Friday, November 22, 2013

Lamp chop with yogurt black pepper sauce

Hari ni aku nak kongsi satu resipi yang aku gunakan Natural Set  yogurt by Nestle


bahan bahan ( perapan daging)
2 ketul daging tanpa tulang, senang anak anak aku nak makan
kalau ada yg tulang rusuk tu lagi bagus
serbuk pati ayam, oregano,lada hitam, rosemery memasing 1/2 sudu
2 ulas bawang putih di racik halus
olive oi

cara cara
ketuk ketuk daging tu supaya lembut
satu kan semua bahan bahan di atas dan perap daging selam 30-45 minit
kemudian gunakan grille pan/magic pan untuk grille daging tadi
grille hingga masak.
 seperti gambar di bawah

Bahan bahan utk source yoghourt black pepper sauce

Bahan A
2 biji kentang di kupas kulit dan di potong dadu
 1/2 ulas bawang besar 
 sesudu serbuk pati ayam

Bahan B
  3/4 capsicum- potong dadu
1/2 biji tomato -potong dadu
sesudu lada hitam ditumbuk
Carrot- potong dadu
brokoli
2 Sudu yogurt Nestle Natural Set yogurt Asli


Cara membuatnya
Bahan A di rebus sehingga kentang menjadi empuk
kemudian kisar semua bahan yang di rebus.

Gunakan Pan/magic Pan yang sama yg digunakan utk grill daging tadi
Masukkan Bahan A yang  direbus tadi
kacau sehingga sebati dengan juice yang di hasilkan sewaktu gille daging tadi
masukkan black pepper
setelah mendidih masukkan sayur sayuran tadi

 kemudian masukkan 2 sudu yoghourt dan kacau hingga sebati
 kemudian sedia di hidangkan.


hmm... aku goreng sikit kentang sebagai penyedap rasa untuk anak anak aku.

selalunya sos black pepper ni kosong je tanpa sayuran kan, memandangkan anak anak aku
memang hantu sayur so, aku masukkanlah sayur sekali
hmm... untuk pengetahuan korang, bila campurkan sedikit sayuran supaya mendapatkan
kemanisan original dari juice yg di hasilkan oleh sayuran tadi.


Then, untuk sos ini aku jadikan kentang sebagai agent pemekat dan bukannya tepung
seperti kebiasaannya kan.


Ni adalah plate Aleesya, ketulan tu adalah capsicum, mungkin dia rasa lain kot, that why dia tinggalkan
hahahaha.... maklumlah cupsicum tu mahal, so aku memang jarang beli


Si Naiim leklok je makan dengan garfu dan pisau, sekali Aleesya angkat seketul daging tu
main kokak je..Pas tu datang sengih sengih  tunjuk gigi kat aku
sebab nak suruh tanggalkan  lebihan daging yang lekat kat gigi.
muahahaha...



Note: ada lagi lebihan yogurt kat dalam peties, rasa nak buat smoothie la pulak.

Hadiah Dari Ibu dan Papa

Aku dah promise dengan si Naiim, kalau dia dpt good result in exam
aku akan belikan apa yg dia duk minta minta sangat tu.
dah ada lori kontrol, motor control..nak jugak keta kontrol

 
lebih kurang gini la keta kontrol yg aku belikan utk Naiim tu. (lupa snap photo)
ciluk gambar Pak google je lah.

even Naiim tak de la dapat number 1,2 dan 3, tapi peratusan yg dia dapat tu
kira membanggakan la jugak.
Dan dia masih lagi berada di kelas pertama. 
Alhamdulillah...

Dan ini pulak PSP hadiah dari papa untuk Naiim 
kerana  bakal melangkah step pertama untuk menjadi remaja.

memang papa dah janji ngan Naiim, papa akan belikan bila Naiim berkhatan
memandangkan lgi seminggu je Naiim nak berkhatan, so papa beli lah.

Tapi kami belikn yang second hand je, 
 walaupun kami tak mampu nak belikan yang baru, tapi kami nak  adakan jugak utk Naiim
biarlah yg 2nd hand, asalkan anakku merasa juga bermain benda alah ni
sayu jugak bila dia selalu citer ttg kengkawannya yg ada PSP ni.


dengan siapa papa beli dan mcm mana papa beli, aku pun tak tanya
yang pastinya PSP ni di beli tanpa charger.

So, hari ni aku ke Lorong kulit utk dapatkan charger
harga RM39.00 tapi dapat beli dengan harga RM25.00
tu pun aku rasa mahal. 
kalau pandai menawar boleh dapat harga murah lagi ni..

Tapi tu lah, aku rushing sangat hari ni, keluar kejap time off minta kat bos
so, bargain harga pun dengan satu kedai je
tak sempat nak survey kat kedai lain.


**hari ahad ni, papa dah janji ngan Naiim nak install game GTA **


Note: Idak le dia boring sangat bila asyik baring je time berkhatan nanti.