Thursday, February 10, 2011

Masak untuk aku ke?

Masa CNY that day, aku balik umah MIL dulu. Pas tu baru balik umah my parent
Masa balik tu, mak aku dah kecoh suh my SIL masak something untuk kami anak beranak
Baiknyer ati mak, siap suh menantu dia masak untuk anak pompuan dia ni yer
So, lepas makan tengahari, kami gerak la pergi umah abang
Tak jauh pun dari umah mak, dalam 15 minit samapi ler

Tengok kat bawah pokok jambu susu tu, ada bekas dapur ni
Baru abis masak jer.
Mesti masakan special ni, sebab masak kat luar umah

Hubby tunggu jer, apa lah masakan yg dorang buat tu
dengar kata, abang ada sembelih ayam kampung
wow!! memang kegemaran kami anak beranak
memang nikmat kalau leh makan ayan kampung

okey.. ratah gulai ayam dulu, memang sedap.Saja jer my SIL
tak masak pedas, special untuk Amirul

Tinggal ciput ni jer untuk aku. Itupun sib baik hubby pesan untuk simpan kat adik( baby dlm perut aku ni ler)

Kekadang tu, angin baik sikit, Amirul panggil aku "ADIK"
dok praktice panggil. hehehe excited la tu.

Jeng jeng jeng. My SIL masak ketupat untuk aku
Sedap.. lemak semua cukup
Dia cakap, mak yang kasi pulut suh dia buat untuk aku
Tetiba rasa mcm terharu pulak, bila ramai yg sayang.
hahaha.. leh makan ketupat di CNY.

Wednesday, February 9, 2011

Pasemboq Padang Kota

Sebelum aku nak wat N3 ni aku nak bagi kredit pada
http://thepinkstilettos.blogspot.com/
sebabnya photo ni aku ambik dari blog ni ler
Aku ni bukannya nak jadi orang jahat
tapi kekadang tu memang melampau


Dah gah satu Malaysia yang Padang Kota Lama ni memang glamour dengan Pasemboq
Tapi yg aku geram tu, bila time dorang nak ambil order
dorang datang terkam, pas tu tanya ramai ramai
kenapa ek jadi cenggitu

Pas tu kan, bising ke main lagi. duduk ja sekejap datang la anak anak Burma
datang ketuk ketuk kole/cawan mintak duit
kekadang tu ada jugak, yang bawak anak kecik datang mintak sedekah
yang herannya, dorang tu bukan orang malaysia

ok, nak citer ttg pasemboq Padang kota ni,
Recently my biras ajak ler sedara mara dia makan pasemboq kat sini
makan 3 pinggan jer. pas tu time nak bayar
dia suruh ler, anak sedara dia yg ada loghat loghat KL
dorang cahrge RM 115 hinggit. Terkejut you
mentang mentang ler org luar makan, kena sembelih sampai cenggitu sekali noh

Aku mcm tak caya, makan kat gerai yg tak der ai cond. kedai catok la kata org kedah
charge sampai RM 115. kalau korang tak caya korang pergi la makan
tengok la sendiri suasananya
pastu compare ler harga, tu pun kalau korang sanggup ler
kalau aku... fikir 10 kali ler.

Nota:- kalau nak makan duit orang pun berpada pada la.betul tak?

Tick @ Sengkenit @ tempiras

Pernah tak korang kena gigit dengan "tick" atau Sengkenit
kalau kat Kedah orang panggil Sengkenit atau Tempiras

Ala.. yg selalu dok gigit lembu tu. ada jugak yang panggil kutu lembu.
Masa balik kg tu, mak dok citer yg sengkenit tu masuk
kat dalam telinga anak sedara aku
sampai kena wak pi klinik untuk buangkan.


Al kisah, Kelmarin seharian aku kat office tak leh nak jalan
sebab kaki aku tetiba membengkak
Hairan kan, Selalunya 7 bulan baru kaki bengkak
tak kan la kaki ku bengkak se awal ni..


Ha.. lebih kurang cenggini la rupa Tempiras/tick/Sengkenit tu.
Masa balik kerja pun, aku dah tak leh nak jalan
berdenyut denyut ja kakiku ini

terukla kalau cenggini, tak kan aku tak larat nak jalan dah
Then masa hubby balik, aku tido jer, aku cakap kaki sakit
papa masak ler apa yg ada


tapi kesian la, kalau dia masak sengsorang
Aku berlunjur ja kat dapur sambil tulung dia siang ikan.


Hari ni aku kena pergi klinik sebab nak check up kandungan ni.
Sakit kaki semakin menjadi jadi pulak


Pas tu, aku gosok gosok la kakiku, sambil picit picit jari jari kaki
tetiba terasa something kat celah jari tu..


Ha.. Dah gemuk gedempol tic/sengkenit/tempiras ni
patut la sakit...
terus aku cabut dia keluar
pas tu, serta merta hilang rasa sakit kaki ku ini


kahhhhh... rasa lawak la pulak
Aku terus call mak & citer
Mak pun ketawa berbahak bahak


Tuesday, February 8, 2011

LEMAN & NABIL

Terkilan aku minggu ni sebab tak dapat nak nonton adikku LEMAN
beraksi di pentas Raja Lawak
Nak tunggu ulangan, selalunya on Sunday
Itupun terlepas jugak, sebab semalam jer baru
sampai balik dari Penang.

