Aleesya di lahirkan pada bulan puasa. Lagipun dia menyusukan badan. Saya cuba untuk menggantikan puasa tetapi tak mampu jugak. Oleh kerana saya pump susu, jika berpuasa saya akan menjadi lemah longlai. Sungguhpun begitu saya gagahi jugak. dan hanya mampu berpuasa untuk beberapa hari saja.
Saya dah cuba tapi tak boleh, jadi saya bercadang untuk membayar fidyah saja untuk tahun ni. Bila anak saya sudah tidak menyusu saya akan qadakan puasa sebaik mungkin.
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Nak tau cara cara pengiraan fidyah. sila layari DI SINI
Boleh juga di kira DI SINI