Monday, December 31, 2012

Kek Valvet Merah Wantie

meh sini nak tunjuk hasil tangan aku yang keras kejong ni
ala.. suami I ni saja je ngusik I kat dapur tu, tapi, I mintak buku resipi
bel;i jugak.. ngeee...
Hubby ada beli buku resipi untuk aku tempoh hari kat Popular Book
bukan sesaja dia pergi beli.. sebab aku dah ambil.. dia la yang bayarkan. kira dia beli la tu kan..

 Ini gambr kek yang terdapat dalam buku resipi tu k. Lupa lak aku 
buku tu keluaran chef leeza kot. tak sure pulak. hape da.. aku ni kan.


 aku malas nak type, aku snap je resipi kek velvet merah ni
boleh la kalau nak cuba

gedik nak buat kek velvet ni sebab dia ada cream keju. hahaha... aku memang minat keju.
dah buat semua, lupa nak snap yang sebiji kek tu
dah otong setengah bagai baru teringat nak snap..
hahaha.. gini lah kekdahnya.. kalau dah tangan kejong mcm ni la. 
dah le tu, sambil aku dok sapu cream kat kek, tak pasan yang Aleesya datang tepi dok korek krim tu
cam no leh dia datang senyap senyap korek krim tu.. 
pandai dia noh..
Ni potongngan sisi. Nampak tak yang gula gula love tu...
yang tu aku ambik lebihan taburan atai eskrem yang Amirul punya..
sebab dah last punya pasal.. jadi kalernya pun campur campur la..

Kek aku tak tebal, sebab loyang tu besar kot. aku sepatutnya bakar dalam loyang kecik sket
baru dapat kek tu tebal.

Tapi ok la kan, comot comot pun telan semua.
yang best tu Aleesya le, suka benor ngan  cream keju, sama mcm ibunya k.


Note:Banyak lagi resipi kat dalam buku tu yg aku nak explore.. hehehehe

Suspek rogol wanita bakal berdepan hukuman mati

Sejak akhir akhir ni semua channel news kat TV dok citer tentang
budak perempuan yang dirogol bergilir gilir dalam bas
dan di campak keluar. sedih kan..

Memang gembar la kes ini sehingga berlaku tunjuk perasaan di India
yang menuntut pembelaan terhadap kaum wanita.
kejam betul pemjenayah itu.


Di katakan gadis tersebut keluar dengan teman lelakinya, kemudian
mereka di datangi dengan 6 orang lelali ( memang 6 jahanam)
telah memukul teman lelaki gadus tersebut. Kemudian mereka merogol gadis tersebut bergilir gilir
kemudian mereka mencapkkan wanita tersebut keluar dari Bas.
 

Memang hati binatang. Korang memang Setan!!!!

BACA INI
v

v

v

NEW DELHI 30 Dis. - Enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang pelajar perubatan wanita di sini dua minggu lalu didakwa atas tuduhan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman mati.
 
Selain itu, kesemua suspek turut didakwa atas pertuduhan memukul dan merogol secara berkumpulan.
Kertas pertuduhan ke atas suspek difailkan polis semalam beberapa jam selepas wanita malang itu meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas mendapat rawatan di situ.
Jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata, enam suspek itu jika disabitkan kesalahan bakal berhadapan dengan hukuman mati.
 
Tragedi ke atas pelajar wanita itu mencetuskan bantahan besar-besaran di India sejak pertengahan bulan ini apabila penunjuk perasaan mendesak kerajaan meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita.
Pada masa yang sama, kes itu juga ‘membuka mata’ India untuk berhadapan realiti yang selama ini sering menyalahkan wanita terhadap jenayah seksual sehingga memaksa mereka berdiam diri.

Malah, polis juga difahamkan enggan untuk menerima laporan daripada wanita yang berani melaporkan kejadian itu dan kes pendakwaan yang ada pula akan meleret sehingga beberapa tahun.
Mayat wanita itu yang diterbangkan menerusi satu penerbangan khas akan dibakar di New Delhi sejurus tiba dari Singapura. - AGENSI
 
Note: Memang wajar di hukum mati.