Monday, January 30, 2012

Hampir Hampir Kantoi Aku..

Berhubung dengan N3 aku tempohari at Mak I Love U

Nak citer la apa yang berlaku. Aku hampir hampir terkantoi.
Masa aku poskan hand bag & kasut utk mak aku on hari rabu
pas tu hari khamis mak tak receive lagi, jumaat pun tak receive gak

sure la hari ahad mak akan receive. sebab jumaat & sabtu kedah cuti
then masa mak pergi umah MIL makan kenduri pun mak tak sebut pun ttg beg & kasut
aku assume mak memang tak tahu la
selamat.. rahsa tersimpul rapi


jeng.. jeng... masa mak tengah makan di Umah MIL, tetiba mak receive call dari sapa ntah
cakap yang dia ni nak pergi hantar barang, ada org ke kat umah?

Memandangkan mak tak de kat umah, makanya barang tu tak leh la dihantar
pas tu mak suh aku plak call org tu ckp kalau barang penting mak nak balik le
suh orang tu tunggu bagainya.. hahaha
( mana la mamat pos tu nak nunggu yer)

Dalam ati aku ni dok kata, jgn la mak pi tanya lak, kotak tu dikirim oleh sape?
kalau idak memang kantoi aku !!!!

Pas tu aku call mamat tu ckp, tak sempat nak balik, then dia suggest suh mak aku pergi ambik barang tu kat Pej. Pos sebelum pukul 4.00 ptg hari tu jugak
Mak pun ok je, sebab on the way nak balik boleh le singgah ambik.

"Mak siap dok mengomel kat aku, SAPA LA DOK HANTAQ BARANG NI..
MAK TAK PESAN PUN SUH SESAPA HANTAR BARANG...

Lepas je mak pergi ambik barang tu dia sms

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



cenggini la SMS mak aku utk aku.
Aku pun kena la eja surprise tu dalam bahasa Melayu. Baru mak faham. ngeee

Mak punya la seronok, then dia ckp kat aku.
Pandai jugak noh dok wat serious masa org pos tu telephone kat mak.
sampai mak pun tak perasan...


yeah!!! akhirnya aku berjaya men surprise kan Mak.

Saturday, January 28, 2012

Happy Familly Day

Bila dah ramai ramai berjumpa, mesti banyak rancangan yang nak dibuat
acara yang paling best, adalah acara makan makan

kebetulan masa aku balik kampung sebelum raya cina that day
semua familly hubby dapat berkumpul
so, kami semua collect money & beli kek
cuma nak seronok seronok untuk anak menantu & cucu cuc MIL


Dapat 2 biji kek. memang kena beli 2 biji kek sebab familly husbnd memang ramai
dorang ada 13 beradik + anak anak & menantu
wow!!! sekali berkumpul masak kawah ko..


Biasa la kan, cucu cucu MIL yang suka sangat ngan kek ni
cuma 2 org cucu MIL yg tak dapat join
sebab dorang tengah study kat UITM & UPM

kalau ada deme 2 org tu dah cukup berkumpulnya
tapi sayang la pulak, tak snap photo ramai ramai
lupa pulak aku. nanti raya nak snap reramai lah..


Kebetulan 2 hari sebelum tu B'day MIL
so, aku ada titipkan cenderahati untuk dia

Lepas je my SIL ckp yang B'day mak dia. Aku cepat cepat pergi beli hadiah
kelam kabut bagainya. last aku print je kat colour paper tu
sebab tak sempat nak beli wrapping paper yang munga munga bagainya
senyum jerk.. MIL.. bila tetiba aku keluarkan adiah untuknya.
hehehe...

close up sket...
Happy B'day Mak.
Semoga mak panjang umur, murah rezeki & diberkati Allah.
Kami sekeluarga sayangkan mak

Terima kasih mak, sebab lahirkan abang,
Terima T sebagai menantu seadanya
Doakan kebahagian kami sekeluarga ya Mak..

