Wednesday, October 27, 2010

Penang International Sport Arena

Sejak Amirul dah semakin membesar ni. Aku suka sangat biarkan aje dia mengikut bontot papanya.Amirul ni baik tau, dia siap cakap. dia suka ikut papa sebab nanti balik dia akan bagitau apa yang papa buat. Kira macam spy gitew...


Last week, I just want to rest of myselft. manja manja dalam sauna beg. Pas tu apply body masker. So.. i need a time for treatment of myself. Then, I told my husband to bring along Amirul if he want to go out. Pas tu husband cakap ok. tapi make sure bila kami balik nanti, nasi dah siap untuk di ngap k. kami tak makan kat luar tau... ( ala.. lambat sikit pun tak per ar..)

Hubby wak AMirul gi PISA mandi kolam. biar dia berjimba jimba kat sana. hubby baca paper, baca Mastika bagainya sementara menunggu Amirul puas bermain. Amirul ni Sivik k. Kalau dia tengah mandi, pas tu nak terkucil. dia akan keluar dari kolam dan pergi toilet tau.


photo photo ni aku ambil dari HP hubby. thanks hubby sebab selitkan kenangan iuni kat HP. then aku lak leh selitkan kenangan ni kat blog plak. Ups.. lupa nak cakap. nak mandi kat sini kena bayar. Aku tak sure la bape. At least ok ler kalau compare ngan mandi kat Taman beli tu. walaupun Free, ramai sangat budak budak mandi. Kat sini mcm privasi la sikit..



Dah gigil gigil amirul tu. nak buat cam na kan umah tak der kolam renang. lain ler kalau duduk condo atau Aprtment. So nak berjimba datang sini ler. seminggu sekali ok lah.
note:- bila hubby malas nak bawak Amirul gi mandi kat PISA ni, ayat paling tak leh blah. ada org kencing dalam kolam. depa cuci kolam. bila bersih kita pi k... kahhhhhhhhhhhh..




Tuesday, October 26, 2010

Amirul Semakin Nakal..

Melayan karenah Amirul tak pernah ku rasa letih....
Tapi sejak akhir akhir ni aku rasa macam nak ketawa pun ada nak marah pun ada..

Pukul 5:30petang adalah waktu utk Amirul bermain main dengan kengkawan sementara menunggu waktu aku pulang dari kerja. Biasala aku akan bawa makanan bila balik dari kerja. sebab Amirul Akan berlari mendapatkan aku dan selalu tanya,Ibu beli apa utk Mirul hari ni?
Tak seronokkan kalau balik dengan tangan kosong...

pukul 6:30 masuk umah salin baju.pas tu pergi main lagi. baju tak kotor tapi still nak salin jugak. Then, kat dapur aku rebus jagung. Dia nak bawa jagung tu ke tempat dia mengaji Quran. AKu potong kecil kecil. Sambil bawa jagung tu, prappppp jatuh bertaburan jagung kat atas lantai. Hai.. kena tukar jagung lain pulak. sepah lantai aku.


Then masa balik mengaji Quran, dia ckp nakg osok gigi sebab biji jagung masuk gigi. Masanakambik berus gigi, dia panjat besen kat bilik air, prapppp jatuh gedebuk kat dalam bilik air. basah habis baju. Salin baju lagi. Pas tu jalan terinjut injut sebab sakit punggung & kaki. Janji tak nak buat dah.( bapa hari janji tu boleh pakai) Pas tu kat hall di ckp nak makan nasi pulak. Last nasi tak makan. Ratah ikan jer..ishhhh.. geram tul aku.
Bila aku suruh masuk tidur,kena tengok kat luar dulu.Kalau umah baby sitter dah padam lampu baru dia nak masuk tidur.Puas jugak la aku nak melayan karenah dia ni....
bila aku marah marah, then tengok dia tidur rasa sayu jer.Masa ni ler aku nak mula kemas umah.mana taknya,rumah dah mcm tongkang pecah dikerjakan dek Amirul..
nota- sambil basuh kain (washing machine) aku sempat lagi wat N3 ni.hiksss

Semakin hari semakin...

