Tuesday, July 16, 2013

Resipi Kerabu Pucuk Paku Rawan dengan Kerang.

As you all know, my familly sangat sangat suka makan kerabu
sampai si kecik tu pun suka tau.

So, dah 7 hari berpuasa, baru sekali aku buatkan dorang kerabu
kerabu ni sangat senang nak buat
selalu aku tayang je makan kerabu kan.
sekali ni aku nak share ngan korang resipinya.
 


Bahan Bahan.

2 ikat paku rawan ( di rebus dan di potong potong)
1 kg kerang ( di rebus )
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 biji limau nipis
sedikit belacan
2 bungkus kerisik ( yang harga 60 sen sebungkus)
3 sudu serbuk beras goreng
garam secukup rasa



cara membuatnya
Gaul je semua bahan bajan tadi
kemudian masukkan kedalam mangkuk
terus boleh makan. 
kalau puasa.. tunggulah sampai waktu berbuka yer..


Note: selamat mencuba

100% Sokong KJ

huh... hati mana tak remuk, hati mana tak geram kalau agama kita di permiankan.
Semalam tak habis habis aku ngan hubby dok cakap tentang ni
Pas tu tengok news, muka kapel tu dok mintak maaf
dari dapur aku cakap " Tiada Maaf Bagimu"

  
Sorry.. No sorry for you !

Then my hubby cakap, sori sori pas tu tutup kes
esok ni, ada orang lain pulak sendakan lagi
dah banyak kali dok tengok, asal say sorry je, semua dah ok.
kami dah letih!!!
do something that can lesson to others

Hari ni tengok news hati sangat gembira
seolah olah rintihan dihati didengari

 

Khairy: Sorry no cure, Alvivi should be punished

 

Speaking to reporters after the BN Youth job fair soft launch, Khairy said that although they had apologised through Youtube, punishment must be meted to set an example.

Khairy said it would be unfair to the people if the case was closed and the offenders got off scot-free just because they had said sorry.

"Let this be a lesson to everyone (not to ridicule and mock other religions). This case is very serious - a stunt which, I believe, is sufficient to rouse the anger of many Muslims," said Khairy, who is also the youth and sports ministry. selanjutnya

 

Note: Sarang tebuan jangan di jolok!
kami tak kan berdiam
Sokong KJ!

Korek Hidung Tak Batal Puasa, Berapa kali Mau cakap?

Sejak kecil aku di fahamkan bahawa korek telinga ketika puasa dapat membatalkan puasa.
Dulu ni ada kawan aku cakap, kalau datang haid, tak de apa nak makan
ko korek je hidung, batal la puasa tu. benda senang nak buat. 
begitulah kami dok melawak kecik kecik dulu 
hehehehe


Tapi kan, dodulu cikgu/ustazah pun kata begitu
sampai tak tertahan gatal hidung dan telinga aku menahan gatal
nak korek tak boleh.. siksanya aku rasa..
dah le spesis ada resdung, sekali bersin, gatal  hidung telinga bagai

 
Aku ada menonton rancangan "Singgah Sahur" ada panel jemputan yang cakap
korek telinga tak batal puasa!.
Aku cuma tau benda ni 2-3 tahun lepas je...
so, kena la aku terap kat anak anak supaya dorang tau korek hidung/telinga tak batal puasa
dengan niat menyucikan tapi janganlah over sangat..


artikel yang Kak Alona share pun ada mengatakan menitiskan ubat kedalam hidung
tidak membatalkan puasa. 
hmmm.. kalau titik dalam rongga pun tak batal, inikan korek je kan.

Mari kita sama sama renungkan persoalan ini.

Soalan

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:


Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net



Note: mencari ilmu itu dituntut dan ilmu juga harus sentiasa di up-dated!