Pernah tak anak anak korang, bila tidur dia akan bercakap cakap?
hmm.. ni nak cite lah. Amirul ni sering la dok cakap cakap bila tidur
tapi bukan selalu. seminggu ada la 2-3 kali cam tu ( kira kerap la tu)
Risau aku, bila tanya org ada yg cakap gangguan iblis setan bagai. Adei..
ni yang tak syok ni. Bila bersangkut ngan makhluk halus aku memang risau.
Tapi aku still tak puas ngan jawapan deme deme tu semua.
Maka aku kenalah cari maksud dari perspektif yang lain pulak.
tengok apa yang aku dapat k.
Aku ambik dari blog Story Mory
Sleep Talking adalah satu keadaan di mana seseorang individu bercakap @ menggumam ketika tidur tanpa disedari.Mereka yang mengalaminya tidak tahu apa yang telah berlaku setelah bangun daripada tidur.Separuh daripada kanak2 berusia antara tiga hingga sepuluh tahun mengalaminya.Hanya 5% sahaja dialami oleh orang dewasa.
( kiranya 5% tu bukan aku le, sebab hubby tak nah komplaint pon)
Tentu
ada yang berpendapat bahawa Sleep Talking terjadi ketika mimpi,tetapi
para saintis masih belum dapat memastikan jika masalah tidur ini
mempunyai kaitan dengan mimpi ngeri yang dialami oleh Individu tersebut.
Malah dipercayai,ia boleh berlaku pada bila-bila masa ketika seseorang itu tidur.
Mereka yang mengalami sleep talking selalunya bermula sejak kecil lagi
& berlanjutan hingga dewasa.Dan adakalanya juga,sleep talking juga
dialami bersama Sleep walking (berjalan dalam tidur)
Terdapat beberapa faktor penyebab kepada masalah ini:







Cara Mencegahnya:
sesetengah individu yang sering mengalami Sleep Talking ada kalanya mampu di ajak berbual walaupun berada dalam keadaan luar sedar.Ada juga yang hanya mendesah & mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu.Terdapat beberapa langkah untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlarutan:

Mendapatkan tidur Yang cukup

Elakkan Tekanan emosi @ keletihan

Tetapkan jadual tidur & bangun setiap hari

Jangan mengambil Makanan berat sebelum tidur

Individu lain harus memastikan keadaan @ persekitaran sleep talker selamat & cuba tenangkan mereka semasa keadaan itu berlaku melalui pelukan @ sentuhan lembut.
Selalunya Sleep Talking terjadi dengan sendiri & tidak merbahaya.Namun,dalam sesetengah kes,keadaan ini menunjukkan masalah gangguan tidur @ masalah kesihatan seseorang.
Apabila situasi tersebut berlaku & diikuti ketakutan yang melampau,menjerit @ disusuli dengan pergerakan kasar & ganas,maka individu itu perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendaptkan rawatan susulan..

itulah sedikit sebanyak yang sya ingin berkongsi..insyallah lain kali sye akan berkongsi ilmu yang sya perolehi kepada kalian..

Note: Oooo... kena peluk rupanya, aku selalu kejutkan dia
tapi tu lah.. dia jawab je bila ku tanya.. pas tu sambung balik bercakap dalam tidurnya.