Saturday, October 5, 2013

Aku... Macam Inilah....

Hari ni aku puasa, saja la puasa qada'
ganti sikit sikit lelama habislah kan..

Tadi aku pergi beli slice badam ni sebab nak siapkan tempahan 'Char Cher Kuaci"
yang orang order untuk Raya Haji
Then Aku pun nak juga buat untuk Mak, Mertua dan diri sendiri
So, my sunday is buzy membakar la aku ni.
harap harap Aleesya tak wat pangai..


Then usha usha dalam peties, ada udang  besar 5-6 ekor
teringin nak makan sambal tumis  udang le pulak, tapi tak mo makan ngan nasi
Aku nak makan ngan "Pek Nga" 

So, tepung untuk org berdiet haruslah berbeza kan
Aku beli jugaklah whole Meal Flour sebab "Pek Nga" punya poasal kan.
Aku panggil Tempek je, tapi ada sesetengah orang panggil Pek Nga
what ever la kan...


Lenkali leh la wat sekut guna Whole Meal Flour ni kan, 
hmm.. segala badan kuaci risin yang tak habis tu
leh la gaul gaul wat kuih..hahahaha...


Note: Nanti I share Menu berbuka. Yang pastinya bukan Nasi. ngeeee

Menu Diet - Lunch (6)

My bos ada beli ikan Merah, besar la jugak
So, aku potong sikit nak wat masak Pindang.
Aku tak tau la org panggil apa , kalau kat kedah dipanggil pindang.
Aku tak bape minat ngan asam pedas, Aku lebih suka pindang berbanding Asam pedas
Nampak macam asam pedas kan..hehehe..
sepatutnya aku letak bendi 2-3 biji
tapi terlupa nak beli. tak pelah..

Cara masak

2 ketul ikan merah ( ikan apa apa pun tak pe)
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
secubit belacan
1 biji cili besar
2 biji cili padi
( semua bahan tadi di tumbuk, kecuali ikan tu. jgn la tumbuk pulak ikan tu. ngeee)
sebatang serai
sekeping asam keping- aku guna perahan limau nipis.
garam secukup rasa.

Masuk semua dalam periuk dan masak hingga mendidih dan lepas tu masukkan ikan.
siap!
 
sedikit brown rice..
kacang buncis tu ciput je.  dah itu je ada dalam peties.
Balance aku masak kelmarin dulu.

burb.. kenyang aku.
walaupun juadahnya simpel. tapi aku tetap kenyang.


Note: hujung minggu ni tak mo makan nasi dah le. Nak makan roti pulak!

entry berkaitan
Menu Diet -Lunch (1)
Menu Diet -Lunch (2)  
Menu Diet -Lunch (3)
Menu Diet -Lunch (4)  
Menu Diet-Lunch (5)