Its look like a limited of time in my life. I have to forget about hanging outside on the day night....
The accountability to the familly is more important right now...
The more i care the more i feel the deeper of my love to my husband & my little boy Amirul.
ewah.. ewah.. romantikla konon konon tu...


Sejak akhir akhir ni aku sibuk sangat. semakin hari semakin sibuk la katakan. balik dari office, terus ke dapur masak utk dinner. pas tu bagi Amirul makan. lepas magrib kena antar Amirul ngaji Quran. Then, bila dia balik pulak kena tengok tengok kerja sekolah dia. kadang-kadang kerja sejkolah menimbun nimbun.

then bila Amirul tidur, aku kena basuh kain, kemas kat dapur, lipat kain. tuk tak tuk tak dah pun kul 12:00 malam. bangun jer tidur kena siapkan sarapan, mandikan Amirul, iron baju . Then antar Amirul gi sekolah, pas tu sidai kain kat ampaian. mandi, siap then datang office pulak. haishh.. mcm non stop jer kerja ni.


Saat inilah, aku terfikir kembali bagaimana mak aku keseorangan membesarkan kami 5 beradik. dialah bapa dialah ibu. betapa mak begitu kalut melayan karenah kami yang 5 org ni. sebak rasanya bila teringat kembali zaman perit jerih mak besarkan kami. Sehingga sekarang, mak dah pun di mamah usia. Alangkah baiknya jika aku dapat bangun pagi, buat sarapan utk mak, jaga makan minum dia....



nota:- Pengalaman mematangkan aku, menyedarkan aku, bertapa bermaknanya insan sekelilingku. So I will always remeber that "LOVE IS ALL AROUND" . Love others more then what they can give you cause love is all around you.......Love everybody is around me. I LOVE YOU ALL muah!!!! muah!!!

Monday, October 25, 2010

Maksu Kacang Kahwin...(23/10/2010)

Masa biras aku call ajak gi makan kenduri kat Bandar Baru. Aku tak sure weather want to go or not, cause on I'm working on that saturday. Tapi bila dia cakap yang nak kawin tu adik bonsu dia. shafinaz ( Peanut) kita panggil dia. kalau peanut omputih panggil kacang ler. Tapi kalau aku panggil depan dia kacang, mau hangin dia nanti. hiksss. kaco ko penaut. ala.. lepas ni ko dah jadi bini owang kan. dah tak leh kaco dah..

Tak sangka lak yg pengantin pakai baju ijo. kebetulan aku pun pakai baju ijo gak. Kesian maksu peanut sebab dia demam masa hari kawin. so memerep kat dalam bilik jer. Masa aku sampai sana pun tak leh jumpa dia sebab dia gi klinik ambik ubat.

hohoho.. aku tumpang ambik seri my SIL tu. mana tau kot kot lepas ni dia pulak tingin nak kawin. Haih.. bila ko nak kawin Midah?

Masa time makan selalunya Amirul akan cari papa dia utk kacau. saja nak bertenggek kat atas paha papa. kejap nak makan kejap tak nak.


Hubby lak puas dok pujuk suh makan. bukan apa jap lagi bila on the way balik dia lapor pulak masa kat dalam keta. selalunya mcm tu la pangai dia. masa makanan ada tak nak makan. tengah tengah highway dia mintak nasi.

semulut dua ja dia jamah makan. itupun bila hubby yang suapkan. Aku kat sebelah ni membedal jer la tak hingat donia. Lapar ler perut aku time tu. yer la kan baru abis kerja kul 1.00. pas tu tak makan lunch lagi.


tengah sonot makan, dan lagi nak bergambo. yer la kenangan makan kenduri Maksu peanut la katakan.

Hubby lak, sambil makan sambil citer tentang bola. Malam nanti Kedah lawan kelantan. Wah semangat betul dia tu kalau cita ttg bola. dok borak ngan biras aku sebelah tu la.

sambil makan nasi tu. nak makan laksa jugak. last ambik laksa campoq sekali ngan nasi. Tak pening ke abang?

