Friday, April 19, 2013

Batu dalam Guni Bawang

Dah sedia maklum, aku memang hari hari masak kat rumah 
jarang sangat makan kat luar, So, senang citer stock bahan mentah kena la selalu updated..
Aku senang je, asal beras ke, bawang ke apa ke yang habis, terus ckp
"Bang  beras habis.. bang itu habis ini habis. mesti si abang akan cuckupkan..

 

Ni pulak hal bawang, my hubby kalau beli bawang mesti beli dalam guni ni
ala.. yang 5 kilo tu je. bukan la besar mana pun.
lagi pun kalau beli  seguni ni harganya jauh lebih murah
Rasanya 5 kilo RM 5 ringgit.

Aku pun tak de la re check balik, betul ke 5 kilo seguni tu.
hehehe..
.

Nak jadikan citer, aku tengah tranfer bawang bawang tu kan dalam bekas
tetiba terpegang seketul batu
apa pulak batu ni buat dalam guni ni.
kalau batu tu kecil tak pe la, ni lebih kurang je saiznya dengan bawang besar.

Tak kan anak aku main batu pulak
kalau ye pun nak  main batu tak kan le nak letak dalam guni bawang 
logiknya memang anak aku tak main batu la kan.
Umah aku pulak umah atas, nak cakap batu termasuk umah pun tak patut sangat.


kalau nak cukupkan berat bawang tu tak yah le letak batu kan.. kan..
cuma aku nak suarakan kat sini le.

***kalau yang buat kerja ni orang islam, ku halalkan saja yang terkurang di pihak aku dan terlebih di pihak kamu, Moga moga rezeki yang kamu jamu anak isteri/suami tu menjadi darah daging yang halal, Moga Allah beri keberkatan dalam rezeki kamu. ****

*** kalau yang buat ni orang bukan islam.. hmm tak payah cakap la, orang kafir..
kalau tak tipu orang islam memang tak senang hidup****


Note: satu guni sebiji batu, kalau 100 ribu guni. mau satu lori batu di perlukan.ngeeee

Larangan Menyebut Aku Hang

Sejak aku kecil, hinggalah ke hari ini, perkataan 'Aku"
di dalam keluargaku di haramkan.
Mengapa dan kenapa Mak begitu Marahkan kami jika
perkataan "Aku" terpacul dari mulut kami adik beradik

Mak,
Mak memang seorang yang tegas,
Memang pantang kalau kami sebut "Aku" dalam perbualan sesama adik beradik
kalau mak dapat dengar sekali je pun kami sebut "Aku"
siap le betis kami ni berbirat di rotan oleh mak
Tapi.. Mak tak pernah cakap
kenapa kami di larang menggunakan perkataan "Aku"
Malah Mak sendiripun tak pernah sebut dirinya "Aku " dengan kami.

Makanya, perkataan Aku hanya digunakan bila kami berbual dengan kengkawan sahaja
di rumah abang akan bahasakan dirinya 'abang" 
dan adik adik pula akan sebut nama sendiri jika berbual dengan abang
contoh:-
Abang, esok Ana nak ke sekolah.. Abang boleh hantarkan tak?
ha.. mcm tu la.

BERGADUH,
Bila time bergaduh sesama adik beradik.( gaduh budak budak le)
bergomol gomol pas tu nangis bagai.. 
Si adik geramkan si abang si abang pulak geramkan si adik
siap bertikam lidah
"Abang yang mula dulu, pas tu abang tuduh adik pulak".. ( lebih mesra)
"Hang yang Mula dulu, pas tu tuduh Aku pulak" (ckp mcm ni memang makan tali pinggang le)

begitulah seterusnya...
sehinggalah kami adik beradik semuanya telah mendirikan rumahtangga
Bila aku ada anak sekarang ni, aku pun amalkan begitu juga
kenapa aku rasa perlu aku terapkan didikan Mak aku tu.
Jawapannya.
 Bila kita panggil abang/kakak perasaan hormat tu tetap akan ada
Tak kira, bila kita Marah pun kita tetap panggil dia Abang ( hormat)
nak tak nak kena jugak panggil Abang..
secara tak langsung, ianya mendidik diri kita bahawa dia tu abang dan aku ni adik kena hormat.
Ini hanya pendapat aku sahaja tiada berkaitan denga yang hidup ataupun yang dah meninggal.
  

Jika kita yang menjadi abang pulak, selalu sebut adik, secara tak langsung
kita akan ingatkan diri kita bahawa kita ini abang, yang itu adalah adik.
Jadi abang kena lindungi adik adik.
 dengan ertikata lain, saling bertanggungjawab di antara satu sama lain.


***Bak kata someone" Marah sesangat, tapi sebab hormat kudiamkan aje"*****

 Note: Entry ni cuma tentang keluarga aku dan pendapat aku tentang didikan mak aku je.
Aku tak de la judge yang panggilan Aku, Hang dan Kau dlm sesebuah keluarga tu akan menhilangkan terus rasa HORMAT/RESPECT.