Thursday, October 11, 2012

Basah tekakku dengan rezeki darinya.

Bermula dengan aku demam, pas tu Aleesya demam
sekarang Amirul pulak demam

kebetulan kawan aku Melati, datang rumah
saja jenjalan, Then Amirul nangis nangis nak Makan Burger Egg
dengan sejujur hati si Mel tu offer diri dia nak pergi beli
terharu aku tau

Tak pe la kak T, nanti Mel, nak isi minyak keta
pas tu Mel patah balik dan belikan Amirul burger
mel beli tuk kak T sekali k.

Ya Allah, baiknya hatimu Mel,
Mel tu tau le, aku sengsorang memalam 
dengan anak kecil, mcm mana nak  keluar beli
jadi dia offer diri dia.
Thanks Mel, hanya Allah yg balas jasamu.


Suka la Mirul, seharian tak lalu makan sebab demam dapat makan burger
dah la tu  Auntie Mel yang banjer.

sedap tau burger yang di jual kat tepi tepi jalan ni
memang juicy. puas kami makan malam tu
Aleesya? dia pun sama naik makan burger. hahaha...


closed up.. hehehe..
saja nak tayang. jahat tak aku?
jgn marah yer...


Note: Orang berbudi kita berbahasa..Dah simpan niat nak balas jasa baik Mel ni..
Nanti Kak T buat coklat utk kamu yer..

Dodol Mini

lama jugak tak makan menda ni
tetiba ada orang bagi
suka suka suka...
 selalunya dapat menda di sempadan siam 
atau kat pekan rabu jerk.

korang panggil apa
aku panggil dodol mini

kalau dapat yg berperisa durian lagi la marveles.

Note:- Thanks ya friend. mcm tau tau I suka.

Penawar Penyakit Kronik

Seperti biasa, Aku suka sangat dengar ceramah agama oleh ustaz Lah.

Hari ini belaiu  membincangkan tentang  bisikan syaitan. Rasa mcm komplicated sikit kalau aku nak terang kat sini. Tapi aku faham la. cuma nak fahamkan korang tu aku bimbang tersalah tafsir. maaf yer.

Apa yang aku nak kongsikan di sini, belau ada kongsi sedikit petua untuk kita jadikan pre caution daripada penyakit kronik.
setaip pagi sebelum sarapan " Ambil satu sudu madu + cuka buah, kumurkan , atau biarkan di dalam mulut selama 1 minit. baru telan. ( pastikan anda tidak menyucikan mulut anda selepas bangun) senang cakap. semasa air liur basi masih ada dalam mulut le.
mungkin ada yg rasa geli . Ok di sini juga Ustaz lah ada bagitau.

Sewaktu kita tidur, badan kita akan menjalani proses pengasingan.asid   yg menjadi penawar akan pergi ke mulut dan menjadi najis  akan masukdalam usus untuk di buang.

DI Sini aku terangkan sedikit tentang kaibaik. Cuka + Madu Asli


Madu asli cuka :Minuman yang sihat untuk melangsingkan berat badan pada masa sekarang.

Madu asli cuka diperoleh dengan campuran madu asli dengan asid buah-buahan (asid epal).


• Cuka
Seperti yang disebut di atas, cuka dapat mengekalkan kesihatan, menceriakan kulit, meneutralkan asid badan, membakar lemak badan yang berlebihan dan membantu pergerakan usus perut .

• Madu asli
Mengandungi pelbagai khasiat yang bernilai dan dapat membantu penyerapan ubat traditional ke dalam sel-sel badan.


Kedua-dua digabungkan – Madu Asli Cuka.
Jikalau selalu minum madu asli cuka, keistimewaan cuka dan madu asli seperti yang sebelum ini dapat dikenali dengan mudah.

Rasa cuka yang masam juga tidak mudah diterima oleh setiap orang sekiranya anda ingin menjaga kesihatan dengan minum cuka. Akan tetapi, cuka buah-buahan terutamanya cuka epal yang tulen dicampur dengan madu asli yang dapat memelihara kesihatan. Campuran ini akan dapat menghasilkan minuman penjaga kesihatan dan pemeliharaan kecantikkan yang sedap.

Madu asli cuka mengandungi 30% asid epal dan 70% madu asli.


• Ia dapat membantu kita untuk menjernihkan darah, meleraikan paras kalori dan gula secara efisien agar badan kita sanggup mengelakkan penyakit darah tinggi.


• Melindungi organ hati anda daripada keracunan arak dan merangsang fungsi organ hati.

• Ia dapat mempergiatkan metabolisme organ-organ internal badan kita, menghapuskan elemen toksik (racun) dan sembelit (konstipasi).
• Ia dapat mengelakkan halitosis atau nafas yagn busuk yang disebabkan oleh kumuhan asid gaster (perut) yang berlebihan.
• Ia dapat mengalir keluar deposit lemak dan mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan sekaligusnya.