Friday, June 1, 2012

Sawi Kampung ubat angin medu

Masa hubby sakit that day, dia sakit kat tempat kerja
jadi kengkwan dia tau la mcm mana keadaan dia
then ada la yang ckp kena minum air tu la air ni 
mcm mcm yang dorang suggest
thanks for the concern ya
I'm  really appreciated.

Ada la kawan hubby tu( sori nama tak tau)
dia ambik pokok ni dari Kulim Kedah
bagi kat my hubby untuk dia minum air rebusannya

Dia cakap pokok ni namanya sawi kampung
tapi daunnya tak de pun nampak mcm pokok sawi
ada la juntaian bunga. mcm bunga padi gitu
keras bunga dia

sekali tengok daun dia mcm daun kaduk pun ada
mcm daun teja pun ada

Sawi ni harus di rebus dan campurkan dengan sedikit gula merah
aku ada la buatkan untuk abang
kata orang, kita ni beriktiar.

saja aku snapkan gambar daun ni
mana la tau kan, in future leh la wat reference

Masa mak aku datang that day, dia kenal la dengan pokok ni
dia pun ckp ni pokok sawi kampung
orang minum air rebusannya untuk buang angin medu

mungkin kengkawan hubby  ingat hubby kena angin medu kot
sebab tu dorang cari pokok sawi ni sebagai ikhtiar

hmm.. air rebusannya pun jernih je
aku rebus sekali dengan akart akarnya sekali

Masa aku campurkan dengan gula merah tu, ada la aku rasa seteguk dua
hehehe.. ingatkan rasa pahit
rupenya tak rasa pa pun.
okeylah kan, sebab selalunya kalau ubat kampung ni pahit je kan...

Note:- first time tengok sawi kampung.

Elakkan berkata " Ingat Apa"?

Bilakah anda menggunakan perkataan "Ingat Apa" dalam kehidupan seharian?
sewaktu anda marah? suka? duka? sedih? pilu.

Yang pastinya perkataan "Ingat Apa" anda pertuturkan bila anda sedang marah atau sedang
RIAK!!!

Hubungan aku ngan abang abang memang rapat
tambah tambah lagi dengan abang sulungku ini
sejak kecik, abanglah tempat aku mengadu domba. maklumlah kakak tak de. hehehe

Banyak jugaklah nasihat abang yang aku guna pakai dalam kehidupan seharian ini
recently abang ada datang ke rumah dan kami pun borak borak
reyuh rendah rumah aku. best giler bila abang abang datang

sambil sembang tu ada la abang sentuh tentang bahaya mempunyai sifat Riak!

Abang ada cakap jika boleh elakkan bila bertutur kata dengan orang lain dengan berkata
Ingat Apa? kerana bila saja kita menyebut perkataan Ingat apa? secara tak langsung
sifat riak itu akan datang.

Contoh:-
Abang ingat apa? adik beli tau rumah tu.( nada tinggi/marah)

semasa ayat ini dituturkan, kita merasakan yang diri kita ni lebih dari orang lain.
ada duit lebih dari org lain, kerja lebih dari orang lain dan bagainyalah

jadi, abang bagitau kalau boleh jgn la guna perkataan itu 
hiduplah dengan merendah diri. 

Aku rasa betul jugak kata kata abang tu.I'allah aku akan praktikkan dalam kehidupan seharian
aku juga akan ajar anak anakku untuk elak daripada menyebut ayat "Ingat Apa"