Friday, November 2, 2012

Lagi 9 Hari

hmmm.... mcm biasalah. setiap tahun aku tak pernah lupa
sejak bercinta hinggalah berumahtangga
lagi 9 hari lagi je tinggal untuk aku buat preparation.
mmm... dalam kotak fikiran ni
menari nari.. apakah hadiah yang terbaik untuk dia
dia minat Samsung Galaxy SIII tu
nak belikan untuk dia ke?

atau...

beli sama model macam aku punya
Samsung Galaxy Note II
Wow.. budget mau kenchang ar kalau cenggini

 

mmm.... kalau tak dapat beli hadiah pun
dia ok je..
tapi..nak booking la tempat makan yg dok bincang  bincang tu
Amirul pun suka jugak


haish.. lagi seminggu ja ni
harap tak fully book la.


* Wahai Encik Bos, memang tak Ingat le B'day kamu.. Jgn kecik hati yer*
Stopped la tease me ok..


Note:- kalau b'day aku, awal awal lagi Bos wish dan siap bagi hadiah lagi.
teruk betul aku kan..kan..kan...


Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Isteri solehah 

 
Sukar diakui, tetapi satu hakikat yang perlu diterima adalah isteri yang solehah sebenarnya kunci utama kebahagiaan hidup berumah tangga. 
 
Bukan niat mahu memihak kepada kaum Hawa. Tanyalah pada mana-mana kaunselor sekalipun termasuk kaunselor lelaki, pasti semuanya mengakui, isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
Imbas semula asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan Hawa sebagai teman hidup Adam apabila 

Adam mengadu dirinya keseorangan dan kesepian dalam syurga.
Sebab itulah juga, alim ulama mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Wanita solehah adalah wanita yang menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, jika wanita itu seorang isteri, beliau isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya daripada melakukan suruhan Allah.
 
Ya sesungguhnya, isteri merupakan kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mendatang dalam rumah tangga, sekiranya si isteri bersabar, bukan sekadar bersabar, tetapi berdoa memohon pertolongan Yang Maha Esa, insya-Allah, akan tiba masanya kebahagiaan yang diinginkan akan menjelma di depan mata.
 
Tiada yang mustahil kerana memang diakui, wanita bukan insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang hebat, tetapi sukar dilihat.
Lantaran, saya menyeru kepada semua wanita bernama isteri, anda penentu kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. 

Peranan anda penting! Jika sayangkan perkahwinan, lakukan peranan anda dengan sebaiknya dengan diiringi doa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengurniakan.

Aksi Amirul Di puncak Janing

Actually Amirul dah janji dengan Pak su nak pergi Mandi Manda
Pak Su pulak gedik meraya ke rumah Hairi Othman.

 saja nak tayang hidung kembang kami. 

berejam rejam kami tunggu. menci
last cuma Amirul  dan cousin nya Syifa je yg kami bawa

 ha.. tengok tu. lompat kegirangan.

 asyik nak terjun je..
Amirul suka mandi air tawar berbanding air laut
mungkin kat Penang ni dia dah jemu tengok laut kot.

 sila lihat gamar kat belakang sana
Syifa sedang gate ready..

 fuh... lompat terjun terus si Syifa ni
Happy tul tengok dorang

 saja tak bagi mandi jejauh
risau gak..

 Layan...
ok.. ni aksi Amirul
nanti aku tunjuk Aksi Aleesya

fuh.. kalau ALeesya mandi.. ibunya mandi tak?
ngeeeeeeee