Wednesday, September 11, 2013

Turun 600gram

Masa checkup untuk 2 tahun that day berat Aleesya 11.6kg.
boleh rasa dah kalau dukung dia. dah lenguh lenguh pinggang ni

Memandangkan demam Aleesya berlaritan dengan cherry berry dan muntah bagai
bawa ke klinik swasta pun tak jalan jugak
last kami pergi ke klinik kesihatan kat Bayan Lepas tu

Lepas ambik number terus gi makan dulu, datang semula ngam ngam nama Aleesya di panggil
tak de terasa lamanya menunggu kan.

Yang lawaknya tu, Aleesya sampai je kat pintu klinik, dia terus tanggal kasut
sebab dia nampak ada kain alas kaki kat depan pintu kot
pintu pun bukak  separuh je, mungkin sebab hujan.

Amboi... masuk umah Amjad ko tak nak tanggal kasut
Datang klinik yg tak yah tanggal kasut, ko nak tanggal pulak ye..
orang yang tengok gelagat Aleesya terus tersenyum, 
ada yang cubit cubit pipinya,...

 
Doktor suh Aleesya timbang berat badan
hmm... 11kh je. dah turun 600gram..pas ni bape gram lagi la turun kan..kan...
Dorang timbang berat badan sebab nak bagi sukatan ubat tuk Aleesya.
Doktor bagi ubat batuk, selsema, demam , muntah dan antibiotik.
 
 
Hubby mintak time slip kat doktor, aku pun gedik jugak nak satu
wal hal kat office aku tak yah pun tunjuk time slip bagai
cakap je bawak anak pi klinik, pas tu datang kerja habis citer
 
bos tak de nak soal soal bagai.
Tapi.. sebagai proof aku hantar juga photo klinik kat my bos
 sekarang kan banyak cara nk berkomunikasi kan.. kan..
 
 
 
Note: Demam demam pun kuat lagi hempas botol susu sampai pecah!

Ayah mesti Bangga dengan anak anaknya

Entry tentang Arwah ayah,

Sebelum ini, aku sering teruja dan kagum melihat kegembiraan orang lain
Tak sangka, Allah memberi kegembiraan itu kepadaku.
Maha Agung Allah, kau tunaikan keinginan hambamu ini.


Mesti ayah bangga dengan anak anaknya
Di akhir hayatnya, ayah sempat berjumpa dengan ke tujuh tujuh anaknya
sewaktu di khafankan, ketujuh tujuh anaknya sempat mencium ayah
4 orang anak ayah tak putus putus membaca al-quran untuk ayah 
sepanjang jasad ayah masih lagi didunia

Ayah di mandikan oleh anak lelaki dan satu satunya menantu lelakinya, iaitu suamiku
Jasad ayah diusung ke kubur oleh kelima-lima anak lelakinya


Sewaktu ayah di masukkan ke kubur, anak anak lelaki ayah yang hantar
4 orang anak ayah yang timbus tanah, sementara adik lelakiku seorang je kat tebing tu
see... anak anak ayah yg hantar ayah ke sana
Jenazah ayah di hantar oleh anak anak ayah sendiri


Kami ber tujuh, walaupun berlainan ibu, tetap mengekalkan hubungan baik bersama
begitu juga hubungan dengan Mak tiri.
Abang ketiga aku sekarang ni tinggal ngan Mak tiri dan adik adik
sebab beliau menguruskan perniagaan ayahku tu


Note:Kami bukan adik beradik tiri, Semuanya Zuriat Ayah...Tak batal air sembahyang tau.
Tak de istilah tiri dalam hubungan kami.


Entry Berkaitan Ayah:-

Bila Demam Di kala Hujan

Naiim ada bagitau yg dia bau something je dengan toto kat bilik tu
Bau kencing adik kot..katanya
Aku pun, terus basuh satu toto tersebut, Jenuh nak keringkan
So, malam berikutnya aku gantikan dengan toto lain

kredit photo: disinilahakubercerita.wordpress.com
Pagi ahad tu, Aleesya dok nangis nangis kat atas katil
sekali aku tengok dia dah tercirit, meleleh keluar kena toto yang ni pulak
Apalagas, aku basuh jugak.
Keringkan kat tangga pulak.

So, toto dah habis, last aku mintak je comforter Naiim tuk lapik tilam kami 
Tukar je dengan selimut tebal tuk dia.
again, Pagi tu Aleesya telah tercirit dalam kuantiti yg sangat banyak, sampai terkena belakang dan kepalanya
Naiim pulak, kalau tengok terus muntah muntah tak menahan ko.

Aku basuh le comforter pulak. 
adeh..toto dua helai belum kering, comferter pulak menyusul.
dah penuh tempat keringkan kain
last aku sidai je kat pintu bilik.

Malam tu, comforter je yg kering, Tapi naiim dah tak nak guna comferter tu
masih terbayang kejadian pagi tadi le kot kan.
Aleesya pulak balik je dari umah baby sitter,terus demam


Sian aku tengok dia, kalau sebelum ni badannya dah bam bam
sekarang dah susut..
Dalam dok demam demam tu pun ligat jugak dok berebut Note ngan abang.

abang nak tengok dia pun nak tengok jugak
berbuih mulut ni dok remind Naiim
Adik tu demam...adik tu demam...
maksud ibu ni...beralah le dengan adik tu... dia kan tak sihat.

kalau tengok Youtube suka la nak sentuh sentuh screen tu
that why le tak sebulu ngan abang tu.



Note: orang demam Aleesya sibuk suh makan ubat, dia demam.. Tak mo makan ubat!