Ni ler biras aku tu. suka sangat nyakat Amirul. So apa lagi amirul snap jer gambar dia.


my SIL and anak dia yang comey. buat aku geram jer tengok lelama.


Sebelum nak bertolak balik tu. berborak borak kejap. Yer la bukan selalu jumpa. Lagipun lepas ni aku ada plan lagi nak berjalan jalan... Nak ke PARIT BUNTAR la pulak...
windu orang parit buntar.best best dapat jumpa.
nota- Maksu peanut, ko terkejut ke jadi isteri orang? darah gemuruh gak ko yer.

Friday, October 22, 2010

Rasa macam kerja dalam Jamban....

Assalamualaikum......

Korang pernah tak masuk tandas selepas jer mak cik cleaner cuci jamban? mesti korang tau kan bau macam mana... Bau dettol. tul tak? Lain ler kalau Mak cik cleaner tu guna pencuci toilet yang mahal sikit. so ada ler bau limau sikit, lavender ke hape ke..

Ok. kat bilik aku ( office ) ada ler menda aior purifiers ni. gambo ni aku ambil kat google. yang kat dalam bilik aku kaler ijo. Jarang sangat ler aku guna. sebab kata orang bau bauan ni ada cemical. then leh sebabkan cancer. so, aku guna ikut mood aku ler. Kalau aku rajin, aku gantikan pewangi itu, pewangi ini.


Untuk air wangi ni aku selalu gi beli kat Jusco. Sejak Mak Cik promoter periuk tu tak der kat Jusco. aku dah macam putus bekalan pulak. Yer la Mak cik periuk tu pun dah tak kojer kat Jusco. Lagipun sekarang Jusco dah tak jual benda alah ni. Makanya terpaksa la aku order pulak kat cosway. Tahu jer la kat cosway tu, kejap offer kejap idak. kejap ada barang kejap out of stock.
Kebetulan, ada la hari tu aku datang lambat. Pukul 2.00 ptg baru aku masuk office. Bukak jer pintu aku bau macam kat Jamban. Bila aku masuk jer bilik. Masya allah, partner aku dah masukkan Dettol dalam Purifiers ni. Satu office ler bau dettol. Wangi ker bau dettol tu?
haish!!! sambil kerja dok pening pening lalat, rasa mcm kat dalam jamban.


Ha.. ni ler dettol tu. Owang wat cuci luka, cuci lantai toilet ko wat air freshner plak. Last aku gi jumpa bos.. then usik dia sikit. " Ada orang berak dalam Office ke'? Bos pun heran. Ada org guna dettol cuci.. U tak bau ker? kah kah kah kah kah..
Bila jer partner aku keluar, aku terus off. hai, nak tegur dah tua pun. tak kan ler benda simple tu pun tak tau. Put the right thing the right place ok...
nota:- kalau dia buat sekali lagi. aku memang akan sound jer dia tu. akai ada ka?


Thursday, October 21, 2010

Aku betul betul terkilan....

Sehingga hari ni aku masih lagi bersedih. entah mengapa aku asyik memikirkannya. Walaupun ianya remeh bagi orang lain, tapi sukar aku utk terima...

Salah siapa? akukah? diakah? takdirkah? semuanya menghantui fikiranku. Apa perkataan yg harus ku ungkap untuk memujuk diriku ini...

Maaf yer, hakikatnya aku memang terkilan sesangat. Mak ngahku dijadualkan berangkat ke tanah suci pada 19/10/2010. Masa kenduri kesyukuran, ku sengaja tak nak pergi, sebab aku nak ngantor masa dia berlepas kat Airport sebelah umah ku jer ni.


