Thursday, April 19, 2012

Cheng Beng.

Sejak aku kecil, aku tinggal dengan komuniti orang melayu je
kalau nak bercampur dengan bangsa lain memang susah le.
adat resam & agama dorang pun aku tak berapa nak tau
( buat apa nak tau kan, agama sendiri pun dig belum habis lagi)

So, masa cheng beng that day, Aku nampak office mate aku dok bawak balik banyak barang barang. ntah apa apa la aku tengok.

then gatai mulut nak tanya la pulak.
sebab aku ternampak bedak nyonya tu. aku ingat betul betul bedak le
rupanya replika jerk.

masa sekolah dulu, bedak ni le teman setia aku. hiksss

Dia ckp dia beli untuk mak dia.
ape ke hal dok beli tuk mak plak. mak dia kan dah lama mati..

tengok tu "BONIAA"

kasur BONIAA wooo.. dasyat!!
tapi kasut ni di perbuat daripada kertas.
replika jugak..

haih.. merokokkan membahayakan kesihatan. naper nak beli tuk bapa dia pulak
so cute replika rokok ni.
pandai dorang buat.kekekeke

Air mawar, Hazeline Snow & bedak nyonya. semua di perbuat daripada kotak


ha.. yang ni paling best. dorang wat baju daripada kertas. kreatif noh depa ni.

menurut my colleague, in semua dia akan bakar semasa perayaan Cheng Beng nanti.
kalau dia bakar benda tu semua, so mak ngan ayah dia dapat la.
nak wat cam na kan, dah itu kepercayaan dorang
aku faham. walaupun bagi aku mcm tak logik.

biasalakan, kita rasa agama dorang mcm tak logik, then dorang plak rasa agama kita mcm tak logik. tak mo le aku nak hujah lebih lebih k.


aku ada le tanya, kalau org zaman sekarang yang mati, adakah dorang akan bakar replika mcm, Sk II ke, two way cake ke, H/p ke, I pad ke hape ke?
then dia ckp tak de lah, mati bila pun dorang akan guna replika barang barang lama ni jugak.

then dia ada ckp, ada satu budak pernah bakar replika Hp utk tok dia. Pas tu budak tu mimpi yang tok dia datang bagitau yang tok dia tak pandai guna, suh budak tu ajar mcm mana nak guna. Budak tu terkejut & takut sampai demam & jatuh sakit.
dasyat noh....

Note:- Culture org kena tau jugakkan, kitakan 1 malaysia.
jgn dok amalkan udah le.

battery punya dah tak boleh.

Jika sebelum ni aku guna battery breast pump.
wah laju jerk susu keluar. tangan pun dah tak lenguh lenguh.
memang seronok. Tapi lama kelamaan susu mcm jadi sedikit sebab dia mcm tak keluarcam tu.

calling calling mak, dia suggest suh aku tukar bentuk perahan susu tu.
Then Aleesya pulak asyik dok tarik je bila aku pump guna breat pump battery ni
Mana tak nya. bila Aleesya menetek sebelah kirio, aku akan pump sebelah kanan. kena guna teknik ni la kan kalau nak dapatkan susu yg banyak.

then bila aku on jer button tu, bunyi la. grrrrr.... grrrr...
Aleesya mcm tak senang duduk. dia asyik dok tarik keluar benda tu
menitik nitik la susu aku.


haish... tak leh jadi ni.

last, kena guna yang manual ni. yang jenis picit getah. hmmm... baru ok.
Aleesya pun tak de la gatai tangan nak tarik tarik.

tapi... tangan ni ha.. lenguh tul duk mengepam.
sib baik aku tak beli yang elektrik & pump yang mahai mcm Avent semua tu.
kalau idak rugi ja kan...

kat office pun aku guna yang picit getah tu jugak sebab kalau aku compare
guna yg picit getah ni, susu banyak la pulak.
mungkin sebabtarikan pump getah tu lebih kuat berbanding elektrik tu kot.
ntah le.. tapi yg pasti guna pump getah ni susu keluar lebih banyak..