Tuesday, May 22, 2012

Bedakkan Aleesya

Rentetan daripada Aleesya kena campak bulan lepas, di entry ku di SINI  
 So aku nak kongsikan bersama 
MIL dah pesan suruh bedakkan Aleesya
                                                                           
Bahan bahan untuk bedakkan Aleesya ialah bedak sejuk, Kunyit hidup dan daun bunga melur

Bedak sejuk ni  my step mother yang bagi. sebab banyak jugaklah dia buat bedak sejuk
memang suahkan zaman sekarang ni nak ada orang buat bedak sejuk sendiri
Kunyit ni aku beli la. kalau orang orang tua sebut Ibu Kunyit
tapi aku panggil kunyit hidup
Yang ni pulak daun bunga melur. aku ambik kat umah step mother aku jugak

ambilkan daun bunga melur dan kunyit di kisar halus
ambil airnya dan campurkan bedak sejuk
bedakkan ke seluruhan bahagian anak anda yang baru saja habis kena campak.

oleh kerana aku kerja jadi urusan bedakkan Aleesya tu Mak Sitter dia yang buat
saja la aku letakkan N3 ni sebab next time kalau terlupa leh la wat rujukan
bukan untuk aku je untuk anak anak aku jugak.