Tuesday, February 21, 2012

Husband Uncle's Re-married

Dalam dok sibuk sibuk tu sempat gak la aku hadiri kenduri

kawin Pak cik my husband untuk kali ke 2

bukan kawin 2 k, dia kawin kali ke 2

sebab first wife dah lama meninggal.

korang jgn muntah ye tengok banyak tul photo kali ni...



Kampung apa ntah kat Baling Kedah, tak ingat plak aku..
tengok la muka kekenyangan aku ni.


Husaband pun baru sudah makan, dok layan karenah dak Aleesya
yang baju kuning tu Biras aku & anaknya Atikah


Aleesya dok kacau Pak Njang makan bubur kacang. cubit sket letak dalam mulut dia
suka kemain lagi. sedap kot & nak lagi le tew...

hahaha... ni plak kazen Amirul. Ayen,
tengok muka tu berpeluh peluh. meloncat sana sini
biasa la kan budak budak..


yang baju belang tu biras aku jugak. yang sebelah tu
suami kazen husband. abang mail


Yang baju itam oren tu Pak tam led & sebelah tu pak ngah lah
tengok tu, Amirul kat belakang ntah apa yg dibuatnya
ke sana ke mari.. seronok sebab ada kazen dia


Yang baju pink tu, pak long shade & baju kunig tu Pak cik Jo
mula tu dorang ni sebuk bergebang, bila aku halakan camera

masing masing dok control hensem.. muahahaha...


tu dia.. pengantin dah sampai
tengok pengantin lelaki tu.. masih segak lagi tau walaupun duda

yang si isteri tu bukan janda tau. Anak dara lagi


Dorang ckp anak dara tu kawan sekolah dia
fuh.. memang kebal giler dia menunggu

kalau dah jodoh tak kemana kan..

Dari kiri biras aku, kak Imah, My MIL & Mak ngah
tengok le my MIL bertongkat dia


baju pink & baju biru ni MY SIL
tengok le dorang berdua tu slim melim jerk

seronok jadi dorang ni. kalau la aku kurus cam tu .. mesti best kan.. kan..


ha.. tengok anak teruna tu? siap senteng tangan baju time makan
tak de control control dah..


Nampak tak anak dara kat belakang pengantin tu?

itu le anak dara pengantin lelaki
tak sangka kan, dah ada anak sebesar ni...


wuish.. menyenget plak dia bila bergambar
nape ek?


semua tetamu yg hadir tu, boleh dikatakan sedara mara
tak sempat nak snap menu gulai tulang ngan umbut pisang

terbaik!!!! masakan hari tu

teringat ingat aku sampai hari ni


kata org, org baling atau orang sik kalau masak gulai umbut pisang memang sedap.
nak pulak masak dalam kawah.

fuhhhh... sedap tak terkata ko

yang baju biru tu my FIL. yang baju merah tu tak kenal la pulak

saja letak kat blog ni untuk tatapan di masa hadapan


just in case kalau Amirul nak tengok wajah wajah sedara sebelah papanya
in future.

yang ni plak si kembar. kazen my husband

aku selalu konfius yang mana adik yang mana abang


aku ni boleh cam dorang kalau dorang ada bersama ngan org rumah dorang

kalau idak, takut jugak nak tegur

takut tersilap.. ngeee


note:- Amirul & Aleesya, inilah wajah saudara saudaramu, kalau jumpa sok sok ni jgn tak tegur tau.

Gulai Ikan Darat

Jumaat (17/02/2012) kami terima berita sedih
jiran sekampung hubby telah meninggal dunia
akibat kemalangan di antara Motosikal & Trailer
al-fatihah...

Kami speed balik malam malam jumaat tu jugak


keesokan harinya, MIL ada le ckp, kalau nak makan gulai ikan darat pi beli ubi kemili
Aku panggil ubi kemili ada jugak panggil ubi keling
Aku suka ubi ni, kalau adik aku lagi le suka
dia hentam rebus & makan cenggitu je..

Aku tak siang pun ikan puyu tu, sebab aku nak masak side dish yg lain.
my SIL & my MIL yg siangkan ikan. aku tunggu nak masak je

lagipun, memang sejak dulu dulu aku jarang sekali siang ikan puyu ni
sebab dia dok loncat loncat, pas tu takut terkena duri dia
time siang ikan memang takut tapi time makan aku bedal tak hengat donia. hahaha..


Aku memang nak masak gulai tu, tapi MIL plak yg masak.
sian dia, dah le sakit dok masak lagi
aku plak, masak kejap on kejap off sebab dak Aleesya tu le

kejap nak nenen, kejap nak air masak
kejap troli ke sana, kejap ke sini

ada ke patut, masa dia nek troli tu ke dapur
sempat lagi dia sambar daun kering tang mana ntah
dok asyik sumbat daun kering tu kat dalam mulut dia
hish.. mana tak kecoh kalau time masak jadi cenggini
sebab tu le MIL masak jugak walaupun aku ada kat dapur tu

MIL, dalam bab masak gulai ikan darat ni memang terserlah sedapnya
memang aku tak leh nak tandingi masakan dia, marveles
hari sabtu tu, aku makan nasi bertambah tambah ko..

ada pulak sambal belacan. ( aku tumbukkan). then hubby lak pergi pekan nat ( pasar tani)
dia borong ulam ulam kegemaran aku
hmmm... berselera benor aku makan.

Ulam buah putau, pucuk putat, pucuk cemumaq & jering
memang sedap beb...

lupa lak aku nak bawak balik sikit ulam tu
dah balik mai penang ni baru hubby tanya
"nape tak bawak balik sikit ulam tu?"

ish.. cam na la tak leh ingat.

tak de rezeki nak bawak balik ikan darat ke sini, sebab kazen Amirul pergi gak la cari untuk kami, tapi ikan takde.