Friday, April 20, 2012

6oz to 7 oz

lama dah tak citer ttg susu ai ni kan..
so, ari ni mood baik sket, nak kongsi kongsi tentang pekembangannya.

kalau org lain, semakin meningkat umur bayi semakin kurang susu
tapi aku plak idak begitu, rezeki Aleesya semakin bertambah tambah
jelas sekali dapat dilihat melalui penambahan jumlah susu aku ni.

kalau sebelum ni, sekali pump 4-5oz je. Tapi sekarang dah mencecah 6-7 oc.
Alhamdulillah....

Apa yang aku amalkan?
ok, meh sini aku nak story

sejak aku mengetahui tentang kajian saintifik air melalui bacaan & juga melalui documentari
aku apply dalam kehidupanku seharian.
Alhamdulillah.. Allah mendengar doa/bisikan hatiku.


minum air yang banyak. Itulah nasihat doktor untuk menmbahkan jumlah susu.
Aku memang minum air tapi aku tambahkan dengan doa dan bisikan kepada air tersebut.

setelah berselawat dan niatlah di hati supaya air yang kita minum itu akan membantu menambahkan jumlah susu . Lakukan dengan yakin.

mungkin ada org yang anggap perkara ni mcm tak logik. Tapi bila difikirkan kembali kenapa kita berjumpa ustaz bagainya untuk mintak air, penerang hati, air yassin & air tawar bagainya.
walhal sumber air adalah daripada air yang selalu kita minum jugakkan..
bezanya adalah melalui doa yang dipohon ustaz kepada Allah. betul tak?

Jika dulu aku hanya menggunakan storage bag yang bersaiz 7oz je, tapi sekarang aku kena beli storage bag yang bersaiz 12oz

2 kali pump di waktu bekerja sudah penuh satu beg.
sekarang ni dah ada 20 beg di rumah dan 6 beg di rumah mak sitter.

untuk dapat stok sebanyak itu, aku lakukan selama 1 bulan sahaja.


*pernah suarakan kpd mak sitter nak sulam ngan milk powder sebab susu aku semakin kekeringan, then dia suh aku usahakan, kalau boleh jgn campur katanya. Dengan izin Allah aku dapat petunjuk untuk menambahkan susu badanku* syukur padamu Ya Allah.

Nak Ketawa tapi tak boleh

pernah tak korang hadapi situasi di mana anda didatangi dengan satu perkara yang paling lawak/lucu.pas tu kan, korang tak boleh nak gelak/ketawa sebab tak der partner nak ketawa.

pas tu kan, korang dok tahan gelak tu sampai kembang kembang hidung.


meh sini aku nak citer.

aku pergi beli lunch, pas tu aku order la air bungkus kat mamak stall tu. biasala aku. pergi beli sengsorang je. Pas tu aku nampak la Vietnamese girl datang nak beli air jugak. then dia berdiri kat sebelah aku la.

sambil mamak tu wat air utk aku, dia tanya la Vietnamese tu nak air apa?
then selamba je vietnamese tu jawab " Mailo Ais Vonggo".
mamak tu faham la. milo ais bungkus..

bila aku dengar je perkataan Bonggo tu, terus aku terbayang citer P.Ramlee. ( Pendekar Bujang Lapok!) cara dia sebut tu bunyi sebijik mcm Ajis sebut. Bonggo..Vonggo..
memang nak gelak. tapi tahan.. tahan.. ok.

pas tu kan mamak tu tanya sekali lagi. minum ka bungkus? dia pun jawab Bonggo..
sekali teliga aku dengar mcm dia sebut " BONGOK!!!. lagi la nak tergelak..
tak tahan, sakit perut dah ni dopk tahan..

last. aku wat nganga mulut pura pura dok garu kat mulut ni.
bila selesai je bayar air tu aku terus blah. jalan lelaju
terus masuk office & gelakkkkkkkkkkkkkk sepuas puasnya.