A'kum..
Mungkin pembaca di luar sana ada yang pernah mendengar perkataan
'Tabut" ini. Mungkin korang masih ingat lagi N3 ku ttg
Thalut & Jhalut". Makanya aku nak kongsi sikit tentang "tabut' yang menjadi rebutan diantara org islam dan orang yahudi. ( Israel & Palestin).
Aku terpanggil untuk mencungkil tentang "tabut" ini ketika sedang menonton filem
Indiana Jone, lakonan
Harison Ford dalam slot Tv3 sabtu lepas. Memang aku rasa satu yang pelik. Tatkala mereka berebut rebut
kotak yang diberi nama 'Tabut". Apa motif kotak itu diberi nama Tabut??
Hakikatnya, ramai umat islam yg menonton filem tersebut, langsung tak sensitif dengan agenda permainan barat, dimana kotak tersebut digambarkan hanylah sebuah kotak kayu. Pada hakikat sebenarnya, Tabut yg di sebut di dalam Al-Quran, diperbuat daripada emas. Di dalamnya terdapat barang barang berharga para nabi kita, dan mengandungi 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa atas perintah Allah ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Allah di Bukit Tursina (Sinai).
Begitu mudahnya Tabut di perlekehkan oleh org kafir? Umat islam pula hanya menonton dan sambil tertawa. Tidakkah kita sedar bahawa sebenarnya kita di permainkan.

Lihat saja gambar kotak di atas ini. inilah kononnya tabut. diambil dari
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/12/04/gambar-peti-tabut-rahsia-yang-telah-ditemui/Peti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaun yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
Sedangkan kaum yahudi pun sanggup menipu sesama mereka ttg tabut ini. apatah lagi kita umat islam yg tak pernah ingin mengetahui ttg tabut ini dgn lebih mendalam.
kalau rajin silalah ke
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/apa-yang-mula-mula-ada-di-dalam-tabut.html . Supaya anda mendapat penerangan yang lebih mendalam.
Ku berterima kasih kepada suami kerana tak pernah jemu menceritakan padaku ttg keistimewaan tabut ini. Rentetan dari itu, aku semakin ingin mendalami pengetahuan ttgnya. Dulu, aku selalu mengutuk ngutuk kaum Yahudi. Tapi ditegah suami kerana hakikatnya para nabi kita yang terdahulu adalah dari kaum Yahudi.
Yahudi sekarang ini adalah yahudi yg tak dapat menerima Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi kerana nabi Muhammad S.A.W bukan dari golongan orang yahudi. Yahudi Sekarang digelar YAHUDI ZIONIST. Jika nak marah sebutlah
YAHUDI ZIONIST yer...