Wednesday, January 25, 2012

Kenduri Doa Selamat

Sejak 2 Tahun lepas, MIL tak bape sihat
sejak dijangkiti kencing manis, ibu jari kakinya kena potong

pas tu lama kelamaan penglihatannya mula tak nampak
setelah wat operation utk kedua dua belah matanya
kini, Alhamdulillah dia dah dapat lihat semula

So, buat la sedikit kenduri arwah & doa selamat.

masing masing bergotong royong memasak. Aku sempat snap photo Gulai Ikan Talang ni jer
Masak merah di masak kat ujung sana, malaslah aku nak kehulu ke hilir berphoto

ikan talang tu, kami beli kat Penang ni, sebab harganya jauh lebih murah
jika berbanding beli kat kedah
Kami supply ikan talang ni je utk kenduri

Gulai talang ni di campur ngan terung & nenas. Buat Kak Shimah & geng yg
bertungkus lumus masak ni nak bagi kredit le
Sebab... gulai talang hari tu memang sedap!!!!!

Bukan T yg kata, majority yang kata k.


Ini Abang Man, My BIL. umah dia sebelah umah MIL je. kaco baik baik yer
jgn tiru aksi ini ( merokok sambil memasak)ngeeee


Yang ni pun my BIL jugak. belum kawin tau
anak teruna ni pun nak kena suruh kawin jugak
nak tunggu bila. ada calon ke?
meh sini kami nak pergi meminang.....


kat Khemah tu ramai dah menunggu. setelah selesai sesi berdoa.
apa lagi.. balun le
perut pun dah krokkk krokkk ni.


Menu hari tu : ulam kacang, pucuk putat, timun,kacang botol, kacang panjang & pucuk ubi.
Masak Merah ayam, sayur kundur, gulai talang , sambal belacan & tembikai


time my MIL tengah melayan 2 besannya serentak.besan dari Kuala Nerang & lubuk merbau.
ala.. muka mk tak nampak la pulak. Mak aku yang pakai baju hijau & bertudung hitam tu


mmm... aku bedal punya la banyak tembikai that day.
sampai ke besok hari. balance tembikai yang dalam fridge tu
aku mesin wat air tembikai pulak untuk lunch.

masa balik mai penang ni, tekak dok rasa mcm perit jer.
sib baik tak ilang suara ke, demam ke..

Tuesday, January 24, 2012

Please Dont Laugh

tak mo ckp banyak korang tengok le sendiri
gambar ni mengikut urutan
:D














Monday, January 23, 2012

Shining Star In our Life

Happy holiday to all yang cuti panjang sempena CNY
of coz la para guru yg cuti seminggu

walaupun aku bukan guru, tapi aku cuti 10 hari gak. ngeeee

harap harap 10 hari cuti ni dapat merapatkan yang renggang
menyatukan yg terputus
meggembirakan yang sedih
membahagiakan yang duka.


Aku pulak nak habiskan 10 hari ni dengan hubby sebaik yang mungkin
kalau sebelum ni rushing memanjang
time ni aku nak take my own sweet time..

Doakan agar rumahtangga kami bertambah bahagia, lebih bersinar
jadi happy familly forever & ever.
amin...............

Happy Chinese New Year to all my chinese friend & to all chinese in the world!!!!

To my Mr. Bos. Jgn Lupa red Packet!!!!
hehehe...

Note:- Hubby, kemana kita?

Saturday, January 21, 2012

Papa & Aleesya

Sejak ada Aleesya ni , kami memang jarang keluar bershopping
kalau ada barang rumah yang nak kena beli
aku kirim je kat husband suh dia beli

Aku ni, kalau bershopping memang tak hengat donia
tu yang tak bawak anak tu
risau le, sat dok sibuk menyopping anak ntah ke mana


memandang papa cuti hari ahad tu, then aku pun nak beli reader card
malas plak nak kaco bb sitter suh jaga Aleesya
jadi kami sekeluarga keluar shopping.

kalau bab carry baby aku memang fail.
carry kejap je, sat lenguh sana sini
Aku lebih selesa letak dia dalam keta sorong je
Tapi, hubby tak mo bawak keta sorong
Dia nak carry Aleesya

Kalau bawa keta sorong, jap lagi penuh lah boot keta
mana nak letak barang barang lagi, sempit plak boot tu
sebab tu la hubby guna baby carrier ni je time shopping

Aleesya ni plak, baik je duduk dalam carrier tu
tak nangis pun. tambah tambah duduk ngan papa
lagi le dia suka.

