Aku ni suka benau tengok gelagat orang.
Orang suka tak tengok gelagat aku?
lantaklah... nak tengok ke tak nak...
Monnolog pertama
gambar sekadar hiasan |
Sedang aku tunggu lampu isyarat bertukar hijau
kat depan aku ada dua orang anak dara yang sedang naik skuter
ketawa ngilai ngilai, sampai aku yg kat belakang ni pun boleh dengar..
hmm.. apa yg dorang sembang tu..
Sambil dorang dok ketawa berbahak bahak tu.. lampu pun tukar kaler hijo
Tak nak jalan pun.. last aku horn.. tint tint..
sian deme terkejut dek horn aku..
hehehe... ..
Monolog Kedua
On the way nak balik kerja aku kena lalukawasan kilang
kat jalan tu, ada penutup lubang najis tu macam leaking, dorang letak Kon
Tapi kira banyak juga la air najis keluar... sampai aku kena ikut kanan jalan
bau.. musyuk woo..
Satu hari ada seorang lelaki, nak cepat kot, dia terus redah je air najis tu
bluwekkk...mesti bau semacam je seluar dia hari tu kan..kan...
Monolog Ketiga
Aku selalu pergi sembahayang kat surau kat tepi pantai sinun
suatu hari aku nampak satu kotak kecil. Dalamnya ada pencuci muka,
cream, bedak dan pelembab..siap tulis perkataan "WAKAF"
hmm... bagus jugak kan.. wakafkan pencuci muka. snagat sangat bagus.
Aku bukannya apa, kekadang kalau terlupa bawa telekung sendiri kena la pakai telekung kat surau
sadisnya, korang boleh tengok kat bahagian muka telekung tu
mesti ada bekas bedak kan.. ala kat mana mana surau ke masjid ke sama je
Ni satu hal ku nak tegur, cam ne la ambik air sembahyang kalau muka penuh bedak
tak rasa mcm tak cuci muka ke
bila habis berdoa tenyeh je kat telekung. adoi...
sila ubah sikap anda!!!
Monolog ke empat
Ada satu kapel..naik motor, si ister ( isterinya la kot kan) lupa lak nak tanya. ngeee
Carry beg besar sampai nak runtuh bahu.
Aku tengok kat depan tu, suami selamba je letak sangkar burung
lebih sayangkan sangkar burungnya daripada isteri.
Note: Semuanya melalui hasil pemerhatian aku time pergi dan balik kerja.