Tuesday, March 15, 2011

Sekitar Sukaneka Amirul

Dalam banyak banyak student kat PASTI tu, alhamdulillah
anakku terselit juga sebagai peserta
tak menag pun tak per
janji pengalaman melibatkan diri dengan aktiviti sekolah
boleh mematang anak kecilku ini
Ni ha sepanduk sebagai tanda memberi semangat kepada PASTI
Permatang Damar Laut, Penang
Jgn tak tahu, Amirul ditugaskan untuk carry sepanduk ni tau.
vangga tak? mesti la vangga anakku di barisan hadapan


Ni pulak cikgu Amirul, tengok saiz ler
kalau anak murid nk melawan
sekali dia sergah, kecut ko..
Ada, seorang budak yang montel ditegur dek cikgu ni
Kuat ke kamu lari tu...
Selamba jer budak tu jawab;
Yang cikgu tu larat ke lari?
hohoho... lagi lazer dari mulut anakku rupa rupanya..
Ha... budak yg pakai baju putih tu la yg jawab kat cikgu cenggitu
terlalu besar badannya, sampai takder saiz untuk baju sukan
makanya terpaksalah pakai baju putih
Memang happening la tengok budak budak ni bersukaneka
teringat lak zaman kanak kanak dodulu
yang best nya tu, parent la yang paling over bersorak
termasuk la aku yang tengah boyot ni

haha.. sesi berkawat. kiri kanan kiri kanan..
Vangga lagi sekali aku ni
sebab Sekolah PASTI Permatang Damar Laut menyandang
JUARA KESELURUHAN
Wah.. kembang kuncup kembang kuncup le aku
terlebih la pulak...

Ni acara, lari berganti ganti. Amirul sorang jer kena pakai reben merah ni
sebab dia pelari terakhir
kiranya, lari jauh sikit dari peserta yang lain la
Laju ke Amirul lari
biasalah budak budak, asal suruh lari pecut jer la

Upss... mak buyung parking kat dalam khemah kanak kanak
sebab hubby dah tengok aku terhoyong hayang kat tengah panas tu
risau dia takut aku tumbang plak
so, dia suruh la aku masuk kat dalam khemah tu
merehatkan diri, sebelum acara penyampaian
hadiah bermula
hehehe... sayang jugak hubby kat aku yer
ok.. acara sukaneka dah selesai
sekarang bawa sepanduk dan beratur tengah padang
untuk upacara penyampaian hadiah
anak sapa tu yg bawa sepanduk?
sila angkat tangan & angkat punggung sekali
upss... punggung dah berat, sebab dah kembang
hehehe..
wow.. gold medal dalam genggaman Amirul
Tahniah yer anakku
Amirul dapat 2 medal, satu lagi gangsa

hahaha... budak ni di tugaskan sebagai wakil untuk menjulang PIALA PUSINGAN

mesti cikgu cikgu deme tu bangga ngan anak muridnya kan
aku pun turut bangga
Tahniah kepada guru -guru dan para pelajar PASTI Permatang Damar Laut

kerana kejayaan korang!!!!!