Time aku snap ni, Amirul ntah lari kemana
kalau pergi shopping kompleks mau la dia tu berkawat tak hengat
kalau aku sengsorang, tak sanggup nak bawak si Amirul ni
sebab letih dok mencari dia


Sekarang ni ok lagi la si Aleesya ni dalam carrier tu
nanti bila besar sket mcm mana ntah
kalau suka lari lari dalam shopping complex, ibu tinggal je kat umah MAK!!!
hehehe....

Kalau baik cam ni, lenkali ibu bawak lagi yer. cayang kamoo..

Friday, January 20, 2012

Kacooo Abang

Masa sekolah PASTI dodulu Amirul buat kerja sekolah tak de sape pun ganggu
tapi, kali ni jgn mimpilah nak sepahkan buku
sebab ada "Raksasa Pink"

Asal je Amirul wat Homeworks, Aleesya akan pergi kaco
lari la kat mana pun, mesti dia pergi cari sampai jumpa

kalau Amirul wat homeworks, wajib kena letak Aleesya dalam walker
kalau letak kat bawah laju jer dia koyak buku abang.

Diam diam Amirul wat homeworks dalam bilik
pas tu Aleesya dok cari ke hulu kehilir, akhirnya ternampak abangnya
apa lagi, this is the time to kaco kaco


Bila aku marah, tengok aku kejap. pas tu sambil tengok sambil la kaki tu
dok gerak gerak ke depan.


Baik tul Amirul, dia cuma ckp " raksasa Pink" tolong la jgn kaco abang
walaupun bukunya habis lunyai di kerjakan Aleesya,
dia marah mulut je.
Nak pukul jauh sekali. sayang betul ngan adik dia tu.

lagi Amirul ckp jgn, lagi laju dia lenyek buku Amirul tu
sian Amirul, nak wat Homework pun tak senang.

kalau dulu, Amirul kecik, dia tak pernah pun koyak buku, paper pun dia tak koyak
Tapi si Aleesya ni, pantang nampak buku, bukan setakat koyak je
dia makan terus.

mula tu dia wat gigit sikit sikit, bila paper tu basah terus koyak &terus la masuk mulut!!

Ada sikit lagi je Homeworks nak disiapkan. Amirul dok tolak tolak walker tu.
lagi Amirul tolak lagi la suka si Aleesya
dia ingat Abang dia dok main main ngan dia.


Last, Amirul tolak the whole walker tu keluar bilik
Amirul pun satu jugak, kalau nak wat homeworks nak sambil sambil tengok adiknya

boring sket panggil nama adiknya
sebab tu la, adik tu laju jer ngaco dia.


*semalam Aleesya dah mula sebut " tatatatata". ayat pertama kuaq dari mulut dia*
sampai terbatuk batuk nak sebut tatatata..hahahaha...
sampai kul 1.00 pagi, dok seronok sebut tatatata suh tido pun tak mo!!

Thursday, January 19, 2012

Our Anniversary Today!!!!

Seperti biasa dan seperti kebanyakkan org
Ulangtahun perkhawinan di sambut dengan penuh makna dan tercatit memori yg tersendiri.

Bagi aku, sambutan tak le seromantis pasangan romeo dan juliet
tapi cintaku sungguh agung seagung cinta Zulaikha kepada yusoff

pada tarikh inilah juga, debaran jiwa remajaku semakin kencang tatkala
tirai di masjid dibuka oleh ayah bertanyakan ttg persetujuanku
untuk menjadi suri hidup kepada sang pujangga idaman hati
aku hanya mengangguk tanda setuju, tapi ayah nak dengar perkataan "Ya"
dariku. hiksss...

detik 12 mlm di nanti, dan ucapan melalui sms dititipkan buat suami yang bekerja
Kad ucapan ku selitkan di laci almari utk suami tercinta


ucapan semanis dan sepuitis ayat kuconteng agar benih benih bahagia semakin bercambah
dan membuahkan manisan manisan cinta yang kami layarkan
selama 9 tahun ini.

