Monday, December 17, 2012

Rahsia Si Labu

Tadi, keluar lunch kejap.
Balik office dalam Pukul 2:30 petang. On radia ada le ceramah dari ustaz kazim.

best jugak pengisian ceramahnya kali ini.
Aku cuma nak kupas sikit je lah.
sebab dia sentuh tentang pemakanan Rasulallah S.A.W.


Beliau ckp nabi suka makan buah labu
sebab labu ni dapat meredakan perasaan panas. Dia dapat menyejukkan perasaan marah
selain itu dapat menjaga perut
kerana labu mempunyai serat yang banyak.
kalau anak anak sedang bersedih , ibu ibu di nasihatkan memasak menu labu
agar dapat meredakan rasa sedih.

Kalau si suami yang panas baran tu, silalah wahai isteri mithali
masaklah menu labu untuk suami.

Aku pun memang suka makan labu
pucuk labu aku celur buat ulam
kekadang tu pucuk labu aku buat masak lemak.
memang sodapppppppppp..

Then ini pulak petua.
Perhatikan di buah kundur. ada serbuk serbuk putih di buahnya, di sekitar tangkai terutama sekali
Ambil serbuk tu tenyeh je kat ketiak untuk 
anak anak yang belum baligh.
I'allah, tak kan tumbuh bulu ketiak.


Yang ni memang aku nak cuba
nak tenyeh kat mirul & aleesya.





Takut Kiamat Tak Tentu Hala

Tak tau nak cakap. kalau aku senyum sinis, kang ckp tak sensitif pulak
tak pasal pasal aku kena kondem yang bukan bukan pulak.
Cuma nak kongsi di sini dan nilai sendiri bila membaca.

Islam tak galakan pembaziran dan diwajibkan percaya pada Kalam Allah
yang terdapat di dalam Al quran.

Tapi.. ada sebuah keluarga di
BERRYVILLE, Amerika Syarikat, telah melakukan persediaan untuk menghadapi hari kiamat 
dengan membeli banyak bekalan makanan dan senjata.

kenapa perlu ada senjata, belaiu berkata lagi, senjata di gunakan untuk melindungi diri sekiranya
berlaku rompakan akibat daripada kejadian kacau bilau nitu.

Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.

Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi

 

ha.. belambaknya makanan yang dia simpan.
adei... kalau berlaku kiamat makanan ni semua pun pecah hancur lebur..

kalau pun dorang ni selamat. Bila malaikat meniup sangkakala.. sure semua habis mati.
sempat ke nak makan makanan yang di simpan tu.


so, pasrah je la, kalau dah ajal nak sampai dengan berlakunya kiamat
yang pasti.. setiap yang hidup pasti akan mati
tak kiralah mati dlm keadaan apa sekali pun
termasuklah mati kerana berlakunya hari kiamat.
 
 
Note: Adakah mereka sekarang telah menjalani kehidupan yang penuh dengan keresahan
sementara menunggu 21/12/2012
 

Nak Makan Durian Crepe Datang Rumah.

Syukur Alhamdulillah..
dah cuba kali kedua. pas tu menjadi la pulak
Ni semua sebab Kak Lona la.
dia yang cakap yang kena balut crepe tu secara menyongsang
dalam ke luar dan luar ke dalam.
 yang dah siap. balutan tu dah montok. tak de la mcm sebelumnya
praktice make perfect ok.
ni buat utk kali ke 3.

BIL dah janji nak datang, so aku memang nak buat untuk dorang
sebab dorang belum pernah makan lagi
alang alang aku dah pandai buat, bior lah dorang makan sepuasnya.
dalam pukul 9.30 mlm dorang datang bertandang
bawa satu tupperware biskut Suci Dalam Debu
My Biras yang buat. sedap..
I suka tau.

See sepinggan tu aku bagi my BIL makan
tapi idak le dia habiskan sepinggan..
hehehe...
thanks ye datang umah semalam.

kalau jenjiran kat kawasan umah aku ni ada la 2-3 biji rumah yang aku dah bagi tuk dorang makan
tapi idak le jual. buat suka suka je.

so sesapa yang teringin nak makan, datang la umah.
sebelum dorang balik
aku tapaukan satu tupperware tuk dorang

then tetiba my friend dari Bukit Mertajam Call
so, aku suruh je dia datang bila free, nanti  aku jamu Durian Crepe
apa gunanya kawan kalau tak leh menumpang seketul dua durian crepe. tul tak?


hari ni datang office ambil phone, aku bagi satu tupperware untuk bos
dan satu tupperware untuk bebudak kerja tu makan.


Petang ni, lagi sorang kawan aku yang tinggal kat binjai tu nak datang
ambil barang yang di tempah
dan sekaligus nak merasa Durian Crepe aku.



Note: Dah berkira kira nak balik buat kat kampung. biar Mak, Mil dan seangkatan denganya merasa apa itu Durian Crepe.

My satisfaction is while i'm cook people eat and enjoy!!!