Tuesday, September 29, 2020

Dinner@Lumut

 Lepas balik dari pangkor, kami rest kejap kat hotel dan lepas Magrib kami keluar semula untuk dinner.

Kami pusing pusing kat area water front tu untuk makan. Tapi tak jumpa. Last kami makan kat Restoren dekat dengan Masjid. Lupa pula nama apa restaurant tu.

masih boleh senyum walaupun kami tunggu makanan hampir 45 minit. hambek ko. Tapi tak salahkan restaurant juga, memang ramai orang dan pekerja pun tak ramai.
Tambahan pula malam merdeka kan.
masih lagi setia menunggu makanan. Tak pe lah tunggu juga lagipun kami tak rushing pun.cuma jenjalan santai ja malam malam.


Akhirnya sampai juga makanan.Nasinya portion sangat banyak. tak habis kami makan. Lauk pauknya sedap.yang ni aku bagi 5 bintang. 

Aleesya yang bising bising lapar tadi terus diam. hurm... macam anak burung bila lapar. hahahaha

Habis makan, kami nak ke suatu tempat lagi. Aleesya ni la, nak pergi taman permainan memalam. Papa ikutkan jer...haish...




Bye Bye Pangkor

 Feri ke Lumut dah datang. jom jom.

next time kita datang lagi yer.
Laju je papa, Yer la sebab malam nanti kami ada lagi aktiviti yang nak di penuhi.
happy je rasa walau ada sedikit keletihan.
Thanks papa sesekali jenjalan camni best tau.

Aleesya baring terus. kaki kat papa kepala kat atas paha ibu. 
Tiba tiba terdetik di hatiku, untung ko dik, ibu dodulu tak tak merasa la nak cenggini ngan tok dan dan tok wan. 

Masa ibu umur kamu tu, Tok wan dan tok dah berpisah. Bersyukur k dengan apa yg ada. 


Kalau si abang ada ni. confirm nyakat je kejenya.

Dorang Buat apa tu?

 Lama sangat nak tunggu feri balik ke Lumut. So papa ajarkan Aleesya tentang Ikan. hahahaha.

Papa tarik perhatian Aleesya minta dia usha je anak anak ikan kat tepi Jetty sebab Aleesya dah naik rimas menunggu.

sambil tu meh kita usha harga. mana tau nedt trip nak snorkeling pulak kan.
yang ni aku snap masa nak isi minyak motor kat Pantai apa ntah. lupa pula nama pantai tu.

ni lagi satu. 

ok kita sambung usha kawasan sekitar ya.Rasanya kejap lagi feri datang kot.

cantik airnya.Rasa tak puas, macam nak datang lagi. nanti kita datang snorkeling pula yer.