Tuesday, March 31, 2020

Day 13,PKP COVID 19_Google Classroom

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 13 PKP
anak anak dah 14 hari tak ke sekolah
then di tambah lagi 14 hari oleh kerajaan..

makanya Kementerian Pendidikan terus melaksanakan Google Classroom
sebenarnya google classroom ni memang dah lama wujud
tapi perlaksanaannya mcm tertangguh jer..


Di sebabkan PKP ( covid 19 ) ni, maka berlumba lumbalah cikgu hantar kerja sekolah 
untuk pelajar . kedua kedua my anak ada ID tersendiri..

kat rumah ni jadi sibuk dengan gadjet
Aku dengan laptop dari pagi sampai petang kerana work at home
anak anak pula dengan HP .

Yang sulung tu, tak pe lah sebab memang dah ada Handphone sendiri
My anak dara ni la, berkepit jer dengan my handphone.
bila ada call jer, terhenti lah seketika homework dia tu..
kesian berkali kali kena stop..

Masa ni ler nak kerja dari rumah
masa ni la nak kena pantau anak anak buat homework
homework dalam google drive
homework yang di hantar melalui wassup
boleh stress wooo...

Aku pun confuse, aku ni kerja office ke kerja cikgu.
sebab my anak dara tu, masih perlukan perhatian yang lebih sewaktu
dia buat homework.

kejap kejap tanya, kejap kejap tanya,
Then kerja office pulak, email berlambak lambak nak kena reply
break time je ada masa nak ke dapur memasak.
lepas makan sambung kerja semula..

Kalau la mcm ni berterusan, adakah aku akan menghadapi kemurungan?

Serious cakap, kerja dari rumah (WFH) bukanlah mudah 
memang penat giler...


Aku respect la isteri atau suami kakitangan KKM Polis dan tentera yang sengsorang handle
anak anak kat rumah, di mana pasangan mereka bertugas demi negara.
bagaimana pula kalau dua dua kena bertugas demi negara
anak anak nak buat homework dengan google classroom
siapa akan pantau?


semoga kita semua dilindungi dari virus Corona