Friday, October 18, 2013

Olive Oil Balsari

Olive oil kat umah dah hampir kehabisan
Jadi aku nak cari kat mana kalau bukan kat Yuta ( Yusuf Tayob) kan..kan..
 
that day beli yang 500M/litre, kali ni aku nak beli yang botol besar sikit. biar tahan lama kan..kan
tengok kat Tesco semuanya keluaran Negara Barat
Malas ar.. kalau dah ada alternatif utk dapatkan Produk dari Timur Tengah,
nape aku nak lepaskan peluang kan..
Aku beli Olive oil keluaran dari Negara Turki
dihasilkan oleh syarikat Ali Balsari yang di beri nama  Balsari Olive Oil company

Aku beli jugak Garlic Sauce. sebab kat umah pun dah nak habis
kalau buat sauce black pepper/pasta/spaghetti  letak sikit sos bawnag putih ni baru sodap..

see.. aku beli satu litre tau. Nampak tak bintang yang ada "K" tu.
itu melambangkan kuality produk dorang. ala..mcm kat malaysia menda ISO tu le.

Ni aku ambik maklumat dari website dorang.
then Olive oil dorang pun yang "First Cold Pressed".
itu term yang digunakan dalam menghasilkan Olive oil ni.
proses ni jugak kebanyakkan digunakan dalam menghasilkan minyak dari bijirin yang lain.

sekali guna olive oil Balsari  terus jatuh chenta.. hahaha..

*** That day pergi Yuta lupa lak nak beli madu. Nanti kalau ada hal kat Lebuh Pantai nak beli la***


Sesapa nak tau lebih lanjut tentang Olive Oil Balsari ni sila kilik



Note:  Tak dapat Ngorat Pak Arab, dapat makan Olive oil Pak Arab pun jadilah.. kikikikik..



Raya Aidiladha- Nasi Impit Kuah Kacang Hijau

Korang pernah makan Nasi Impit Kuah Kacang Hijau tak?
Kalau Nenek aku, Mak Aku dan Aku sendiri memang minat ngan kuah kacang  hijau
sebab apa minat? sebab nak buatnya sangat sangat susah
kena perlukan tahap kesabaran yang tinggi bak gunung kinabalu tau.

ha..inilah ghupernya nasi impit berkuah kacang hijau
benornya aku dok google tak de pun orang makan kuah kacang hijau ni
tertanya tanya jugak aku ni..makanan yg aku suka ni asal usulnya dari mana ek?

Mak aku cakap nenek nenek aku yang suka benor wat kuah ni bila tiba Raya.
So, makanan ni di perturunkan kepada kami anak beranak.
gitulah seterusnya..


Cara nak buatnya, korang kena rendam semalaman
pas tu dah jadi seperti dlm gambar ni, 
korang kena sejat dan biarkan semalaman lagi
Korang kena tunggu sampai kacang hijau tadi tumbuh menjadi 50% taugeh sahaja
kemudian korang asingkan kulit kacang tersebut. sebiji sebiji.
ha.. jenuh la kan.. that why korang kena ada tahap kesabaran setinggi Gunung Kinabalu.


Bila dah siap semua korang masak ala ala masak lemak cili padi
di campur dengan udang basah/udang kering/udang salai
hmm.. tahun ni mak aku masak dengan udang salai
mmm dap.. dapnya..
puas aku makan tau. sampai aku tapau bawak balik Penang.


** Actually aku dah cuba buat sendiri, malangnya aku terlebih lama rendam kacang tu, sampai semua jadi busukkkkkkkkkk*** Lastly, mak aku jugak yang kena buatkan untuk aku. hahahaha



Note: Eh betul ke.. ada yang cakap ni makanan orang Jawa?