Wednesday, October 9, 2013

Menu Diet - Tortila & sambal Udang

That day saja la duk cari apa ntah kat Tesco
tetiba terpandang ngan totila ni. 
sekali tengok ala ala capati..tapi dia tebal sikit dari capati.
Memandangkan ianya Whole Meal, so aku rembat la kan

Sebelum ni tak pernah pun nak melayan menda gini
ate sejak berdiet kena la pelbagaikan juadah agar tak jemu.

even tengah dok menaip entry ni pun, otak dah ada menu untuk berbuka tau
hahaha...sabor je lan, pandai la otak ni dok oalah itu ini kan..

totila tu aku belah dua, aku garingkan sekali lagi kat grille Pan.
Makan garing garing dan panas panas baru best Kan.. kan..

Ok.. kita ke cara memasak sambal udang tu agar menjadi menu diet pulak ye.

bahan bahan
5-6 ekor udang sederhana besar 
10-15 tangkai cili kering di rebus/di rendam
2 ulas bawang besar ( sebiji di mesin 1 dihilis nipis)
2 sudu oilve oil
1/2 sudu gula perang
garam secukup rasa

Cara memasak
Cili dikisar bersama sebiji bawang besar
Panaskan kuali kemudian masukkan bahan kisar
bila mendidih masukkan olive oil
kemudian masukkan udang kemudian masukkan garam secukup rasa
bila nampak udang dah masak
masukkan hirisan bawang.



Note: Jangan la ingat aku makan menda ni je. aku makan la jugak buah buahan.

Kenapa Bahasakan Aku dengan Allah

usha usha key word kat nuff tadi
ternampak satu key-word yang  seolah olah memanggil untuk aku buat satu entry


Pernah suatu ketika dulu ada yang bertanyakan perihal ini masa aku selalu ikuti kelas 
Bacaan kitab. Tapi aku lupa lak apa yg Tok Guru aku jawab.

Aku jawab melalui commence cents aku boleh.

Pada pendapat aku, perkataan Aku di sini adalah satu perkataan ganti diri
sebab kita ni orang melayu jadi kita guna Aku
kalau omputeh mesti la guna I
kalau arab guna Ana

Kita rasa perkataan "Aku" tu agak kasar bila kita berbicara dengan Allah kan
Ini kerana masyarakat kita yang tetapkan perkataan "Aku" tu sebagai kasar
Maka secara otomatik otak akan anggap perkataan tu kasar..

Lagipun Allah tidak memandang Darjat bagi setiap umatnya
Jadi perkataan Aku tu menunjukkan diri kita tanpa mempunyai sebarang pangkat cthnya, Datok, datin, YB ke apa ka.
Jadi berbicaralah/ memintalah/ berdoalah kepada Allah tanpa rasa bangga diri dengan pangkat dan darjat
secara tak langsung perkataan "Aku" tu membangkitkan bertapa kerdilnya kita di sisi Yang Esa.


Jangan runsing dengan perkataan Aku yg kita gunakan untuk berdoa pada Allah
sesungguhnya Allah lebih mengetahui hati dan niat kita
sama ada "Aku" Saya", I' You"We" Ana "..yang pasti Allah Faham apa yg kita pohon/minta.



Note: Ini hanya pendapat Aku. 
sape ada jawapan pendapat yg lain dialu alukan

Naiim



 
Minggu ni Naiim ada exam. yang paling risau adalah Ibunya la kan
Naiim rilek je aku tengok
Masa sembahyang aku suh dia berdoa agar dapat jawab dengan tenang dan betul.
Subuh tadi lepas je dia sembahyang subuh dia cakap
"Dah mintak Doa kat Allah, Mintak bagi Naiim Lulus"
ok la kan at least dia ada initiatif utk berdoa.


Semalan/kelmarin pagi aku memang tak prepare breakfast or masak apa apa tinggal
sebab aku puasa dan hubby balik kerja malam dah beli breakfast tuk dia
Mana tau balik sekolah tu Naiim terus balik umah
Papa pun mamai je, letih sangat kot tak de la beli makan kat dia
Naiim pun ok je..
Naiim makan kuih raya dah kenyang..
Hahahaha... baik punya kuih raya ibu buatkan, so is Makan time
Sian anak aku..


Then semalam, terketar ketar dia kelaparan masa nak nunggu waktu aku berbuka
dia cakap lapar sangat sangat dari tengahari tak makan
rasa nak nangis aku tau
Tapi salah dia jugak, sape suruh tak pergi makan kat umah baby sitter
 

Naiim ada minta duit kat aku sebab nak beli pensil kaler
Dah pensil kaler lak habis kat koperasi tu
so, dia seharusnya wak balik la duit tu
Tapi.... duit tu telah hilang, tak tau ke mana
hmmm... bebudak kalau suh pegang duit banyak sikit sure tak pandai
selalu sangat la duit Naiim ni hilang
Hilang dalam perut ke hilang orang ambik?


Semalam sebelum tido, Naiim suh aku baca alam Nashroh kat telinga dia
memang aku selalu amalkan pun
kekadang tu dah deme tido baru la aku gi baca dan hembus
Bagus amalan ni, dapat menghindar dari bisikan syaitan
Si Naiim pula ingat kalau baca kat telinga tu, esoknya dia dapat la jawab exam dengan betul
hahaha... lawak toi la budak ni.



Pagi Ni, even aku puasa aku masak jugak nasi dengan sedikit ayam masak kunyit
sebab aku tau, nanti Naiim mesti balik umah dulu
pas tu baru ke rumah baby sitter utk pakai uniform Fardu Ain.
Then pas habis Fardu Ain pun dia akan balik rumah jugak.
kalau papa kerja malam boleh la, kalau papa kerja pagi dia akan terus ke umah Bbs.



Note: Eh raya haji budak sekolah cuti bape hari ?