Happy 9th Anniversary sayang..love u more & more
You know when you have found your prince because you not only have a smile on your face but in your heart as well..... :D

Ups!!! ada chocolate. masih kuingat lagi, 13 tahun yang lalu, buat kali pertamanya
aku di hadiahkan oleh sang teruna chocolate jenama ini.

cholate ni ada verity of flavour . yang ni ada 7 jenis flavour
melambang kehidupan kami sebagai suami isteri selama 9thn ni pun
di hujani dengan pelbagai flavour jugak
ada suka ada duka, ada pahit, manis masin masam & kelatnya


kemanisan di setiap juntaian chocolate tu, semoga dapat memberi
kehidupan berumahtangga kami bertambah manis mcm chocolate tu jugak.

kemana kami nak celebrate, bagaimana nak celebrate biarlah menjadi rahsia kami berdua
untuk tahun ini. Maaf to all sebab tak dapat berkongsi kat sini
by the way I am happy to see all of people around me happy.
thinks That LOVE IS ALL AROUND!!!!!! lalalala..

Note:-Dear,A hundred hearts would be too few
To carry all my love for you.

Wednesday, January 18, 2012

BBQ

Selepas acara memotong kek B'day Amirul tu
Kami ada lagi satu acara iaitu ber BBQ.

Actually, BBq ni bukanlah untuk B'day Amirul,
Pak tih die la yang plan nak buat, aku taj tahu menahu pun ttg ni
memandangkan semua anak anak MIL balik, jadi nak bergumbira la sikit dgn mkan BBQ

ayam grille, sos black pepper & sedikit sayuran fresh
Sayur tu nampak fresh sebab lepas rebus ngan majerin aku terus letak dalam air ais

aku rebus kejap je, pas tu Aleesya buat perangai, Mak Tam yang continue
Ma Kasih Tam..

Acara memanggang yang dilakukan oleh semua org tak termasuk aku. ngeee
Si baju hitam tu la Iwan, yang dapat 8A tu ( anak sedara hubby)
Besok dah dah nak kena hantar pergi MRSM

perencah yang dititik di atas ayam panggang tu.
semua segala mcm persiapan termasuk sos di sediakan oleh Pak tih
Pak tih ni my BIL ler. Dia memang teror masak
tak caya meh la try dia masak. memang marveles!!!!


Sos black pepper ni pun dia buat jugak. Pas tu dia letak cendawan yang mcm taugey tu.
mahap le aku tak tau nama apa. Hubby yg tak suka cendawan pun
jadi suka suki. Nanti nak buat sos yang cenggini kat umah
bila grill daging.


ayam yang hampir di masak. dah time masa untuk aku ngap. tunggu list le, bagi org yg masak makan dulu. betul tak???

Of course la org yg rasmi dulu MIL. Tapi rasa je mak, tak leh makan banyak
mak tu kan sakit. Ala... sekali sekala makan tak pe kot.

Sian Mak, bila dah sakit ni nak makan pun kena pilih pilih.

B'day boy bukannya nak makan. asyik berlari ke hulu ke hilir
meloncat sana sini.
seronoknya dia sebab majority kazen kat umah MIL tu lelaki
Kalau aku punya side pompuan jer banyak... ngeee


hmmm... masih terasa akan kesedapan yam tu.
mcm nak buat lagi la lepas ni.

kena wat collection lagi la nampaknya.

kaum kanak kanak memang tak suka makan ayam tu. dorang lebih gemar mat hot dog
Amirul panggil kodoq kodoq dodulu ni
sejak sekolah ni je dia panggil Hot dog !!.


Tak cukup ngan ayam, hot dog sotong pun di belasah jugak untuk di panggang
pendek kata malam tu, kami semua berkilo kilo la kolestrol bertambah dalam badan
Udang tak dapat nak beli sebab harga memang mahal time nak dekat dekat CNY.

Masa time aku dah ngantuk ngantuk tu, aku nampak dalam plate biras aku daging panggang.
hahaha... last daging pun di rembat untuk di panggang
aku dah tak mampu nak makan sebab ngantuk sangat.