Monday, July 2, 2012

Bila Hujan Lebat


Hari ini, hujan lebat sesangat time lunch.  Aku ni biasa la. kalau lunch tu mesti nak kena ngap. nyum nyum
baru selesa perut. hahahaha

Nak keluar beli lunch, malas ar. hujan hujan ni
then usha je la meja kat office. Sapa yang kosong tu maksudnya
tak de kat office la. betul tak?

sah.. sah  le Bos aku yang tak de time ni.
apa lagi call dia cepat suh tapau lunch. 
apa pun tak pe, janji benda yang boleh di makan & mengenyangkan.

Dalam kul 2.00 cam tu la baru dia balik. tahan je perut yg lapar ni
sekali tengok dia beli mee kuah mamak.

kira sedap la jugak.
haish.. time hujan ni makan apa pun sedap
tengah lapar gilerrrrr... maklumlah timing makan dah lari
terus makan sepuasnya..


Erk ( sendawa ) Alhamdulillah
Syukur.. kenyang dengan semangkuk mee kuah.

tak pe, kalau lapar kat seberang jalan sana ada orang jual berger
tapi kul 4.00 baru dia bukak.
kalau aku lapar, aku beli, kalau idak
besok besok la aku beli. ngeeeee...

Note:- Mee ni sedap sebab dia sedap ke atau sebab aku lapar dia jadi sedap. ntah le..

Nak Jadi Isteri Terbaik Punya!

hehehe. sapa tak mau kan jadi isteri terbaik. Tak tau lah kot kot ada yang tak nak!
seriously aku ckp, tak pernah pun sebelum aku lelapkan mata aku doakan
agar Allah ampun dosaku dari suamiku.

Tapi aku doakan supaya Allah Ampunkan dosaku dan dosa  sumaiku selepas solat ada la
sekali terlihat menda ni kat FB, tersentuh hatiku ini.
Kata sayang suami kan.. masih ada benda yg belum ku praktikkan upernya.

ok.. start dari malam ni jugak, aku berjanji dengan niat yang iklas
Insya Allah, aku akan doakan keampunan dosaku dari suamiku di setiap malam sebelum tidurku..
Ya Allah kau bantulah aku untuk tidak lalai


Note buat suami tercinta:-
Abang, sejuk mata ini, tenang jiwa ini bila magrib semalam abang menjadi Imam Amirul Sembahyang..
Gembira tak terucap bila kesayanganku sedang kusyuk bertemu Allah..
" sekarang baru sempat sembahyang kat umah sebab magrib masuk lambat..."


Life 1 Coffee & Toast

Kat Pulau ni pun ada tempat Shopping, tapi nak gedik jugak pergi ke seberang bershopping
biasalah, nama pun perempuan, dok gatai punggung dah bila kengkawan ckp kat 
Pacific ada offer, kain kat Nagoya pun offer giler giler punya

Tak habis kat situ
iklan kat TV pun dok promote gak
haish.. lupakan sebentar Kamdar kat Pulau ni
Kita Terjah Nagoya. Yeah!!!!!
 
Dah letih bershopping, dah pun beli kain bermeter meter bagainya
Aku ngan Jiran aku tu dah kedahagaan
gerak le tingkat bawah Mega Mall, cari air
tetiba nampak retaurant "Life 1 Coffe & Toast"

sambil dok belek belek menu kat catalog  entrance tu, tetiba ternampak
perkataan yang dok bergerak tu tulis menu special offer today!
Zira ( kawan aku le) order Wedges of Potato with Cheese Sauce

aku, biasalah order French Fries
saja je order ni, sebab kami bukannya lapar sangat pun
cuma dahaga je.

Masa makanan tu sampai aku nak makan le
then tanya wash hand punya tempat, dia suh aku masuk dalam kedai kat dapur dia
ish.. kedai punya la cantik , wash hand punya tempat pun tak de ka?
tak prihatin.

tak kan nak makan French Fries guna garpu & pisau tu kot.
ngeee.. ( aku kan org melayu)

sambil makan tu, aku tanya le kat waitress tth Offer Of The Day yg dorang  iklankan tu
then dia ckp , Hari ni Chicken Chop Offer!
fuh.. ada offer best punya, yang tak lapar ni pun tetiba jadi lapar

Maaf yer, aku je yg terpampang kat blog ni
atas permintaan my friend, dia malu tuk bergambar
anak dara pemalu tau si Zira tu

sedap gak  Chicken Chop dia
kalau aku tengah lahap kelaparan, mungkin lagi sedap kot

selesai makan, settle bill, terkejut Mak Jemah aku ni
Bill 26.45 sahaja. Murah giler

sebab apa murah? sebab that day Chicken Chopnya Harga RM 5.90 satu Plate!!
nyum.. nyum.. berbaloi baloi ko jah oi...