Pokok Kaduk berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.
eh.. eh.. napa lak tetiba dok cita ttg pokok kaduk ni
saja la kan, mood aku hari ni mood daun kaduk. kahhhhhhhhhhhhhh
kalau nak tau ttg khasiat daun kaduk, Lepak Sini
Seminggu sebelum puasa, dalam perjalanan menuju ke Bukit Mertajam, hubby singgah kat Masjid Permatang Pauh tuk sembahyang Zohor. Aku keuzuran la pulak. jadinya aku kena tunggu kat dalam keta bersama ngan puteri aku tu.
masa tengah nunggu, nampak la lori yang jual air & kuih muih bagainya.
sedap gak kalau aku pekena soya bean. sambil minum soya bean tu terpandang la "kerepek Daun kaduk"
biar betik! selalunya aku makan kerepek daun bayam je. tak pernah rasa lagi daun kaduknya taste bila di buat kerek. Aku pun ambik la & makan. nyum nyum nyum... sedap rupernya. hehehehe...
pas tu beli la 2 bungkus.sebab sedap la katakan. minum ngan kopi & teh mesti lagi sodap..
dulu ni.. aku sealu pergi kat kedai makan tepi laut sana nun tuk beli kerepek daun bayam
ntah sejak akhir akhir ni dah tak de la pulak
kalau kerepek daun bayam tu harganya RM 3.00 sebungkus
mahai gak la bagi aku. tapi sedap punya pasal.. apa nak di heran..
Tapi kerepek daun kaduk ni murah.. murah giler giler rega dia
aku pun tak caya. RM 1.00 je sebungkus.
sesapa nak beli, singgah le kat lori putih sebelah masjid permatang pauh
memang ranggup kruk krak kryk krak bila aku makan
kalau berkesempatan aku nak beli 10 bungkus wak balik kat Mak!
Jangan lupa yer.. pekena secawan teh atau kopi selepas makan
mesti lebih terasa kelazatannya..
Jgn marah eh.. nanti kurang pahala puasa..