Wednesday, January 30, 2013

Kenapa Manusia Semakin Kejam

Sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata yang sedang meninjak membesar
aku cukup risau dengan fenomena yang sedang melanda sekarang ini

hari hari dihujani dengan kes penculikan bayi..
kes pembnuhan
kes rogol
lari dari rumah dan mcm mcm yang memang sedang panas di dada dada akhbar
lagi panas bila di coretkan di FB atau blog.

 

kekadang ku rasa mcm nak saja ku berkepit dengan anak anak
tak mahu dorang terlepas dari genggaman mahupun pandangan sepasang mataku ini
apa kan daya.. ku tak mampu.

Hari ini, di tujah lagi dengan berita tentang  "polis berjaya menyelamatkan seorang kanak kanak 
perempuan berusia 3 tahun yang di beli oleh sindiket". 
lebih menakutkan kejadian ini berlaku di Georgetown.
Di Pulau Pinang ini, tempat di mana aku menatap sekarang!

selain itu, 2 daripada 5 tertuduh yg di dakwa membayar wang jaminan berjumlah RM50,000.00
segalanya berkaitan dengan pemerdagangan kanak kanak 

Mengapa nak culik? mengapa nak dagang?
tiada ke kekesalan di hatimu?
Tak sedihkah kamu jika ianya berlaku padamu jua


Perdagang kanak-kanak: Tertuduh bayar jaminan  

Polis selamatkan seorang lagi budak dijual sindiket 


Nota : serious...  aku memang risau sangat

Tikus Ancam Galapagos

Bila aku baca je tajuk tu
teringat pulak kat entry si Boni kacak tentang cara cara menghapuskan tikus.
siap bisik bisik dan laga laga pipi ngan tikus lagi tau.
hahahaha...
cara menghapuskan tikus
 klik gambar tikus tu tuk baca entry si boni 

di katakan tikus tikus kat Galapagos tu telah mengancam kehidupan kura kura 
dengan cara memusnahkan telur telur kura kura tersebut.
lepas tu, tikus ni jugak turus membunuh kura kura yg masih muda
di jangkakan kura kura tersebut akan mengalami kepupusan.
kata, Edwin Naula, Pengarah Alam Semulajadi Galapagos, 

 

Racun tikus telahpun dilepaskan menggunakan Helikopter di Pulau Pinzon
iaitu sebuah pulau yang tidak berpenghuni.

Sebagai langkah membiakkan kura kura di Galapagos, Teknik eraman telur kura kura 
telah di jalankan. harap harap tikus ni tak menyerang tempat eraman tu pulak.

untuk makluman semua, Galapagos  terletak 1,000 kilometer dari pesisir pantai Ecuador  dan  merupakan kepulauan yang merangkumi 13 buah pulau dan lebih 100 batu-batuan serta pulau-pulau mikro.
memang cantik galapagos ni..

 
asyik dok cerita tentang kura kura je kan. tapi tak cakap pun kura kura apa?
Yang sebenarnya kura kura yang menjadi target si tikus ni ialah 
"KURA KURA GERGASI OK"
ha.. kot dia takut kang bila dah jadi kura kura gergasi , susah pulak nak bunuh  kan..


bukan kura kura sahaja yang terancam
malah di anggarkan banyak lagi spesis lain yang turut di musnahkan oleh tikus ni.

di sini aku menyeru.. si BONI KACAK
Sila tampil ke GALAPAGOS.. untuk meberi sedikit
penerangan tentang cara cara menghapuskan tikus..

mana tau teknik belaian kau tu boleh menjadi.

Jamuan B'day Amirul Yang Lucu

Amirul jemput 6 orang kengkawannya tu tuk datang makan kat Umah jam 4.00ptg.
tunggu punya tunggu dah jam 4.30 tak muncul muncul jugak.
hah sudah... sape nak makan semua ni.
potong kek jugak tau
Last tak muncul jugak., apa lagi Amirul pun pergi le menapak rumah ke rumah kengkawannya tu
hampeh... semua tak de. hambik... cam no ni????
Ni Mak ngasuh Mirul. Aku yang jemput ok. sebab Amirul tu excited dok jemput kawan dia
sampai mak pun dia lupa nak jemput.apa da...
Dah pukul 5:30 baru nampak kawan Amirul si Rifdi dan Si Afix ni.
Aku tanya le, nape tak datang awal tadi.
Selamba je dorang jawab " Lupa....." hahahaha...
ok lenkali mak cik letak kain rentang  besar besar kat jalan tu yer..

Dah dua kerat je kawan dia yg datang, apa lagi..
usha kat luar tengok ada dua tiga orang budak sedang main. 
cepat le panggil dorang suh datang makan.

pas tu suh pulak dorang pergi panggil kawan kawan dorang
kaan kawan dorang panggil pulak kawan kawan kawan dorang...
hahahaha... bape banyak kawan da...
 budak lelaki ni  bukan kawan Amirul , Amirul pun tak kenal
Tapi dorang ni sporting, datang makan bertambah tambah tau
dah form 1 pun dorang, anak orang blok ujunggggggg sinunnnn nu. 
aku pun tak kenal aih..

baik tau, lepas makan siap bawak pinggan ke Sinki
rajin.. sape nak wat menantu bolehlah..

 Ada la anak anak jiran yg kecik kecik tu pun datang jugak
Mak dorang tak datang pun. 

Dah aku tak jemput kan..
Memang jamuan tuk budak budak niat aku tu..

 Bila dah lepas sorang , sorang datang, mula la tak cukup makanan
apalagi, aku ke dapur  goreng lagi nugget, kentang, hotdog semua tu

tengok budak kembar baju putih tu
aku suka dorang nio tau, tiap tiap petang aku tengok dorang carry adik pompuan dorang
mengasuh adik yang baru berusia 3 tahun tu.
alahai.. tingat aku kecik kecik dulu, ngikut bontot abang abang je..

Yang ni pun bukan kawan kawan mirul gak
dah anak dara pun, tingkatan 1-3 kot . 
kejap je dah besar kome semua ye..

anak anak jiran sebelah menyebelah.
Alhamdulillah.. semua makanan habis licinnnnnnnnnnn.

Haish.. panggil tuju tuju mcm tu je pun dah meriah rumah aku.


Note:Rasa Lucu pulak jamuan kali ni. Syukur Alhamdulillah.

2nd GA - KAIN PASANG

lelong.. lelong.. kain pasang kain pasang
free saja.. sapa nak sila la join GA cik Intanberlian..
lelong lelong..  kling kling ...hahaha.. ( ala ala gmabar 3 Abdul )

 

Mana tau ada rezeki boleh la dapat free, jimat kos utk baju kenduri ke, baju raya ke hape ke kan..kan..
cepat la join. sebab ada jugak hadiah misteri katanya la.. ( ala Azwan Ali)


cepat. tarikh tamat 22/2/2013.
tolak cuti CNY bnagai. tinggal tak berapa hari ja lagi.
cepatttttttttt

Nak join klik banner atau klik kat SINI