Saturday, July 7, 2012

Kempen Berpakaian Sopan

ABU DHABI - Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini

Ha.. bukan kat Abu Dhabi ja, kat Malaysia ni pun bersepah, kaum hawa dok pakai seluar pendek. bukan setakat tu je, ada jugak yang pakai seluar pendek ala-ala seluar katok ( seluar kecik). pas tu shopping  kat shopping Complex. Macam la bagus sangat!!!!!!

Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.
"Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam," katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.

"Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu," katanya.
Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.
Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut.

edua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah. Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut

 dah cam gini ghupernya, nak cakap apa?

 isk.. pakai seluar adik dia ke?

 haish... patut la kan... nak seksi sampai seksa aku tengok.


*Aku pun naik jelak tengok, tak kisah la apa bangsa pun. kalau dah pakai seluar pendek. apa ke hal ko datang shopping mall ngan pakai cenggitu. nak tunjuk betis? paha?. 
sepatutnya kat Malaysia ni pun kena ada kempen.*


Nota:-  Negeri lain aku tak tau la, tapi kalau kat Penang memang berlambak pompuan pakai seluar pendek ni. Yang dah taraf Mak Nya pun still dok pakai lagi.
apa yang nak dorang tayang pun tak taulah.....