Wednesday, February 19, 2014

Pertemuan Di Dewan PDRM Sungai Dua, Penang

 Masa balik raya Cina hari tu my biras ada bagitau yang anak sedaranya nak kahwin
so, dia jemput la kami semua untuk memeriahkan majlis
hok aloh... majlis kat Penang le..
apalaga.. sanak saudara kena la turun Penang kan..
aku la yang paling best sebab tak yah ke mana mana... terus pergi je Dewan tu.

of cozlah kami sampai dulu kan..
tapi makan sambil lewa je sebab nunggu mothe rin law and the gang..

 dah sampai  dah sanak saudara.
See my biras sibuk melayan my mother in law..
menantu yang sorang ni, sebok bergambar bagai la pulak kan.. 
sila lah bersabar dengan karenah menantu mu ini wahai my mother in law...

kami kalau berjumpa gamat suasana..
dok plan nak berggather gather ke sana sini
ntah menjadi ke idak ni..

masa plan semua ok je. bila tiba masa tu jgn buat hal udah le kan..
ok..ok.. yang tu long term punya plan..
kita langsaikan short term planning lepas kenduri ni yer

at last dapat jugak aku snap gambar hubby dengan giginya yang tersusun rapi tu
hish.. payah nau nak senyum kan..
you in court today. hahahahaha..

dapat bergambar dengan pengantin.
Maaf sesangat sebab tak dapat nak abadikan nama pengantin tu kat sini
sebab kad kahwin tu Aleesya dah koyakkan..

Aku memang jarang benar nak bergambar dengan pengantin
tapi dah biras nak temankan.. okey lah..

 actually nak snap kat tepi kek sua tingkat tu
tapi..risau pulak kekalau budak kecik menjahanamkan kek yang shomel tu kan.
so..kita snap jauh sikit yer..


sedap jugak bubur kacang ni..
ambik satu untuk aku dan satu untuk Aleesya
last dua dua mangkuk ni aku yang bedal..

banyak pulak my photo kat majlis ni..
ok, abaikan gambar aku tu..
sila lihat kaki Aleesya..
hahahah.. kantoi, ibu terlepas pandang sebab kusyuk berphotog kan
sampai tak nampak anak pakai slipper tak betul..

last of this entry..layan la budak lincah ni..
memang kena pantai sokmo weih....

si abang for sure la kat taman permainan..
dah besar, tak bape nak risau sangat.. tahu la dia datang cari parent dia bila dah puas bermain kan..
si kecik ni la.. memang tak boleh terlepas pandang.



Note: followed by short term gathering . best! best!






**** "I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through”









Resipi Sotong Kangkung

Aku memang dah lama berniat nak buat entry tentangresipi sotong kangkung ni
sebab utamanya  asal aku check keyword ada saja orang cari
resipi sotong kangkung kat blog aku.
boleh dikatakan setiap minggu.

Dan sebagai janji aku kepada korang
ni janji di tepati tau
bukan janji third party or janji chapati

hehehe..Aleesya selalu sebut janji chapati.. sabor je la ngan anak dara I tu.

Memandangkan hari sabtu ritu aku ada buat utk my hubby
bawa gi memancing tu kan
tergerak lak di hati nak buat entry ni


tara... semalam aku dah buat untuk santapan kami anak beranak
untungnya kat sini sebab aku pau my bos suh dia belikan sotong kembung kat Market petang tu

Bahan bahan
1/2 ekor sotong kembung ( dipotong kecil dan direbus hingga lembut)
kangkung
bijan ( di goreng tanpa minyak hingga garing)
kacang tanah yang telah ditumbuk


Resipi sos sotong kangkung
10 tangkai cili kering (direndam/direbus)
2 sudu gula merah
3 sudu madu
2 sudu otak udang (petis)
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung gandum/ubi
sedikit perahan air asam jawa
 

Cara membuatnya
cili kering dikisar halus
kemudian campurkan semua bahan bahan tadi kecuali tepung gandum
masak sampai mendidih, kemudian masukkan bancuhan sesudu 
tepung gandum/ubi ( utk pekat)
masukkan garam secukup rasa
bila dah  pekat  tutup api.
siap le..


** tips. jgn gantikan madu dengan gula kerana gula akan menyebabkan sos menjadi keras
dan membeku.
guna nyalaan api yang sederhana.




Note : makan sotong banyak sangat kan.. garu garu hidung ngan mata dah ni...adoyai..






*** "Certain chance occurrences have caused our paths to meet. Destiny has joined our hearts and made our lives complete."