Friday, October 4, 2013

Turn Raya Terpaksa Di Rombak

Sepatutnya Raya Aidiladha ni masih turn umah mertua
Tapi my hubby cakp yg tahun ni dia hanya dapat satu hari je cuti
cuti approved untuk raya kedua je. raya pertama tu memang la cuti tak yah apply le.

Hmm.. hubby cadangkan agar kami beraya di Kuala Nerang ( Kg Aku)
so, tolak pi tolak mai ok la dengan cadangan My hubby tu
Aku tak kisah, asalkan tiap kali raya kedua dua belah pihak kami balik


Mak aku memang dah tau, sebab aku le yg bagitau. ngeeee
Asal aku beraya di kg Aku, pastilah jadi tukang masak. biasalah.. kita kan pompuan misai pak ali
a.k.a Mithali..ahaks...

Korang faham tak apa yg mak aku mesej tu? tak faham tak pelah, yg penting aku faham. hehehe
Mak aku seronok sebab kalau aku balik aku suka masak
pas tu panggil semua adik beradik mai berkumpul umah mak
makan makan, gelak ketawa . reyoh rendah umah mak
maklumlah.. kalau idak sunyi je, tingal my parent berdua je kan..

Mak aku ginilah, kalau bab aku nak spend lebih sikit mesti dia tak setuju
nak yang ringkas ringkas aje.
Aku pulak rasa mcm apa salahnya spend lebih sikit tuk dorang kan..

Aku kan anak perempuan sorang Mak aku, jadi hal hal ke dapur ni Mak aku suka 
la berbincang ngan aku berbanding anak anak lelakinya
deme tu cuma tunggu nak bersila and ngap je.
deme tak pandai hal memasak ni

Actually masa mak sms tadi, aku tengah sibuk. tapi layan jugak lah.
ate..dia kan Mak, cara aku sms pun dia tau yg aku sedang sibuk.
hiksss...


Note:  Maka bermulalah otak ni sedang bekerja memikirkan apakah juadah utama untuk keluarga 
Di Hari Raya Pertama Aidil adha nanti....


Psstt.. "Paksy = Pak Su ( aku salah eja)
Pak Su tu, gelaran aku panggil kat My Step Father..


Semua Nak Citer. hahahaha

Tajuk : Terbalik Kuang!

Ok ni alat penimbang berat aku,Hari hari la duk timbang.hahahaha
Bila Naiim tengok dia pun nyibuk sama
Berat dia 20kg je, terus susah hati. 
siap dok tanya aku nak makan apa berat boleh naik cepat.

Ni le kan namanya terbalik kuang, ibu guna alat tu untuk mengukur bape kilo dah hilang
Ko pulak dok timbang nak tengok bapa kilo dah naik. hahahaha..

** terbalik kuang bermaksud- melakukan sesuatu yang berlawanan ***


Tajuk : Termos @ Pelaih Ayaq



Al kisahnya aku le, sekarang ni nak beli termos sebab nak letak kat office
motif utamanya ialah..sangat sangat malas nak ulang alik ambik air panas
so, bila dah ada termos senang, sikit buat kerja pun tak de la ganggu pemikiran
ate.. dah semangat minum air suam la katakan.


Tapi... saja tak mo beli sendiri suh encik bos yang beli.
Hahahaha... malas aih nak beli sendiri
namapun nak letak kat office , pas ni jadi harta aku office
wat pe aku nak spend spend kan.. kedekut  punya manusia!



Tajuk : Balik Awal

Hari ni ( 3/10/2013) aku sorang je kat office. Bos pulak MC
Call Sarjan untuk dapatkan Police Report Dia lak cuti
Check Insurance Kat JPJ satu policy Lapse
Check ngan insurance ada pulak, tak lapse pun

Laporan Puspakom tak siap siap
Appointment ngan lawyer, dah lawyer pulak tak jadi datang
Monday kena pergi Office Lawyer pulak. arghhh... 
satu benda pun tak mendapat feedback yang memuaskan.

Jumpa Boss besar, yg MC tu Bos kecik.ngeee
Cakap aku nak balik awal. tak sedap badan
benornya otak aku letih memikirkan  dengan masalah kerja hari ni.
ok. babai..


Note: kerja habis kul 6, kul 5 dah cabuttttttttttt