Wednesday, January 9, 2013

Resipi Chicken Chop cara Wantie

ok.. aku nak syer resipi Chic Chop yang aku buat
dalam entry aku di sini :  home-made-chicken-chop
apa apa pun nak mohon maaf andai resipi yang aku nak bagi ni
tak menepati piawaian resipi.kikikikik...

Bahan Bahan
Untuk Ayam.
Ayam di buang tulang ( aku ambil yg bahagian paha sekali pinggul)
1 biji telur
tepung gandum 
1/2 sudu serbuk lada sulah/hitam
secubit garam
1/2 sudu serbuk pati ayam
serbuk roti 

cara cara 
tepung gandum +garam+lada sulah/hitam+ serbuk pati ayam ( di gaul)
ayam di buang tulang dan masukkan ke dalam telur
tak payah asing telur putih ke kuning. guna semua
kemudian, salut ayam tadi dengan campuran tepung gandum
salut lagi dengan telur
dan salutkan dengan serbuk roti.
( yg aku buat ni tak de serbuk roti)
so, simple je..

panasakan minyak ( pastikan minyak cukup pansa)
tips: semasa menggoreng biarkan agak lama. jgn balik balik
untuk mengelak tepung tu terasing k.


campur semua dan masak sehingga pekat
kalau tak pekat, masukkan sedikit tepung jagung/gandum.


SOS / Gravy
1 cawan stok ayam
1 sudu. brown gravy (kat super ada jual )
3 ulas bawang putih - kisar halus
sedikit garam
Serbuk lada hitam/ putih 
( aku tak buat yang ada campuran sos cili  bagai.. sebab.. sebab... Aleesya nanti tak leh join)


Coslow Salad
 
gambar ihsan google

carrot/kubis (sayur yg sesuai ) ikut la.
campur dengan mayonis.
campurkan sedikit susu sejat
kemudian sedikt garam
( sikit je tau, tuk dapatkan rasa lemak)

 
Nota: adeh.. blog ni dah mcm blog masakan la pulak.

Penempatan Baru Bakal Di bina di Marikh

Kalau 50 tahun dulu mungkin macam tak logik bila ada yang menyatakan 
manusia akan berpindah ke marikh.
setelah kajian demi kajian, akhirnya, seorang Bilionair, Elon Musk merancang membina 
sebuah Bandar di Marikh..

 

NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.

Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.

"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.

"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi- sumber

Note: Hmm... golongan makan sayur sahaja. Faham faham la kan.
kalau vegetarian tu golongan dari mana... hehehehe