Ini photo fresh from oven tau.
Aku baru ja dapat mms ni dari LEMAN
Saja la tu. nak tayang kat aku
dia leh parking tepi NABIL
nyamfah ai!!!!!

Ang Pau Berganda

argh... boring giler hari ni.
sebab, tak start kerja lagi
Tujuan datang office hari ni kerna sebagai
syarat bukak pintu ja.
hehehehe...

tapi, rugi ler kalau aku tak datang hari ni
Selalunya time bukak pintu ni, mesti dapat Ang pau
Tahun ni Ang pau ku perolehi berganda you
Dengan pebuh baik ati ayam Bos aku tu
dia bagi duit bukak pintu untukku
Then untuk AMirul pun ada jugak
Yang pastinya, untuk Amirul lebih banyak dari apa yang aku dapat

Alhamdulillah, dapat lah ku top up simpanan Amirul
Tak boleh bagi tau dia, kejap dia mintak pulak untuk beli play station
ibu simpan yer....


Friday, February 4, 2011

Birth Cases On Earth

Berpeluang menjadi ibu memang satu anugerah Allah yang tak ternilai
Walau mcm mana pun keadaannya anak itu
pasti si ibu tetap pasrah menerimanya

Bagi aku pulak, apa jua bentuk kelahiran pun
Ianya adalah ketentuan yang maha Esa
Baby ni, namanya Rumaisa Rahman, di lahirkan dengan hanya 10 inci dan berat
8.6 ounce ja. ajaibkan ciptaan Allah

Ni pulak, bapa mengandung & melahirkan anak
Tapi aku tak terkejut la, sebut mamat ni sebelumnya memang di lahirkan pompuan
pas tu wat surgery jadi lelaki
bagi aku, dia tetap la pompuan sejak azali pun
walau ubah cam na pun, tetap la pompuan, ada rahim ada semua semua organ pompuan
betul tak?


Yang ni ler yang best. kembar lapan ko. bayangkan ler
besar mana ler perut mak dia masa ngandungkan deme deme ni yer
Nadya Denise Doud-Suleman, ko memang supererb la

Kalau aku ler, cam na ek. lapan org lam perut wei..

Kalau dah kuasa Allah, tua pun leh beranak jugak
Cuma kajian manusia ja yg ckp bila dah tua tak leh beranak
kalau dengan izin allah semuanya boleh berlaku tau
Nama dia Rajo Devi Lohan

Walaupun ibunya oku, tapi anak dia normal beb. kuasa allah sapa tau kan.
Aku respect la kat laki dia tu
sebab sudi terima wife dia seadanya.

Pelik tapi benar
kalau dah nak di takdirkan dapat anak putih gebus dapat jugak ler

Ini semua yang berlaku adalah ketentuan Allah
Sebagai insan yang lemah yang bergelar manusia
Sedarlah, bahawa jika Allah inginkan sesuatu itu terjadi
maka ia akan berlaku..


Thursday, February 3, 2011

Zee Cine Award

Aku nak citer ni bukanlah sekitar anugerah Zee Cine Award
tapi perihal apa yg berlaku dengan kami se familly

Aku ni memang minat ngan citer Hindi
sejak kecik lagi tau. kiranya perkembangan filem ni aku tau la sedikit sebanyak
anak siapa, adik siapa semua tu aku tau la sedikit sebanyak
cantikkan Hitrik ni ngan isteri dia suzanne
Memandangkan aku suka, makanya aku nontonlah Zee Cine Award pada 31/01/2011
bersama si suami & Amirul
walaupun suami tak minat, dia bulatkan mata jugak ler nonton sekali ngan aku

Heran, sejak aku ngandung ni hubby suka sangat menyakat a.k.a mengusik aku
ada saja la benda yang dia nak usik aku
Dia saja pura pura tanya, yang tu isteri sapa? aku jawablah itu isteri Hitrik.
tapi kenapa dia duk sebelah Shah Rukh Khan
aku jawablah, mungkin si gowry tu tak datang


Then masa anak si rishi kapoor tu menang, tapi dia tak dapat hadir
aku cakap ler yang tu anak si rishi.. ala yang pelakon filem bobby tu..

hubby pun sakat aku la.
wuish.. semua tau ni. Dasyat!!!!!
pas tu Amirul lak dik ulang ulang Dasyat!!! dasyat!!!
geram tul aku.
hubby memang suka sakat aku sekarang ni


geram tul aku, ada saja alasan nak ngusik aku
last, aku malas nak layan 2 orang tu
aku masuk tidur,
Pas tu hubby still dok nonton lagi
dalam ati aku pun ckp ler, dah tak minat, wat per tengok
tukar ler channel
saja, dia memang suka gak, tapi sengaja nak ngusik.





nota:-kekadang sampai nangis nangis aku ni, sebab hubby selalu sakat. sejak aku mengandung ni makin menjadi jadi pulak dia.hishhhh!!!