Tuesday, November 9, 2010

Macam ada 10 anak..

Sebelum aku celoteh lebih panjang lagi, aku nak kasi respect buat kaum kaum ibu yang ada anak ramai ni. gambar memang tak der kena mengena ngan topik k. untuk korang cuci mata jer . Asal tak boring dengan celoteh ku yang entah apa apa ni. hehehe... Cuma aku nak luahkan rasa hati. tu jerk.

upss.. lupa lak nak kasi tau yang anak teruna ku ini telah kuhantar untuk belajar "BAHASA MANDARIN" walaupun dia tak tahu nak menulis & membaca lagi ku tak peduli lah. asalkan dia boleh belajar basic pun dah kira ok la. Oleh kerana Amirul tak boleh membaca, ku minta izin kepada guru kelas bahasa mandarin tu untuk ku join sekali. Segala nota ku tulis dan boleh la ku ajar sepatah dua. Secara tak langsung "ibarat menyelam sambil minum air lah" sebab aku pun leh belajar sama.

Baru 3 kali kelas bermula, amirul dah pandai sebut 1-10, selamat pagi, tengah hari dan malam. Sabtu ni 13/11/2010 ada majlis penyampaian hadiah kat PASTI tempat Amirul belajar. Makanya ada pulak persembahan yang perlu Amirul ikuti. Tambahan pulak persembahan dalam Bahasa Mandarin. Makanya akulah yang sibuk. sebab kena buat gaya, sebutan sama mcm murid murid. hiksss.. masuk sekolah balik la aku ni yer.

Semakin hampir dengan hari persembahan semakin sibuklah aku dan Amirul. sebab tiap tiap malam kena berlatih. class start pukul 8.00. lepas jer sembahayang magrib, terkejar kejar aku ke sekolah utk latihan. kekadang sampai tak sempat nak masak utk makan malam hubby. Hai.. ku rasa mcm ada anak 10 org walaupun hakikatnya aku ada satu anak ja.




nota : nasib baik ler hari bersejarah tempohari, ku raikan 10 hari lebih awal. nanti ku sharekan the best moment tu kat sini yer...

Masak untuk siapa???

Bila familly lapar, sebagai ibu kita akan masak. Bila balik kampung kita jualah yang akan masak untuk parent. yer la takkan dah dengar org lapar kita nak wat derk ja kan. mestilah kena penuhi tuntutan perut orang yang tersayang. Tapi, bila kita lapar, apakah tindakan kita? masak jugak atau berkira kira nak makan kat luar.


Saja aku letak gambor curry kepala ikan kesukaan si suami & anakku. Adakah aku juga penggemar kari kepala ikan ni? persoalannya akan timbul. betul tak? Sebenarnya aku bukanlah penggemar kari. tapi sebab dek kegemaran 2 orang tersayang aku, aku masak ler dengan penuh kasih sayang..

closed sikit k. Kepala ikan kerapu yang memenuhi ruang mangkuk ni. Okey, sebagai suri utk anak dan suami kita akan masak sebab dorang suka. betul tak? kalau dorang makan sampai licin lagi ler happy hati kita ni, tul tak? Itu bermakna kita tak pernah pun kisah tentang kesukaaan kita. keutamaan untuk yang tersayang. Maksudnya, kita tak ler masak makanan kegemaran kita. tapi kegemaran dorang. bila kita akan masak makanan kegemaran kita??? hiksss aku pun terfikir jugak. Kekadang aku pun terfikir gak, aku ni gemar makan apa ek? adakah aku gemar makan makanan kegemaran anak dan suamiku?



hohoho... closed lagi dekat. biji mata kerapu tu. hubby suka dok korek korek biji mata tu.
begitulah agaknya yang berlaku semasa ibu kita masak untuk kita & ayah kita makan. pernahkah kita terfikir, apakah makanan kegemaran ibu. Yang kita tahu, asyik suruh mak masak makanan kegemaran kita. Pernahkah kita masak masakan kegemaran mak? jgn tak tahu ada juga mereka di luar sana yang tak tahu apakah makanan kegemaran Mak dorang.

Asal kita balik kg jer, mak akan masak makanan kegemaran kita. betul tak. itulah yang dinamakan ibu. Mcm tu jugaklah mak aku pun. Bila anak anak dah besar, kita pun akan lakukan perkara yang sama bila anak-anak kita balik jenguk kita.

nota:- Bilakah mak akan masak makanan kegemarannya???? korang boleh jawab?