18/10/2010 jam kul 04:30 cam tu cousin aku, Idan telephone cakap yg dorang dah sampai kompoleks tabung haji Bayan Lepas. Aku still kat office, then aku bercadang lepas magrib baru aku nak kesana. Nak bawak sekali kopi panas untuk mak ngah.Aku memang nak sangat berjumpa mak Ngah sebelum dia berangkat besok pagi.

aku dah siap, nak bertolak dah ni. dalam masa 15minit lagi sampai la aku kat komples tu. then Idan SMS ckp, Mak ngah dah masuk bilik sebab dorang pun nak balik kedah dah. Hairan aku, nape? Mak Ngah nak masuk bilik awal sangat.



Airport ni bertentangan ngan umah aku ja. Cuma tak leh ler masuk direct. kena le ikut pintu masuk yang jauhnya cuma 10 minit jer dari umah aku. Pagi 19/10/2010 aku tak sempat nak jumpa Makngah sebab dia dibawa masuk ke lapangan terbang dengan Bas. Hanya bas jer aku nampak. Mak ngah kat mana? terkilan lagi aku.



Aku harap mak ngah selamat sampai dan selamat pulang. Inilah takdir Allah. Hanya dengan izin dia kita bertemu dan dipertemukan. siapa yang boleh ubah kekuasaan allah. Aku redha dengan takdir ini. moga moga bila dia pulang nanti aku dapat berjumpa dengan dia.

nota:- Ya allah, adakah ini semua satu petanda?

Aku benar benar menyesal sebab tak pergi masa kenduri kesyukuran tempohari di rumah Mak ngah. sob..sob.. Maafkan ana Mak Ngah.




Aku Bersama mereka...

Pertemuan yang begitu singkat, tak ku lepaskan untuk mengabdikan kenangan di ruangan ini.
Walaupun sejak kecik ku tak mebesar bersama. bermanja dengan mereka. Namum ikatan persaudaraan tak semestinya putus begitu saja...

Sejak kecil ku tahu aku ni Orang Melayu Banjar dan nenek orang melayu. . Tapi maaf yer aku langsung tak tau nak berbahasa Banjar. rasa rugi pulak tak belajar bahasa ibunda ku sendiri. Bukan aku ja yang tak pandai berbahasa banjar , sepupu sepapat ku pun sama. kikikikik..


Ini adalah Paksu ku. Dalam usiaku lingkungan 6 thn aku dah pun berpisah dengannya. Hubungan kami tak semesra mana. Tapi setelah Bundey ( panggilan utk Opah). meninggal kami menjadi rapat kerana sering bertemu. Lantaran ayah pula bergilir gilir menjaga Tok wan.


Bila ku peluk nenek ni, rasa mcm kupeluk Bundey (opah) pulak. Aku pun tak tau nak panggil apa kat nenek ni. yang pastinya bila bertemu denganku dia syik melatah dan cakap " melampor kar yer" udah besar panjang ndak mari nengok aku ni"... kikikik... faham ler kalau dia loghat melayu. Hubby? langsung tak faham apa dia cakap. kahhhhhhhh


Ini pula isteri sepupu aku. Masa berjumpaan hari tu, dia ada familly day kat Hadyai. Sian si isteri ditinggalkan. Orang Penang, Orang Sungai Nibong. Anak MAMI.



Ini sepupu aku jugak, anak Mak Lang Rodhiah. Dok belajaq nun jauh di SARAWAK. walaupun jarang bertemu tapi dia ni peramah. ku suka. sebab tak rasa kekok bila berbual. Jaga diri baik baik yer kat negeri orang tu.



Ni ha.. anak Pak Su dan anak Pak lang. Maaf sesangat sebab kak ana terlupa nak tanya nama korang. by the you all sporting sangat. LOVE u all. semoga kita selalu berjumpaan.




hikss... nak gak photo berdua duaan, Amirul yang snap. Dia jeles kalau aku rapat rapat ngan hubby. "Ibu jgn dok cinta cinta ngan papa, cinta kat Mirul dah tau". kahhhhhh... So, nak cover lain kena le jauh jauh sikit.
Nota:- Amirul, ibu cinta dua dua. (Papa & Amirul.) muah!muah!muah!