Wednesday, January 15, 2014

Kami Berkongsi Tiap Tiap Tahun

Ok.. muqadimahnya begini..
Actual B'day Naiim 17/01/2014
Actual Anniversary kami yg ke -11, 19/01/2014
Saja kami awalkan sambutan sebab nak ambik keberkhatan sempena Hari Maulidur Rasul, 14.01.14
memandangkan tarikh cuma selang sehari je kan, so each and every year
kami celebrate bersama sama...

Aku tempah kek yang simple je.. 
terlupa nak bagitau kat adik yang buat kek tu, tak mo kaler pink.
tau la kan si Naiim alergik, tapi.. sib baik sesapa pun tak bangkitkan tentang kaler kek ni..
tak pe la Naiim anggaplah pinky semua tu ibu yang punya...
ibu kan suka pinky pinky ni.. ngee...

hmm kan dah cakap, semua kongsi. majlis kongsi, hari kongsi
kek pun kongsi jugak.
jimat tak? op coz la kan..

hmm.. bday boy pun dapat hadiah jugak..
sejak berbasikal baru ni, pergi sekolah pun dengan basikal..
makin berkilauan la kulit kamu Naiim oi..
sib baik anak lelaki kan..kan..

apa apa pun kita posing dulu kat basikal baru ni..
basikal ni papa beli hari ahad tu..
dorang berdua je yang pergi.. aku tak ikut pun..
kang aku ikut pilih kaler pink la pulak kan..

----------------------------------------------------------------------------------------

Some Note at My 11th Anniversary 


ramai yang cakap, langsung tak de iras muka aku time ni.
betul ke? ntah le..tapi trade mark sengih tu ada kan..hahaha

Tahun ni, kehadiran insan bernama ayah disisi tiada, rasa mcm kosong je kan
Last year sempat jugak aku chit chat ngan ayah tentang b;day Naiim
anniversary kami la.. 
Tahun ni dah tak dapat nak bersembang bagai..
cuma hadiahkan ayah al-fatihah..


hmmm... ingat lagi aku, masa nak kawin dulu.ayah sangat fussy dalam memilih menantu
banyak jugaklah soalan yg ayah tanyakan kat aku
yang p[aling lucu tu, ayah cakap.."Betul ke Rohana ni" nak kawin ngan Wan tu
mcm tak percaya pulak.. hahahaha.. dah jodoh kan.


Then masa akad nikah tu, aku sampai gigil gigil nak jawab bila ayah tanya
" setuju tak ayah kawinkan kamu ngan Rodzuan ni?"
rasa mcm dah jawab ye, tapi ayah cakap dia tak dengar pun
hah..mcm  tersekat sekat je anak tekak ni..
ayah cakap" cakap kuat ayah nak dengar!"
hmm.. itulah kan, manisnya bila ada ayah di sisi...


Note: Even tanpa ayah di sisi, tapi ayah tetap dalam ingatan.
Al fatihah , buat ayah.



***  We are actually have a chance..
        Remember your promised?
        I'm still waiting for you to say out..
        even i need to wait till end of the day
        Yes..I'm still waiting...
       

       
         
       









Kronologi Sambutan B'day Naiim

12/01/2014, awal awal dah si Naiim dapat B'day gift dari papa
seronok kemain dia..

Sebab Naiim dah request kan, so kami cubalah fullfillkan.
Makanya semalam 14/01/2014 kami ada la buat majlis makan makan sikit
majlis yang simple je pun..

eh mcm cantik je date semalam kan. 14.1.14..
hari yang baik tarikh yang baik kan..kan..

awal awal pagi tu siap siap mana yang patut.
awal lagi kan, air pun tak bancuh lagi, so, susun susun dulu sikit sikit
tak dapat la nak snap banyak banyak photo makanan ni , sori aku sibuk kekdahnya.. hahahaha..

Menu wajib ni kalau nak jamu kanak kanak. betul tak?
bebudak tu lepas makan dorang pergi main, pas tu dorang masuk semula makan lagi
main lagi.. hahahaha...best tengok gelagat dorang.


Bihun sup terbaik dari ladang, hasil air tangan suami. Terima kasih ye.

hmm..bebudak kalau ngan nugget hotdog semua dorang bedal
tak tau la bape kali aku ulang alik goreng bebola ketam ngan nugget tu.
tak pe la kan... bukan selalu pun.

menu of the day:
hot dog, nugget, bebola sotong, banana kek, pulut usang, bengkang, karipap. bihun sup
balance lolipop, sweet, sumi dan ballon tu aku letak dalam balang je..

packing 40 bungkus goodies, semuanya habis licin. alhamdulillah..

pagi tadi sebelum datang kerja baru sempat basuh all the container..
biar kering dulu sebelum nak simpan semula kan..
malam nanti la kita sambung mengemas yer...

Then ntah bila la pulak akan ada majlis makan makan kat umah aku ni.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang aku perolehi, kita sama sama nikmati tatkala berjamuan ni
betul tak?
dapat juga ku menabung untuk kembali ke sana... syukur.

meja makan masih lagi lepak kat hall.. 
Saja tak guna paper plate untuk jamuan ni. Bukannya ape, banyak sangat plate kat umah aku
dah tu tak guna pun, duk lepak je kat Almari kan..
kang di sana nanti dia tuntut la pulak...
maklumlah.. dodulu suka nau main kutu pinggan mangkuk.. hahahaha...
sib baik sekarang dah pencen main kutu pinggan mangkuk ni.
hiksss...



*** Pada semua tetamu yang datang, El, Nureen, Gieyana, Zura, jenjiran tetangga dan kengkawan 
Naiim, Aku ucapkan terima kasih tak terhingga..Moga lenkali kita kita ketemu lagi.***



Note: wajah wajah para tetamu, kita jumpa next entry ye..





*** We don't meet the people by accident
       They are meant to cross our paths for a reason
       and it arrange by God
      which is better known for tomorrow..