Thursday, September 12, 2013

Aku telah berubah, berubah ke?

Dulu
Aku masa time bujang, tinggal  kat umah sewa.
Aku ni ada satu perangai buruk, aku akan bagi kalau org mintak, tapi kalau org curi memang susah nak halalkan.... ( buruk benorkan pangai.)
Dulu aku ada apply telefon rumah, siap kunci lagi number tu
eksyen la..aku sorang je ada telefon time tu..
 
Then ada la member umah sewa yg curi curi kopek tempat kunci tu
then dorang bergayut. 
Spesis buat harta orang mcm harta sendiri,
Bila aku dapat tau, mula la aku dok marah, ngomel bagai

Suatu hari tu, aku tengok ada orang kebas bawang aku
Ni pulak spesis ambik barang orang tak pandai nak ganti balik
apa lagi merungut rungut siap cakap tak halal you
rumah sewa tu mcm hostel, so barang barang sendiri punya, tak de la nak syer syer.
Bawang punya hal pun nak riuh rendah ke?


Sekarang

Aku dah tak macam dulu, Kalau menda sikit sikit tu ku halalkan saja
Aku pun dah lama halalkan apa yg kengkawan aku terpakai or terambil
masa kami sama sama tinggal sebumbung..

Tak de la sampai nak gi tikam deme tu.
Korang caya tak kalau aku cakap org sewa umah aku setahun lebey tak bayo?
Aku pun mcm mengong je tak tau nak cakap mcm mana
sampai arwah ayah aku hint aku cakap baik pun ada hadnya
ni dah kira ko menanggung org..
baru lah aku tersedar dari lamunan. hahahaha



Sekarang ni, aku tak banyak berkira kalau soal makan
kata org, bagi org makan ni besar pahalanya
bila org makan akan jadi darah daging, hasil yg kita bagi tu bersatu dalam badan dorang
pas tu dorang pergi beribadat, Allah tetap memberi ganjaran kepada kita.

hmm... sejak ayah tak ada ni, buat apa pun dok ingat kat ayah
bila nak bagi derma, mesti satu untuk ayah satu untuk aku
then kalau ada derma untuk wakaf masjid ke, aku niat utk ayah sekali
 

terngiang ngiang pulak lagu Rabbani.. tajuk tak ingat tapi liriknya begini
"terkujur badan berselimut putih.......sila sambung sendiri
sampai je lirik "adakah pahala dikirim? tu....
rasa mcm nak je kirim pahala banyak banyk utk ayah.. biar terang benderang ayah di sana..
 
 
 
Note: Semoga Allah sentiasa pelihara hati ini.

Bawa Josapine Balik Rumah

Lepas je balik dari klinik semalam, aku ajak je hubby terus ke Sungai Ara
pergi le nengok nengok adiknya yg menjual buah kat sana
sabtu lepas aku je pergi ngan Naiim, kali ni moh gi sekeluarga
ajak dia datang umah tak nak pulak, tak de orang jaga buah katanya.

Masa aku sampai tu aku tengok lori kontena dari Johor
Bawa mai buah Nenas Dari Johor kat gerai sebelah gerai BIL aku tu.
Sembang itu ini, pas tu hubby nampak satu tag nama buah Nenas tu
Nanas "JOSA" hmm.. nenas yang datang dari tempat yg namanya Josa kot
tapi ada ke kat Johor tu nama tempat JOSA?
pas tu tuan kedai tu ckp, JOSA tu nenas kacukan Nenas Johor dengan Nenas Sarawak
oooo... JOSA = Johor Sarawak.


Then aku belek belek Nenas yang baru turun dari lori tu
cantik nenasnya, mata besar besar ko.
Nama Nenas tu Nenas Josapine, katanya
nenasa Josapine tu nenas Josa le. ngeeee

Saja pilih yang dah masak, sebab aku nak ngap dengan seberapa segera. hahahaha
Aku beli 4 biji, murah pulak dia bagi kat aku. ngeee..

Ok, aku bawa balik Josapine ni ke rumah
Nak rasa cam na la si Josapine ni kan..

Aku potong sebiji, makan sikit pas tu bawak pi office sikit
makan kat office sampai lebam... sangat sangat manis
tak payah letak garam tuk makan.

 Oh  JOSAPINE , you are so sweet!!!
Ni pulak buah dokong yang BIL aku bagi
sedap..manis

Kalau nak makan ni, kena sembunyi sembunyi, tak boleh bagi Aleesya nampak
dia kan tengah demam... kang lambat baik pulak

Dapat jugak buah petai ngan limau ni
petai dah selamat di buat sambal semalam.

Limau tu pulak, Naiim dah makan kelmarin



Note : Sebelum ni cuma tau Nanas Morris ngan Nanas Bali Jerk..