 petang

Aku balik kerja semalam, sampai umah jam 6.35 petang
kemudian. Amirul ngan bapa mengasuh serta abang abangnya ke Masjid Benggali 
bertolak jam 6.45 petang Memang lalu jalan tu pun.

Jam 7.00 Petang, my hubby pulak balik kerja
fuh.. semasa kejadian tu dan masa tu kami semua on the road!

 Ni je photo yang my hubby snap sejurus selepas kejadian.
ramai sangat orang kat situ , so snap dari kejauhan je la..
 
ni gambar dari kosmo.
 
memandangkan Amirul  dah bertolak ke Masjid Benggali kat Tanjung, ikut jalan tu jugak
aku dah mula risau. 
Ya Allah... jgn lah apa apa terjadi kat anak ku.

Apa lagi.. inform baby sitter bagi tau yg susur keluar jambatan dah runtuh
bagaimana ngan anak anak kita yang nak pergi sembahyang Magrib tu kak?

Baby sitter pulak lagi la risau, mana taknya dengan suami dan 3 orang anaknya
lalu kat situ.. 
Lepas Magrib tu, dia call kat Masjid Benggali tanya sama ada suaminya dan anak anaknya ada takkat sana
Syukur... orang yang jawab call tu cakap, Magrib tadi suami baby sitter yang Imamkan.
Syukur... syukur...

pagi tadi my hubby sms cakap still boleh lalu ikut jalan tu,
tapi kena lencong ke kawasan kilang..
sebelum nak melencong masuk ke kawasan kilang aku snap 2-3 keping gambar ni
tak boleh pergi dekat sebab bomba dan polis ramai sangat kat sana
kawasan tu di tutup.
My abang call tanya tentang keadaan aku.
see.. my abang risau sangat ngan aku kan..kan..

Dia pun syukur sangat kami semua selamat.
dan ada advice aku wat sujud syukur.


**Di fahamkan yang penunggang motosikal tu cedera dan telah di bawa ke hospital sejurus selepas kejadian. Nasib pemandu kelisa belum di ketahui lagi.***


Note: semalam tidur ditemani dengan bunyi ambulan. nenoneoneno...