Semalam masa aku nak pergi beli duyan nak buat Durian Crepe
Amirul dok nangis kat bawah, sebab tak puas ati ngan anak jiran
ala.. sebab anak jiran dari KL tu lepak kat atas kerusi batu milik AMirul je pun.
budak tu pulak, baru umur 3 tahun,
budak tu tumbuk belakang Amirul berkali kali sebab dia tak bagi Mirul duduk kat situ.
Amirul ni tahan marah, sampai leleh leleh air mata
Hahahaha... Ni la di katakan "Hero kampung Dusun"
Mana boleh orang lain duduk kat kerusi Sarip Dol
tul tak? kahhhhhhhh
anak anak kan.. mcm tu la
kejap gaduh kejap berkawan..
Sebab nak pujuk
aku bawa dia ke kedai
nak pulak beli menan yang taruk duit 50sen pusing keluar bola besar
then dalam tu ada la serbuk magic a.k.a super pop magic.
Balik rumah Amirul makan le
then dia ckp, rasa pelik la pulak.
sebab dia meletup letup dalam mulut
mcm bertih jagung tu
ada sound plak tu.
Aku tak caya, pas tu Amirul bagi le sikit untuk aku try
eh ye la.. dia ada bunyi pop pop dalam mulut aku
korang pernah cuba tak gula gula ni.
Tapi kan, mcm ngeri ja gula gula tu
boleh mudarat kesihatan tak?
mana tau dia tak lepas saringan kesihatan ke
eee... pikir panjang la pulak
lepas bedal baru nak fikir.. hapelah aku ni
tak leh bagi amirul makan selalu
kali ni tak pe..di maafkan.
Note: bukan meletup mcm Bom!! tu. meletup manja manja je..