Wednesday, December 19, 2012

Australia denda AirAsia RM600,000 kerana sorok caj penumpang

Rasanya perlu di kongsi bersama tentang berita ini
Masa aku booking Air Asia that day, ada jugak terfikir
sebab kat web tu tak de pun tertera extra charge
cuma bila dah tentukan tarikh, then bak buat pembayaran barulah akan 
keluar jumlah sebenar yang perlu di bayar.

Aku ingat benda tu biasa le
sebab setiap syarikat ada Marketing Strategynya yang tersendiri.
mungkin inilah marketing strategy AA.

Tetiba keluar pulak cerita ni....


MELBOURNE (Australia) - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.

Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP).

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan.
Ia termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal.


Adei.. ni aku dok bengang ni. AA e-mail ckp flight delay. patut kul 1.30 petang dah jadi kul 4.30 petang.   Adei.. rugi la. aku dah book Hotel bagainya. tak suka la mcm. sib baik tak plan yang lelain lagi. kalau idak hancus semua..


Air Asia oh Air Asia.... ku sedih kerana delaymu...


Note: rugi cutiku kerana AA.

Kawal harga susu formula bayi


 
Korang perasan atau sedar tak sekarang ni
haraga barangan memang melambung lambung
aku ni dalam sebulan, sekali atau dua kali je buat big shopping barang barang dapur 
sebab 70% barang dapur kat rumah tu hubby yang belikan.

Kalau aku terjah tesco ke hape ke, cuma nak belikan lagi 30%
barangan yang hubby tak beli.
mcm garam le, gula le, rempah dan segala mcmlah
kekadang tu saja beli buat stock. hehehe...
tak de la banyak sebab tak de gudang pun kat umah tu. ngeee..
 

Tapi kan, belanja benda remeh temeh tu pun boleh cecah sampai 200 hengget tau
berapa le my hubby spend selalu utk 70% barang dapur tu ye..
walaupun ada baby kat umah aku tak de lah kritikal sangat nak shopping barang baby
pertama- baby aku memang menyusu badan sepenuhnya
kedua- Pampers tu aku sulam dengan dypers cloth

memang jimat.

 

Dua hari lepas, aku tonton awani ke apa ke ntah le, lupa pulak
Masyarakat kita ni sedang mengalami satu fasa yang amat kritikal
di mana harga susu tepung melambung tinggi
seingat aku le, 7 Tahun lepas harga susu baru 40-50 ringgit je
sekarang dah sampai 90-100 ringgit
fuhh... aku tak perasan le harga tu sebab aku tak ambil kisah pun
memandangkan aku menyusu badan,

Tapi kan.. kalau ALeesya dah 2 tahun, takkan nak menyusu badan lagi
mestilah aku kena bagi dia minum formula milk.
then lagi 8 bulan, aku juga akan mengalami masalah ini
betul tak?

Wahai.. kerajaan yang baik hati, yang prihatin yang comel
Yang sangat concern rakyat
intan payung, ala bucuk bucuk. silalah lakukan sesuatu..

Aku sangat bimbang, bila harga meningkat akan ada pasaran gelap
yang menjual susu tepung.
ala.. mcm rokok tu.
 
tolonggggggggggggggggggg

Wahai kerajaan yang baik hati jiwa raga..
sila la beri subsidi yang relevan untuk mengawal harga susu ini
tolonggggg... tolonglah....
demi anak bangsamu..

KLIK Sini untuk Keluh kesah rakyat 
terhadap  harga Susu Formula

Note: Suaraku mewakili semua



Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

Wah.. lepas ni leh ramai ramai wat rombongan pergi ke angkasa lepas
sebab kat Sweden bakal membina lapan gan terbang di angkasa lepas.
tapi..

tapi..

tapi..

dalam tempoh sedekad lagi le.
ish.. kalau sedekad lagi tu, sempat ke idak?
kalau bernasib baik dan panjang umur . hehehe..

KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.

Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.

Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.

Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.
Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. - AFP

  

Kalau dah ada lapangan terbang, mesti lah ada pekerja kan..kan..
so, lepas ni mesti ada jawatan kosong yang berbunyi
" Jawatan Kosong Di Angkasa"
wah.. mewah betul bunyinya tu.

Ada yang sanggup ke.
mungkin sekarang kita rasa mcm tak logik
Tapi kalau in future sapa tau kan..kan..