Friday, September 27, 2013

Menu Diet - Lunch (1)

Memandangkan  aku dah rasa berat badan aku dah naik
even org dok cakap tak nampak sangat la aku gemuk sebab aku tinggi la itu la..
Aku still nak diet. Sebab....sebab...
Masa aku nak pakai satu skirt tu, tetiba tak  muat. waaaaaaaaaaaaaaa

So, hari ni nak share menu diet aku.
Diet aku diet yg boleh makan nasi. hahahaha..

 Sayur campur, sup ikan dan nasi steam rice.

Aku pun ingat ingat lupa menu yg perlu di ambil masa diet
Aku pernah dengar ceramah ttg penyediaan menu diet ni
apa yg aku ingat aku buat lah.. hahahaha..
Sup ikan, korang boleh tukar tukar ikan tu, nak buat ngan kepala ikan pun tak pe
Cara masaknya senang je, jgn tumis
tapi korang masukkan satu sudu olive oil utk menggantikan minyak masak
diet diet jugak.. jgn sampai badan langsung tak de minyak.

sayur campur ni pun, korang jgn tumis
masuk air sedikit, then masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan sayur
pas tu letak olive oil. masak kejap je
pas tu angkat. jgn bagi layu ok.

Steam rice.. steam rice ni aku beli kat food court belakang office aku.
baiknya steam rice ni, sebab sebelum nak masak kita akan rendam dulu beras biar kembang
bila di rendam, kanji tu akan membebaskan gula dan kanji dalam beras tadi
So, nasi kita tak de la berat sangat kan..
kalau kat rumah boleh la tukar dengan brown rice

upsss... makan setengah je tau, aku segan lak nak bli nasi ni half.
dah le nak beli nasi saja je, beli half pulak tu kan..
so, aku beli satu mangkuk, aku makan susku je..


Cara makan di kala diet.
Pilih makan sayur dan sup di awal suapan
suap lebih banyak sayur dan sup berbanding nasi
try le.. korang akan cepat kenyang.


Aku nak diet yg tak memberi banyak tekanan pada fizikal dan mental
tak nak seksa perasaan, yang pasti berat badan turun!!



Note: Lepas raya aku up-dated weight aku K.


pssst... kalau sempat aku buat entry utk menu breakfast dan dinner K.





Terlupa Nak beli Al-Quran

Sebelum ni Naiim dah bagitau kat aku yg lagi 7 hari dia dah nak boleh baca Al-quran
So, aku kena la beli al-quran untuk dia.
Tapi..asyik bertagak je, last aku terlupa terus nak belikan untuknya.
Aku bagi je al-quran aku untuk dia bawa ke kelas fardu Ain.
Tapi bersyarat la..
Al-quran ni je ada kat rumah aku. Ni pun pemberian hubby masa kami kawin dulu
Aku dok baca quran ni je..sebab aku nak pahala tu tersalur juga kepada suamiku
selalunya lepas magrib je la ada masa nak baca ni 
See dah nak habispun aku baca. ntah bapa kali ulang pun aku dah tak ingat
Aku ckp kat Naiim kalau bawa Quran ibu ke kelas Fardu Ain, jgn ubah penanda tali hitam tu
nanti ibu lupa pulak kat mana nak sambung baca.
Dia pun ok jer. boleh caya ke tu?
Mcm tak leh caya je kat budak ni, so, aku snap le mukasurat ni
nanti kalau dia terubah tali tu, idak le aku tercari cari kan..

Then langkah seterusnya aku kenalah beli satu untuk dia
tak de la dok berebut satu quran ni je kan.
Aku beli kat kedai Pak Arab kat Tesco Jelutung tu. 
Dia cakap RM49.00 satu, aku idak le mintak kurang, 
sebab aku dengar sape kata ntah kalau kita beli quran mintak kurang, nanti budak yg nak belajar
quran tu akan lambat boleh baca.
Pak Arab tu yg kurangkan untukku dia bagi RM45.00 je. alhamdulillah..

Aku suh dia balut, sebab masa aku beli tu aku tak berwuduk
nak bawa ke hulu ke hilir tak baik la pulak kan

 happy le Naiim, dapat Al -Quran besar seperti yang diminta.
Dia nak Al-Quran besar sebab nak tulisan tu besar besar..
senang nak baca katanya.

setakat besar ni je la yg ada dijual pun
kalau nak lagi besar, lagi besar la saiz Quran tu
kang tak tergalas nak bawa ke kelas pulak. ngeee..


"Aku cakap, Ibu baca al quran yg  papa bagi, ibu dapat pahala Papa pun dapat juga
Kali ni ibu beli kan Naiim Al-quran, Naiim Baca ibu pun dapat jugak Pahala
kalau Naiim nak jugak pahala, Naiim kumpul la duit beli al-quran, pas tu sedekahkan kan Masjid ke kat anak anak yatim yg tak mampu beli al-quran tu."


** Bagi aku cepat jugak Naiim dapat membaca Al-quran, anak korang umur berapa
dapat baca al-quran?***


Note: Kagum pada ibu bapa yg anak dorang umur 5-6 tahun dah pandai mengaji quran.