Wednesday, June 19, 2013

This is My Jajan Now

Aku di nasihatkan supaya berpantang makan
jangan simply nak makan je..
tak pe lah kan berpantang pun asalkan aku boleh sihat..
sebelum sebelum ni pun aku dah biasa berpantang mulut..

 Tadi aku saja le meronda kat area Lebuh Pantai tu
memang ada niat pun nak masuk Yusuf Taiyoob ni

Beli prune ni RM 5.50 untuk 300gram.
Rasa mcm murah la pulak...
Boleh la aku wat Jajan bila time lapar kat Office..
 
 Yang ni pulak kurma  "Emir Super Jumbo" 500 gram RM 5.50 jugak
kalau beli kat Pasar malam pun 100 gram dalam RM3.00 sekarang ni
Kurmanya pun bersih..
ni pun my Jajan jugak.

Nanti bulan puasa sure penuh orang shopping kat sini.
Banyak jugak barang barang kat sini
semuanya diimport dari Timur Tengah.

Sempat jugak tengok kurma jenis yang BESAR gabak tu
RM 65.00 sekotak. lenkali la beli.. hihihihi..

Yang ni pulak Minyak Zaitun .
Beli minyak zaitun ni sebab my mum pesan suruh aku baca ayat al-quran
buat ngan minyak Zaitun dann sapu kat bahagian yg ada cyst tu.

Masa aku ada lump tu, mak aku yang tak henti henti baca
sambil jemput jemput kat tempat lump tu dan buang ( dengan syarat)

so, sekarang aku nak buat sendiri
aku nak amalkan sendiri, 
biarlah aku yang baca ayat al-quran tu, aku yang jemput buang..
Yakin dengan Kalam Allah. 


So.. no more asam asam!okey..

Note: Tak sabar nak berpuasa..

Ikatan Kasih- Gulai Kepala Ikan dengan Telur Ikan

Ini citer minggu lepas.
Hari isnin minggu lepas, aku ada la cakap kat hubby yang aku dah lama benor 
tak makan Gulai Telur Ikan.
Kalau kat Island ni susah benor nak dapat, kena pergi Market Bukit Mertajam
Baru boleh dapat murah.

Lagi pun my hubby, memang tak de masa nak ke Market Bukit Mertajam tu
Aku pulak, sejak ada Aleesya ni asyik tak sempat je nak ke mana mana ( alasan je tu)
lepas cakap cakap ngan hubby tu tak de la aku  request nak makan mcm orang mengidam tu
cuma cakap dah lama tak makan, kalau dapat makan nyum nyum la kan..

Hari sabtu tu, hubby balik kerja malam, terus dia suruh aku masak Gulai/Kari
dia ckap masak dululah sebelum pergi kerja ye....
dah tau yang dia ada pergi market lepas balik kerja tu
Sanggup dia tak makan breakfast kat market semata mata nak makan kari yg aku masak . hehehehe

tak sangka hubby aku belikan aku telur ikan ni..
dia ckap kebetulan da jual kat Market Bayan bru tu..
Dia beli la jugak kepala ikan. 
Tengok telur ikan tu semangat le nak memasak...

Hasil bersilat aku kat dapur tu siapla kari kepala ikan dengan telur ikan.
wah.. Amirul yang paling teruja. Puas hati aku makan weih...

Tak sangka rintihan hatiku di dengar oleh suami.
Selalu kalau makan kat kedai, ada le seketul dua je telur ikan ni
Kali ni..hambek selambak dalam pinggan makan puas puas


Actually, dah ramai org yang cakap kat aku, nak masak telur ikan ni susah sikit
kekadang telur tu boleh pecah. tak de lah nak jadi seketul seketul tu.

Then ad jugak yg cakap telur tu akan jadi keras dan bila kita makan akan rasa mcm makan getah.
No Taste at all!

Meh sini aku nak bagi petua. Tak yah nak masak dalam plastik dulu ke, rebus dulu ke bagainya.
Caranya mudah je.
Setelah kari korang masak, Sure la nak masukkan bendi kan.
So, masa tu le korang masukkan telur ikan ni
Sila jangan kacau kcau kri tu.
tunggu dalam 2-3 minit gitu. tutup api dan tutup periuk.
dalam 1/2 jam gitu baru la korang mula makan.

korang akan rasa yang telur ikan ni kenyal kenyal dan tak lembut dan tak keras sangat.
selamat mencuba yer.


Note: Magiknya Kari.. kami bercinta sampai ke hari ni..